Jumaat, 10 Julai 2009

sedikit sumbangan





http://www.nurhikmah.org.my/home/

Jangan buang / campak / bunuh / tinggalkan / abaikan bayi anda !!!Beri pada kami. Kami sudi menjaganya.
Hubungi Kami di 1700 800 020 (24 jam) atau 03-8733 2411 (Waktu Pejabat)

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang terhadap anak mereka, supaya mereka tidak merasa terpinggir.
Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing, anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya hanya wang ringgit semata-mata. Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak berdosa. Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang didera di media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri setiap insan.
Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka.
Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.
Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa kelak.Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat.
Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.
Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah jagaan atau rumah perlindungan.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.




MELALUI MAYBANK

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email http://my.mc760.mail.yahoo.com/mc/compose?to=presiden@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB ONLINE

Caranya ialah :
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit

------------ --------- --------- --------- --------- -------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411Fax : 03-87332967
Laman web : http://www.nurhikmah.org.my/
EMAIL : http://my.mc760.mail.yahoo.com/mc/compose?to=presiden@nurhikmah.org.my

Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------

AMARAN :

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada http://my.mc760.mail.yahoo.com/mc/compose?to=presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .

Tiada ulasan: