Jumaat, 27 Mei 2011

sebab apa aku bantah kenaikan petrol, elektrik, air, cukai dan tol.


kepada semua rakyat Malaysia. tak kira apa pun parti atau sokongan anda.. di sini aku cuma nak bagitau sebab apa aku bantah kenaikan atau pun bapak dafi cakap rasionalisasi subsisi (kepala hotak dia). aku rasa banyak lagi cara lain nak menambah isteri pendapatan negara. bukannya dengan menekan rakyat yang rata rata berpendapatan rendah.

kepada para menteri atau pun yang akan jadi menteri ( dari PR) sila baca dengan betul betul. bila anda dah jadi menteri secara otomatik anda akan dapat keistimewaan. gaji yang anda dapat adalah hasil dari cukai rakyat dan hasil dari negara seperti minyak, hutan dan lain lain .(cari sendiri)

eh aku cuma nak bagitau bahawa bila seorang perdana menteri nak pergi mesyuarat  atau lawatan akan terjadi beberapa perkara..

1. pemandu akan di bayar gaji. 
2. escort oleh polis dan bodyguard
3. minyak kereta PM free 
4. bila lalu tol pun Free 
5. bila lalu jalan kereta rakyat sila ke tepi. tak boleh lalu sama sama dengan PM.  jalan Jem atau tak pemimpin mesti sampai lambat. pelik sebab ada escort pun boleh lambat.
6. kalau naik kapal terbang pun free jugak.
7. semua lawatan boleh claim
8. bil api dengan air pon free.

kira banyak la yang free.. bila masa nak pakai duit sendiri nih.. jadi sebelum tidur tu pikir la..yer..

Rabu, 25 Mei 2011

suatu kisah di zaman dahulu

Rasulullah SAW dan Pengemis Yahudi Buta


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar





__._,_.___

Ahad, 15 Mei 2011

berita yang ingin kita dengar...

Subsidi IPP: Jimat RM19 bilion


KANGAR 15 Mei. – Langkah kerajaan menarik balik pemberian subsidi kepada IPP mulai 1 Januari lalu dapat menjimatkan wang negara sebanyak RM19  bilion sepanjang 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Kroni dan Anak Bini, Datuk Seri Mail Ismail berkata, kadar penjimatan itu adalah pendekatan kerajaan untuk meringankan beban tanggungan subsidi IPP dam syarikat kroni.
“Sepanjang 2009, kerajaan membelanjakan RM920 juta untuk IPP sahaja. Jika subsidi itu diteruskan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggungkan subsidi berkenaan sebanyak RM150juta lagi.

“Sebab itulah harga bil api sekarang turun  20 sen sekilowatt,” ujarnya ketika berucap pada Kempen Kurangkan Penggunaan Elektrik Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu di The Store di sini hari ini.

Berikutan penarikan subsidi itu, harga Elektrik di Semenanjung kini RM 0.15 sekilowatt manakala bagi Sabah dan Sarawak pula RM 0.25 sekilowatt.

Rabu, 11 Mei 2011

selamat hari Rasuah yang ke 65

SELAMAT HARI RASUAH YANG KE 65

 
LOGO RASMI





Isnin, 9 Mei 2011

kisah di suatu kampung..

suatu pagi yang hening..

"maknyer.. kenapa la awak buat kopi ni kurang manis? apa gula dah habis ker?" kata Pak Ismail Sabri sambil menghirup kopi panas. matanya tak lekang membaca Utusan Meloya.
" hoi paknyer.. awak tak ingat doktor kata apa? kan kencing manis awak tu masih  tinggi lagi.. nak kena potong kaki ker paknyer" kata Mak Muhaini kepada lakinya itu. "apa la awak ni.. awak takkan tak tahu saya punya kegemaran, mana buleh kurang manis. tak sedap" kata  Pak Ismail Sabri lagi.

" saya bukannya apa bang, gula sekarang ni dah naik harga.. mana buleh taruk banyak banyak.. lagi pun saya ni menyahut seruan kerajaan supaya makan makanan yang kurang gula" kata Mak Muhaini. " isk tak tahu la apa nak jadi sekarang ni.. semua barang naik harga. hari tu minyak pastu gula lepas ni apa lagi yang nak naik tak tahu la saya" bebel Pak Ismail Sabri.

isterinya hanya tersenyum hambar mendengar bebelan suaminya. tetiba dia teringat " eh bang! anak kita si Dafi tu ada tepon tadi. dia cakap album gambar dia dah siap cuma tak pegi amik lagi. dia suruh abang pakai dulu duit abang pegi ambik kat kedai ah chai"

"iyelah nanti lepas mesyuarat nanti saya ambik. hah bawak sini songkok tu sebab saya pun dah lambat dah ni nak pegi mesyuarat UMNE. kang melepas pulak jawatan ketua bahagian"

mr edz: nama nama di atas adalah rekaan penulis tiada kena mengena dengan orang yang hidup atau yang telah mati dan tiada kena mengena dengan berita gula naik harga.. Tahniah kepada raja gula di Malaysia kerana anda bertambah kaya.

Sabtu, 7 Mei 2011

hati hati bila dapat SMS macam ni.

pagi tadi aku menerima satu sms.. bunyinya macam ni :

"tetapan mobile srvis 3GP anda telah tamat. Taip ON CB htr ke 39918 utk aktifkan semula. tiada caj pendaftaran. output 03 79666519."

macam mana pulak 3gp buleh tamat.. kalau video lucah 3gp tu aku tau la. macam iklan dalam tv jer.. bila aku tepon no tu nak tinggalkan pesanan pun tak buleh.. ingat nak carut jer kat sapa sapa yang jawab. pesanan kepada sesapa yang dapat sms macam ni sila abaikan. bila korang hantar je on kat no tu..  mimpi ngeri pun akan bermula. kalau prepaid memang habis la duit korang. sapa yang pakai bil pulak banyak la korang kena bayar. paling koman pun rm 5 mesti melayang punyalah.

Selasa, 3 Mei 2011

untuk wanita...

pesanan ikhlas untuk anda