Jumaat, 31 Disember 2010

tiger show? apa nak heran siap ada LIVE lagi hari tu..



apa? tiger show kat putrajaya? ala pertunjukkan harimau.. takkan tak boleh? ooo.. bukan harimau ker... pertunjukkan gadis tak senonoh rupanye.. ala nak heran apa hari tu ada LIVE lagi... ala ala tiger show jugak la.. sapa menang amik hadiah... nanti minggu pun ada tapi minggu depan punya ada nyanyi nyanyi... contoh? adaaaa... macam kat bawah ni...









mr edz: mak diorang tak marah ker? memang kusut la mak bapak diorang ni...

Selasa, 28 Disember 2010

bukti FELDA tak bangkrap.


sekarang baru aku percaya yang Felda tak bangkrap.. sebagai anak peneroka (keratong 3) aku amat amat berbangga dengan perlantikan ini. inilah buktinya yang Felda mempunyai aset yang amat banyak.. tak habis 7 keturunan (penyamun) punya makan. Ye.. inilah dia contoh teladan yang baik dari PM kita.. inilah yang dikatakan kalau nak genggam padi biar sampai angkat guninya sekali.. (aku cipta sendiri)




apa lagi yang aku katakan selain memang BONGOK sapa yang lantik dia ni..

Isnin, 20 Disember 2010

apa yang tak kena dengan gambar ini 2


apa yang tak kena dengan gambar ini?

maaf takde yang tak kena dengan gambar ini... so aku akan ulas apa yang kena dengan gambar ini..

apa yang kena dengan gambar ini

1. sesuai dengan tag dafi... "baek punyer".. memang terbaek punya la awek yang cun lagi seksi... wow....

2. sebagai seorang ayah yang moden beliau memberi galakan dan sokongan yang tak berbelah bahagi.. ini lah contoh bapak borek anak merintik... walaupun kain gadis gadis ini terbelah belah.

3. rupanya ada jugak penyokong pakatan rakyat di kalangan gadis gadis seksi ini... lihat gadis yang di kanan sekali.. dia memakai topeng kerana malu untuk begambar dengan menteri umno. lagipun dia sudah di bayar untuk menjadi model pada hari kejadian.. terpaksa pulak amik gambar dengan menteri umno... so terpaksa la cover sikit. (takpun dia malu begambar dengan orang tua tak sedar diri)

4. agak agak majlis ni ada doa selamat tak? makan makan tentu ada punya...


Jumaat, 17 Disember 2010

anwar pluralisme? marina mahathir pulak nak gelar apa?


aku terbaca kat bawah ni:

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.

Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided Worldapabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut. bla .. bla.. bla.. lanjut kat sini

sekarang mari kita lihat apa maksudnya.. menurut wikipedia..(bukan wikileaks):

Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:

  • Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
  • Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
  • Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
  • Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.

dan sekarang mari kita imbas ke tahun 2007 (taksilap) kembali siapa yang paling pluralisme ...


Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,

Dear friends,

You are cordially invited to a multifaith doa selamat

on Sunday Sept 9 2007

at 7pm

at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL

Programme:

7pm Arrival of guests

7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf

7.30pm Prayers by each faith to be led by:

Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC)
Baha'i community (TBC)

Imam Feisal will end with a doa.

8.00pm Dinner

(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to
God Almighty for my father's successful operation and continued
recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for
the kind prayers and support that they have extended to me and my
family.

Thank you.

Marina and family


okay.. aku bukannya penyokong fanatik anwar cuma nak ingatkan ahli panel tingkap tu jer... kalau nak tegur biar tegur semua...

Selasa, 14 Disember 2010

adakah anda pernah terfikir...


adakah anda pernah terfikir:

jika mati nanti.. dapatke aku ni jawap soalan mungkar nangkir yang aku dah tahu tu.. kira soalan bocor la ni... dah la sorang sorang kat dalam kubr tu nanti...

macam mana nanti bila malaikat maut nak tarik nyawa aku.. dia tarik slow slow ke dia rentap macam tu jer..

agak agak aku ni nanti mati kat mana yer... mati mengejut ke.. ke mati sebab penyakit atau mati eksiden... kalau sempat tua takpe la.. kurang kurang ada can la nak tobat...

kalau kat padang masyar nanti aku ni di bangkitkan macam mana yer... dengan panas nyer... naik kereta tak pasang air cond pun dah tak selesa... inikan pulak di padang masyar...

jika di congak congak akan keadaan cara hidup aku sekarang ni... dapat ker rahmat Allah kat akhirat nanti ni...

mr edz: lepas nengok jenazah di masukkan di dalam liang lahad... macam mana la nasib mayat ni nanti.. orang orang yang datang melawat sibuk duk bercerita hal hal dunia.. macam tak ambik iktibar jer.. mungkin la diorang ni dah cukup ulangkaji kot nak jawab interview dalam kubur...


Jumaat, 3 Disember 2010

talkin untuk diri sendiri.... sila baca...

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam

Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat

Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran

Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai

Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa

Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum

Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah

Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah

Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah

Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu

Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut

Janganlah kamu berdukacita dan risau

Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA

Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,

Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,

Mereka juga akan menyoal kamu

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka

Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak

Dan janganlah bergopoh-gapah

Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu kiblatku,

Malahan solah lima waktu,

Puasa di bulan Ramadhan,

Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

Bahkan dari masa hidup hingga aku mati

Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu

Inilah dia suatu dugaan yang paling besar

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh

Sehingga sampai satu masa kelak,

Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Bahawasanya mati ini adalah benar

Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar

Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar

Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar

Minum di kolam air nabi adalah benar

Ada syurga dan neraka adalah benar

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya

Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa

Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah

Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu

Tuhan jua yang menetapkan hati kamu

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala

Menjinakkan hati kamu yang liar

Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu

Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak

diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,

kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati

kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

Khamis, 2 Disember 2010

pasal apa UMNO kecoh TPM cina.. ini dia berita lama.. mahathir kata bukan aku kata...

aku petik berita lama punya


DR MAHATHIR YAKIN PM BUKAN MELAYU PADA MASA DEPAN

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau yakin suatu hari nanti apabila warganegara keturunan Cina atau India dapat diterima oleh semua kaum, jawatan perdana menteri tidak lagi disandang oleh keturunan Melayu sahaja.

Demikian juga Bumiputera bukan Melayu mungkin menjadi perdana menteri negara ini, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA ke-47 di sini, hari ini.

"Proses ke arah ini sudah berjalan. Percayalah, jika kita semua sensitif terhadap citarasa rakyat Malaysia, soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa rakyat Malaysia daripada memegang apa-apa jawatan," katanya.

Perdana Menteri berkata parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA perlu berusaha ke arah ini dengan pendekatan yang unik bagi Malaysia.

"Bekerjasamalah dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dan kita semua akan dapat menghapuskan perkauman dan menerima siapa sahaja daripada rakyat Malaysia untuk menjadi perdana menteri dan mengisi apa-apa jawatan," katanya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi BN berkata sesiapa sahaja daripada apa jua bangsa berhak menjadi perdana menteri kerana perlembangaan Malaysia tidak menyebut keturunan perdana menteri.

Semasa bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata pelantikan bukan Melayu sebagai perdana menteri bergantung kepada penerimaan rakyat.

"Inilah sebabnya kita (BN) tidak mahu terlalu menekankan terhadap perbezaan. Kita mahu menekankan kepada persamaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya dalam jangka masa bila seorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri negara ini.

Ditanya lagi sama ada ia boleh berlaku semasa hayatnya, Dr Mahathir " berseloroh: "ia bergantung kepada berapa lama saya hidup."

Ditanya sama ada kata-katanya ini akan diterima baik oleh anggota Umno, Dr Mahathir berkata: "Saya rasa secara umum Umno akan menerimanya... mereka akan menerima pemimpin yang berdedikasi terhadap negara.

"Saya bukannya cuba untuk melakukan sesuatu yang akan menambahkan rasa tidak suka mereka (anggota Umno) kepada saya, saya hanya berkata yang sebenarnya."

Ditanya sama ada ini bermakna bukan Melayu akan diberikan lebih tempat dalam kabinet, Dr Mahathir berkata ia tidak mustahil sekiranya perasaan perkauman sudah terhakis dan seseorang itu tidak lagi dikenali melalui bangsanya.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut berkata Malaysia adalah milik rakyat bersama dan sejak Merdeka semua kaum berjaya merapatkan hubungan antara mereka.

"Sebenarnya kadang-kadang kita begitu "Malaysian" sehingga kita tidak dapat mengenali seseorang itu daripada kaum yang sama.

Daripada segi pakaian dan budi bahasa, Melayu dan Bumiputera sukar dikenali sebagai berlainan daripada keturunan Cina atau India," katanya.

Menyentuh Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata dasar itu menunjukkan bahawa peningkatan ekonomi Bumiputera tidak menjejaskan kemajuan ekonomi bangsa lain.

Menyedari bahawa ada orang Cina yang tidak berpuas hati dengan DEB, Dr Mahathir berkata terdapat juga kaum Bumiputera yang tidak berpuashati dengan DEB.

"Jika kita berkongsi dan bekerjasama, bilangan mereka yang tidak puashati ini akan berkurangan," katanya.

Bila ditanya pemberita bahawa terdapat dakwaan DEB telah mencetuskan perpecahan antara kaum, Perdana Menteri berkata sebaliknya dasar itu telah membantu proses integrasi kaum.

"Di sesetengah negara yang tidak mempunyai dasar sedemikian, mereka lebih berpecah dan tidak mengiktiraf bangsa. Mereka mendakwa mereka adalah satu negara tetapi jauh di dalam mereka berlainan," katanya.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menyentuh mengenai baiknya jika orang Cina dan Bumiputera mengadakan lebih banyak perkongsian perniagaan yang tulen dengan rakan Bumiputera memainkan peranan yang bermakna yang memberi kepada mereka pengalaman dan kecekapan.

"Perkongsian Ali Baba di mana Bumiputera hanya menjadi "front" (topeng) tidak menolong proses pemindahan kecekapan dalam bidang perniagaan,"katanya.

Beliau percaya jika rakan kongsi Bumiputera diberi peranan yang bermakna, sumbangannya kepada perniagaan tetap bernilai.

Katanya, jika Bumiputera maju dan sama kaya dengan kaum-kaum lain, kemajuan negara ini tetap akan meningkat tinggi dan pendapatan purata Malaysia akan menjadi jauh lebih baik.

Selasa, 30 November 2010

jika anda upline ke 1001 anda kena ada 12,012 donline baru dapat income level 1....

salam yaalll..

kebelakangan ini aku amat amat la berminat dengan perlawanan antara AC Mizal yaalll dengan aidid (si pembenci MLM dan skim piramid).. seorang menggunakan fakta dan sedikit tesis dan seorang lagi mengunakan pembesar pembesar dan keperkasaan (sayang dia punya jawapan tidak mantap)... untuk itu aku membawakan sedikit maklumat yang aku amik dari screen capture FB...

hahahha jika anda baru nak jual gelang makrifat (boleh bukak mata kasyaf) sila pikir pikirkan kembali.. sila klik gambor di bawah untuk keterangan... tak tau la tahun bila korang boleh dapat bonus tu.. ok yaall....





itu baru ahli ke 1001.. kalau ahli yang ke 22908444? kalau korang nak tau boleh korang tanya si Khai AF.. ok yalll..... babai

Isnin, 29 November 2010

tak sepatutnya UTUSAN rugi tau...

kenyataan akhbar:

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

kemudian kita nengok ucapan najib pulak..

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sebenar ahli UMNO adalah seramai 3,159,484 orang. Jumlah tersebut diperolehi setelah berlaku proses pemutihan keahlian yang telah dilakukan sebelum ini. Hasil daripada itu, Majlis Tertinggi UMNO setuju untuk mengeluarkan seramai 380,000 ahli yang tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia dan faktor-faktor yang lain. Najib mengumumkannya kepada pihak media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC semalam.

untuk mengelakkan kerugian ahli ahli umno mestilah melanggan Utusan..

sehari boleh dapat lebih kurang 4.5 juta... itu tak termasuk iklan keputusan judi lagi.. atau iklan semuka Dr rozmey atau gelang hikmat AC yalll.....

Selasa, 23 November 2010

iklan yang membuatkan ac mizal kayo...


terkenang suatu masa.. hehehehehe

Selasa, 16 November 2010

PANAS.....pengerusi baru SPR..

inilah calon pengerusi SPR yang baru untuk PRU yang akan datang... Benjamin Jon Williams... hehehehe

Ahad, 14 November 2010

siri baru.. apa yang tak kena dengan gambar ini

apa yang tak kena dengan gambar ini... di bawah ada huraiannya..



1. siapa lelaki yang menunjukkan tanda bagus ni? sumber mengatakan dia adalah seorang artis..

2. apa yang best tentang VVIP di sebelahnya.. mungkinkah beliau terer bahasa inggeris slang amerika hinggakan menjadi duta di sana. atau beliau selalu menjadi imam kepada artis di sebelahnya ketika zuhur dan asar...

3. gaya beliau posing memang tak best lah..

4.yang terakhir .. PENTING.. aku takkan undi beliau masa PRU nanti sama macam yang lalu...

mr edz: jika nak nengok lebih lebih sila klik sini

Khamis, 11 November 2010

pejabat AC mizal tak wujud?


sekarang tgh hot pasal kes AC mizal nyanyi lagu fiona sambil jual gelang ... ada pihak mengatakan gelang dia ni cuma USD 25 tapi jula kat orang sampai seribu.. wow.... AC mizal plak kata dia tak tipu ini semua fitnah jer untuk menjatuhkan dia.. (dengki sebab dia pakai bentley)...

cuma bagi aku.. kalau michelle melodi tanya aku pasal ni aku cuma jawab.. orang laki haram pakai gelang..( sambil tanya apa no hp dia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

cuma yang musykil tentang report si AC mizal ni... cuma korang baca kat perenggan bawah dia.. ade ker jalan Dravidan kat bandar baru ampang nih.. dah bertahun dah aku duk lalu area ni tak penah dengar pon.. jalan wawasan ada la... ke pejabat si AC kat alam jin?




Selasa, 2 November 2010

bukan saya mahu tapi diorang yang mahu....


Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

“Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB, katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.


siapa ahli lembaga pengarahnyer.. kita lihat di bawah...






oh.... mereka ni yang nak sangat.... tapi kenapa ada muka en PM kita?


Khamis, 28 Oktober 2010

rintihan rakyat...


pak menteri tolong lah dengar rintihan rakyat...

Rabu, 27 Oktober 2010

Malaysia yours truly clubbing

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

NONEIni akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP... dari MK

wah ini sudah hebat.. inilah di namakan syurga dunia.. lepas ni boleh la tukar.. 'Malaysia yours truly clubbing and spa'...

kendian boleh di tubuhkan kementerian clubing dan massage.. aku tau sapa yang layak... tengku nan (bukan roti nan)... duta clubbing pulak dafi dgn najwa anak TPM kita... hahahaha... takkan anak Nik Aziz plak korang nih...

pesanan: jangan terkejut la kalau tetiba je gunung tahan tu tukar jadi gunung berapi...


Jumaat, 22 Oktober 2010

rasukan wanita berambut panjang di pwtc

[HM] KL: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang PM di dewan PWTC, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 perwakilan UMNONONO berkenaan.
Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di belakang PM ketika sedang membuat ucapan dasar.

Bekas PM yang enggan dikenali berkata dia ternampak jelmaan itu berdiri betul betul di belakang PM, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan perwakilan terbabit dibawa ke surau PWTC itu sebelum diberikan rawatan.
"sedang saya asyik mendengar ucapan PM kita ni, tiba tiba apa nama, apa nama tu, benda tu muncul sambil melambai lambaikan tangan nya ke arah saya"
“Kumpulan perwakilan berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka.

“ulamak 40 dan hakim negara serta keluarga perwakilan terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai ayah pin, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan utama PWTC sebagai kediaman mereka.

“Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak semalam dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.

“Kami nasihatkan perwakilan yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya.

Menurut ayah pin, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang.

PM yang di temui selepas kejadian itu berkata " patutlah saya rasa seram sejuk je tadi"

oleh mr edz.

di olah semula, hanya imiginasi penulis.. takder kena mengena ngan sape sape ok... hehehehe ( berita sebenar disini)

Isnin, 18 Oktober 2010

berita semua tak betul kecuali UMNO-ONLINE je



sila baca hanya umno- online.. sebab dalamnya berita semua benar melainkan benar benar belaka... yer.. sebenar benar berita.. semua ada fakta yang tepat.. sumber yang di percayai... tak der tipu tipu punya....

"Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara."

sumber kat sini

sedikit tentang tak lupa diri:

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama �Tengku Adnan bin Tengku Mansor�. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336..

info dari harakah daily...

Isnin, 11 Oktober 2010

bro khairy.. bila nak ke palestin ni?

janji buleh pegang M16.. najib pegang keris jer.. (rosmah pegang apa?)

lama aku duk tunggu.. dalam berita pun tak dengor... ke tengah berlatih nak dapatkan beret hijau.. Najib dah jadi imam dah... YB bila lagi....


Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel. "Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Luahan warga emas P.Pinang kecewa ditipu umeno .wmv


kesian kat makcik ni.. kena tipu hehehehe.. kena tipu ngan ameno sebenarnya.. makcik.. pencen dari kerajaan tu pun ada campor duit judi dan arak... takpela makcik.. kalau taknak duit tu boleh la bagi kat saya.. bagitau kengkawan makcik yang bertaraf ahli sufi tu.. kalau tak nak bagi la kat saya.. road tax keta dan insuran keta saya dah nak mati dah ni.. adoi....

mr edz : toya mat amin betoi...


Selasa, 5 Oktober 2010

lawak lawak...

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


---- sumbangan: Harun S.B
di amik dari sini

Jumaat, 1 Oktober 2010

jika korang ada rezeki terlebih...

MOHON BELAS EHSAN BANTUAN ANDA :

Rumah Anak-Anak Yatim Al Nasuha

No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai , 68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor.

HUBUNGI TERUS DENGAN UMI DI 017-9354323

AKAUN MAYBANK : 164799096868 (Fatmah Husin)


Selasa, 28 September 2010

kisah yang ajaib



Kisah Usaid bin Hudair

Pada suatu tengah malam Usaid duduk di tempat ibadahnya manakala anaknya duduk disampingnya. Kuda beliau yang akan disiapkan untuk jihad tidak lama lagi terikat tidak jauh darinya.

Pada ketika itu, keadaan malam tenang dan sejuk, bintang-bintang seakan-akan akan jatuh ke bumi, maka timbullah keinginan Usaid untuk menghiasi keadaan yang sejuk ini dengan wangi-wangian bacaan al-Quran.

Usaid mulai membaca permulaan surah al-Baqarah dengan suara yang merdu dan indah. Usaid dikenali sebagai pengalun bacaan al-Quran yang merdu dan mengasyikkan.

Tiba-tiba kudanya meronta-ronta sehinggakan tali untuk mengikatnya hampir terlucut, kemudian Usaid menghentikan bacaannya. Seketika itu juga kudanya pun menjadi diam dan tenang.

Kemudian Usaid mengulangi bacaannya kembali dan kuda beliau meronta-ronta kembali bahkan lebih teruk daripada yang pertama tadi. Usaid menghentikan dari bacaanya dan kudanya ikut diam sepertimana peristiwa pertama tadi. Maka Usaid mengulangi perbuatan tersebut berulang-ulang dan tidak menghiraukannya.

Walaubagaimanapun Usaid kasihan akan anaknya jika terbangun dari tidurnya lalu dia bangun menuju ke arah kudanya. Tatkala berjalan, Usaid melihat ke langit dan melihat awan berjajaran dilangit membentuk payung yang sangat besar. Dan disampingnya terlihat seperti susunan cahaya yang menerangi seluruh permukaan sehinggakan Usaid naik ke tangga rumah untuk melihat yang hal menakjubkan ini sehingga hilang dari pandangannya.

Tidak pernah dilihat kejadian yang aneh ini oleh mata manusia sama sekali. Ketika waktu pagi tiba, bersegeralah Usaid menuju Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi pada dirinya semalam.

Maka Rasulullah berkata kepada Usaid:

Para Malaikat itu sedang mendengarkan bacaanmu wahai Usaid, andaikan kamu melanjutkan bacaanmu pasti manusia akan melihat para malaikat yang sebelumnya terhalang pandangan mereka dari para Malaikat”

dipetik dari sini

Ahad, 19 September 2010

bodek nampak...


salam aidilfitri... tetiba aku terbaca cerita di bawah:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dianugerahkan sandang tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), yang membawa gelaran ‘Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi’ pada 2 Oktober depan.

Sandang yang dianugerahkan sempena Majlis Gayong Perdana 2010 itu turut menjadikan Najib sebagai ‘Imam Khalifah Agung PSSGM’, sekali gus ketua kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.

cerita selanjutnya klik sini

aku bukannya ahli silat ke apa ker.. tapi aku nak tanya apa peranan najib sebenarnya.. rasa aku la kalau malaysia ni berperang yang awal sekali cabut pegi luar negeri Najib dgn family dia la... takkan la makcik felda kot yang nak lari.. camna nak lari gi oversea nak beli ikan pun kena berkira kira dulu...

Selasa, 7 September 2010

selamat hari rayaaaaaaaaaaaa.....


selamat hari raya pada semua...... esok aku dah nak balik pahang... so aku mintak ampoon yer... pada semua la... terutama pak din (mountdewller)... semoga cepat bermenantu hehehehhe... tak lupa pada azamdin dan lelain lah... dan teristimewa kepada isteri PM datin seri Rosmah Mansur dengan ucapan...

tutuplah aurat dengan sempurna....

Jumaat, 3 September 2010

jgn gelak!!


untuk menenangkan jiwa anda semua... kalau gelak kena rotan


Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA... tapi bila teringat muka PM..


aku bukan nya tak patriotik... aku jugak bukannya tak sayangkan negara.. dan aku jugak teringin nak pasang bendera kat motor aku.. tapi bila ngenangkan najib.. adoooi la... nyampah la.. satu sebab yang paling aku meluat sangat sangat ialah :

GUNA DUIT RAKYAT BAYAR PADA APCO WORLDWIDE...

haram jadah betul... kononnya nak tingkatkan imej la.. komunikasi la.. tak payah la semua tu.... bayar je kat aku tak sampai pon juta juta cuma rm 20k kat aku lagi 80k bagi kat sek tahfiz.. (takder la mahalkan cuma 100k je ) aku bagi cadangan kalau nak tingkat kan imej...

IKUT SUNNAH DAN AL-QURAN

haaa.. kan senang.. semua benda boleh settle... bab buang bayi, bab masuk surau, bab doa, bab feqah, semua benda ada, ekonomi ada, poltik ada... apa lagi nak... itula memuja sangat penjajah... percaya tak aku cakap.. dalam al quran semua ada penyelesaiannya.. sapa tak beriman pada alquran boleh tanya kat ustaz ustaz.. apa hukumnya?



Ahad, 29 Ogos 2010

Sabtu, 28 Ogos 2010

lepas ni banyak la orang Umno pegi surau ngan masjid..

yang ni macam mana pulak?

sebelum ni susah kita nak jumpa orang UMNO masuk ke masjid dan surau.. sebab apa? sebab surau dan masjid hanya untuk solat (termasuk solat jenazah) dan kekadang tu buat akad nikah..

lepas ni banyak la orang Umno masuk surau ngan masjid sebab apa? sebab nak cari isu.. isu melayu sebenarnya.. sebab kalau melayu tu mesti la Islam.. eh apsal melayu plak? sebab dah jadi stigma kalau melayu tu mesti Islam.. orang cina ka, orang india ka... diorang bukannya Islam..
ye la banyaknye isu dah timbul.. bagi aku ini sudah bagus.. satu satu isu yang timbul tu akan membuatkan masyarakat akan tahu hukum sebenarnya... pak pak mufti pun kena bukak kitab balik.. (takkan makan gaji buta jer) kesian pilak aku nengok mufti kat malaysia ni.. macam takder peranan jer..

hukum syarak no 1 la.. adat no 2... bukan apa sebab ada hukum yang kekadang kita rasa kalau buat salah tapi sebenarnya tak mengapa.. contoh senang.. katakan la korang solat subuh berjemaah... ( susah nak buat ni) tetiba bila rakaat kedua pak imam tak baca qunut... mesti la ada yang tegur pak imam... sedangkan kalau tak baca pun sah jugak solat.. kekadang tu pak imam pun nak cepat jugak (sakit perut...) heeheheh

Ahad, 22 Ogos 2010

apa beza? boleh tolong jawabkan



apa beza kes doa khutbah jumaat kat penang dengan yang di bawah... yang di penang di doakan supaya si kapir tu mendapat hidayah dari Allah.. tapi yang bawah ni siap solat hajat dengan baca yassin... sesapa yang mahir atau dah khatam kitab bharul mahzi boleh tolong jawab... doakan kerahmatan pada orang kafir memang salah dan tak boleh tapi doakan supaya di beri hidayah supaya memeluk Islam harus...


Jumaat, 20 Ogos 2010

sijil halal Mcdonald telah di tarik?


siapa bob chan? (bukan sin chan tau) beliau adalah managing director bagi syarikat mac food services.. syarikat ini adalah pembekal daging bagi Mcdonald.. bukti boleh klik sini

sedikit info tentang Mac Food services..


Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

mr edz: suka makan Mc dolah jer

Khamis, 19 Ogos 2010

sambutan malam tahun baru punya bala..


makin banyak kes buang bayi sekarang ni... sekarang nak masuk bulan 9 dah.. cuba kira berapa bulan selepas malam tahun baru.. kira dekat la 9 bulan 10 hari... kira ni malam tahun baru ni berapa banyak orang berzina agak agaknyer... lepas bulan 10 ni jarang la ada buang bayi... aku agak jer la... cuma terpikir...

Rabu, 18 Ogos 2010

sudah seminggu rupanya..




huhuhuh.. dah seminggu aku tak isap rokok... memang niat nak berenti pon ni... selamat tinggal salem light... cubaan berenti kali ke 4... palin lama aku berenti 1 tahun setengah....

Sabtu, 14 Ogos 2010

senang je jadi menteri ni..

Saturday August 14, 2010

Minister: Do without garlic

By ONG HAN SEAN
hansean@thestar.com.my


KUALA LUMPUR: Stay away from garlic, that is the advice of Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob to those who complain about the steep increase in price.


disedut dari the star.. so kalau anda jadi menteri lagi lagi menteri kepenggunaan, bila reporter tanya ini jawapannyer:

gula naik.. amalkan hidup sihat.. gula penyebab kencing manis.

ayam naik.. makan ayam daging banyak nanti kena kanser.. makan ayam kampung sihat sikit..

daging naik.. gantikan daging dengan makanan lain.. contoh makan la ikan.

tepung naik.. jangan makan roti canai banyak bahaya.

minyak naik.. naik la bas, komuter, lrt.. kurang sikit jem.

tol naik.. jalan lama kan ada..

baeeek punyyyaaaaaaaaaaaa... oh itu tagline saya.. hehehehe senangkan jadi menteri..