Sabtu, 28 Ogos 2010

lepas ni banyak la orang Umno pegi surau ngan masjid..

yang ni macam mana pulak?

sebelum ni susah kita nak jumpa orang UMNO masuk ke masjid dan surau.. sebab apa? sebab surau dan masjid hanya untuk solat (termasuk solat jenazah) dan kekadang tu buat akad nikah..

lepas ni banyak la orang Umno masuk surau ngan masjid sebab apa? sebab nak cari isu.. isu melayu sebenarnya.. sebab kalau melayu tu mesti la Islam.. eh apsal melayu plak? sebab dah jadi stigma kalau melayu tu mesti Islam.. orang cina ka, orang india ka... diorang bukannya Islam..
ye la banyaknye isu dah timbul.. bagi aku ini sudah bagus.. satu satu isu yang timbul tu akan membuatkan masyarakat akan tahu hukum sebenarnya... pak pak mufti pun kena bukak kitab balik.. (takkan makan gaji buta jer) kesian pilak aku nengok mufti kat malaysia ni.. macam takder peranan jer..

hukum syarak no 1 la.. adat no 2... bukan apa sebab ada hukum yang kekadang kita rasa kalau buat salah tapi sebenarnya tak mengapa.. contoh senang.. katakan la korang solat subuh berjemaah... ( susah nak buat ni) tetiba bila rakaat kedua pak imam tak baca qunut... mesti la ada yang tegur pak imam... sedangkan kalau tak baca pun sah jugak solat.. kekadang tu pak imam pun nak cepat jugak (sakit perut...) heeheheh

Tiada ulasan: