Khamis, 28 Januari 2010

kisah teladan

benda terjadi kat aku beberapa bulan lepas:

satu hari aku balik rumah.. naik motor.. (bini aku tidur rumak mak dia).. so jadi bujangan la sekejap.. lepas hantar bini aku aku pun balik la.. (hari malam) macam biasa la parking moto pastu terus naik atas .. ting. 4.. penat tuh..

bila pagi tuh siap siap nak gi kerja.. aku cari kunci moto aku.. eh mana dia aku letak nih... puas cari cari cari dan cari takder.. sudah... aku tawakkal jer la.. turun bawah dan akhirnya... tu dia kunci moto aku ada kat dalam raga... pergh.. alhamdullillah...

risau gila aku.. dulu dah pernah hilang moto sekali.. tapi kali ni.. kunci moto aku tu siap ada road tax sekali korang tau... aku berdoa la supaya sapa yang tolong letakkan balik kunci aku tuh supaya beroleh rahmat Allah.. (aku ada dengar macam benda jatuh masa aku naik tangga malam tuh)

Sabtu, 23 Januari 2010

hiburan sipi sipi


pergh.. paling minat aku nih.. (takder la sampai tahap gaban) bagi aku boleh la layan ...
otai beb....
(maleh aku nak upload kat sini korang boleh dengar kat youtube)

Selasa, 19 Januari 2010

sapa boleh tolong?



aku nak mintak tolong.... ceritanya begini:


ada sorang member sekerja aku.. si A.. memberi hutang kepada sorang lagi bekas member aku si B. (malu aku nak ngaku member)... sebanyak kalau 2 ribu dan menjadi penjamin hutang sebanyak 4 ribu.(pinjam ngan ceti).. dah lama dah kira kira 2 tahun.. selama 2 tahun ni lah si A menanggung hutang kepada si ceti ni tolong bayarkan dulu.. si B ni pulak berjanji tak pernah nyer betul.. kata nak masukkan duit esok la.. petang la.. tapi suku janji jer boleh pakai... jadinya tadi si A ni pun dah tahan nak menanggung sengsara maka di carinya si B ni untuk menuntut hutang.. terjadilah sedikit pertengkaran hingga hampir nak ditumbuknya si A ni (pelik patutnya si pemberi hutang la yang patut tumbuk tapi ni terbalik) mengenangkan masa depan dan kerjaya si A ni tadi pun mengalah la.. lalu dia pun mengadu la kat aku... memang dah lama dah dia mengadu tapi aku pun tak boleh la nak tolong... so apa pendapat anda? si B ni siap boleh janji dalam tengah hari ni dia akan masukkan duit(satu lagi janji yang agak palsu)


so aku bagi la sedikit cadangan yang agak kejam kat si A ni:

1. simbah cat minyak kat keta vios

2.pecahkan keta vios depan ngan belakang

3. apa apa pun boleh la..


tapi keta vios si B ni takder kena mengena ngan masalah diorang.... hmmmm

Isnin, 18 Januari 2010

mabuk..

.........



ingat dapat la mancing......



aku mabuk laut.... lansung takleh mancing..........



cuma tak muntak jer......

sebab tu takder cerita pasal mancing....... hari ni....

Jumaat, 15 Januari 2010

misi malam ni..

ya.. misi malam ni aku akan ker surau di kemensah.. macam biasa la kuliah bulanan ustaz kazim.. lepas maghrib... inysallah..
ya allah permudahkanlah perjalanan aku malam ni...

aku ni peminat ustaz kazim kot..?

misi sabtu dan ahad pulak gi mancing... heheheheh

Rabu, 13 Januari 2010

kawin jugak akhirnya

baru dapat email dari member... akhirnya kawin jugak member aku ni.. sorilah tak pegi sebab hari dia kenduri tu anak aku pun lahir... berangan jugak nak pegi kan... apa apa pun harap kekal hingga ke akhir hayat... Insyaallah...



bersama bekas rakan sekuliah dan sekerja
sama cantik sama padan.. bila nak makan tu?

menadah apa tu? menadah impian kot

Isnin, 11 Januari 2010

sabtu ahad takder makanan?

aku tebaca di satu laman blog.. korang boleh klik kat bawah ni..

http://azmanlin.blogspot.com/2010/01/isu-murid-asrama-sesi-2010-kena-balik.html

apa ni.. sabtu ahad tak makan la bebudak asrama.. (bersangka baik mungkin ada mekanisma lain ) tapi aku tak boleh bayangkan kalau sabtu ahad kena belanja duit poket sendiri nak makan.. aku tau la sebab dulu aku sek teknik/vokay.. hari biasa pun lapar memanjang inikan pulak hari cuti..

pengalaman aku la.. dalam sebulan cuma boleh balik kampung sekali.. keluar bandar sekali.. bapak aku bagi cuma 30 ringgit.. kena asingkan duit bas.. pastu duit nak beli buku ker.. keperluan sendiri ker... tak pun duit persatuan ker.. duit kelas lagi.. bila orang keluar bandar aku pun keluar.. (boring duk dalam) bila orang minum kedai mamak aku tahan nengok je la.. hari sekolah kantin memang bukak tapi cuma boleh beli kuih jer... air takder hal.. air paip la apalagi.. bila malam lepas prep ada la warden jual jual sikit cuma buleh nengok jer la... lapar tau.. lain la kalau mak bapak datang tiap tiap minggu... ada jugak biskut biskut dalam tin boleh makan.. (kira orang kaya la time tu) untuk pengetahuan bapak aku datang ke sek aku ni cuma 2 kali jer.. first masa hari daftar ... 2 nd pulak masa tu cikgu nak photostat IC ibu bapa.. terpaksa la aku tepon jiran aku suruh bapak aku hantar.. habis sekolah aku balik sendiri tumpang keta bapak member aku... bila kenang balik seronok ada sedih pun ada..

sesapa yang penah duduk vokay/teknik tau la... pernah sekali bila dah lapar sangat aku dan beberapa orang masuk dewan makan senyap senyap curi roti bun dengan tembikai... jahat gila hahahaha...

Ahad, 10 Januari 2010

hasil semalam.. hehehe


alhamdullillah... semalam aku pergi ceramah ustaz kazim.. dengan izin Allah jua.. di bawah aku sertakan beberapa gambar .. sebelum mula ada qasidah dari pelajar ustaz zuhir...
* paling best dapat salam dengan ustaz kazim.. no satu la.. no 2 best salam dengan anwar ibrahim..






dari jauh..





baru nak start ceramah



yang tepi tu ustaz zuhir



yang last sekali acara makan makan.. tapi aku nak kena balik awal sebab naj hujan.. aku tak makan la... sebab naik moto je datang sini..

Sabtu, 9 Januari 2010

jadual hari ini

ceramah khas ustaz kazim


tempat : sek tahfiz (ustaz zuhir)
alamat: 2705 jln permata 22, tmn permata hulu kelang
penceramah: ustaz kazim
tajuk: melahirkan generasi al quran...
masa: 2.30 pm..hari ini 9/1/2010


insyaallah.. mari bersama kita ramaikan..

aku datang rasanya... kalau tiada aral melintang... memula tu rasa macam nak pegi mancing udang kat tg karang tapi rasanya baik aku pegi sini... aku dapat mesej ni pun dalam pukul 12.30 mlm tadi.. pagi td baru baca... sesapa yang sempat tu datangla...

Jumaat, 8 Januari 2010

penakut kot?

hari ni aku nak utarakan sikit pertanyaan..

kenapa kerajaan tak panggil duta mesir menjelaskan kenapa rombongan viva palestine di sekat..?

atau

putuskan sahaj hubungan diplomatik dengan diorang.. sebab sama kejam jer dengan israel.. panggil semua pelajar dan kedutaan balik malaysia.. hantar pelajar gi belajar kat tempat lain..

(mungkin kak mah boleh tolong jelaskan sebab dia dah tepon bini hosni keparat)

buat malu kat orang british tu jer kita ni..

Khamis, 7 Januari 2010

jangan menangis tau

Janji ! anda jangan menangis...

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Rabu, 6 Januari 2010

info


Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2. Kolestrol daging lembu dan ayam.

3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

5.. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.

7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang. Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger.


Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok. Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi. Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit. Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3) ..

Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang. Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya.

Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Isnin, 4 Januari 2010

sape sokong?

HARGA GULA MASIH TERENDAH DI ASEAN -

Meskipun kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini, ia masih terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.Berbanding gula di Malaysia yang kini berharga RM1.65 sekilogram, bahan itu dijual dengan harga RM2.25 sekilogram di Thailand dan Indonesia.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sehubungan itu, adalah tidak wajar peniaga di negara ini mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman selepas kenaikan harga gula di pasaran. - Utusan

ada sapa sapa sokong?

lahirnya..... nuraina qalesya

ekslusif... hehehehe.. inilah gambar anak aku yang no2.. seorang perempuan.. comel tak? alhamdullilh.. semoga menjadi muslimah sejati.. korang doa doakanlah yea..

*terkenang pengalaman di dewan bersalin... baru tau macam mana seorang ibu nak melahirkan anak.. insaf wooo.. jadi jangan derhaka