Selasa, 28 September 2010

kisah yang ajaib



Kisah Usaid bin Hudair

Pada suatu tengah malam Usaid duduk di tempat ibadahnya manakala anaknya duduk disampingnya. Kuda beliau yang akan disiapkan untuk jihad tidak lama lagi terikat tidak jauh darinya.

Pada ketika itu, keadaan malam tenang dan sejuk, bintang-bintang seakan-akan akan jatuh ke bumi, maka timbullah keinginan Usaid untuk menghiasi keadaan yang sejuk ini dengan wangi-wangian bacaan al-Quran.

Usaid mulai membaca permulaan surah al-Baqarah dengan suara yang merdu dan indah. Usaid dikenali sebagai pengalun bacaan al-Quran yang merdu dan mengasyikkan.

Tiba-tiba kudanya meronta-ronta sehinggakan tali untuk mengikatnya hampir terlucut, kemudian Usaid menghentikan bacaannya. Seketika itu juga kudanya pun menjadi diam dan tenang.

Kemudian Usaid mengulangi bacaannya kembali dan kuda beliau meronta-ronta kembali bahkan lebih teruk daripada yang pertama tadi. Usaid menghentikan dari bacaanya dan kudanya ikut diam sepertimana peristiwa pertama tadi. Maka Usaid mengulangi perbuatan tersebut berulang-ulang dan tidak menghiraukannya.

Walaubagaimanapun Usaid kasihan akan anaknya jika terbangun dari tidurnya lalu dia bangun menuju ke arah kudanya. Tatkala berjalan, Usaid melihat ke langit dan melihat awan berjajaran dilangit membentuk payung yang sangat besar. Dan disampingnya terlihat seperti susunan cahaya yang menerangi seluruh permukaan sehinggakan Usaid naik ke tangga rumah untuk melihat yang hal menakjubkan ini sehingga hilang dari pandangannya.

Tidak pernah dilihat kejadian yang aneh ini oleh mata manusia sama sekali. Ketika waktu pagi tiba, bersegeralah Usaid menuju Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi pada dirinya semalam.

Maka Rasulullah berkata kepada Usaid:

Para Malaikat itu sedang mendengarkan bacaanmu wahai Usaid, andaikan kamu melanjutkan bacaanmu pasti manusia akan melihat para malaikat yang sebelumnya terhalang pandangan mereka dari para Malaikat”

dipetik dari sini

Ahad, 19 September 2010

bodek nampak...


salam aidilfitri... tetiba aku terbaca cerita di bawah:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dianugerahkan sandang tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), yang membawa gelaran ‘Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi’ pada 2 Oktober depan.

Sandang yang dianugerahkan sempena Majlis Gayong Perdana 2010 itu turut menjadikan Najib sebagai ‘Imam Khalifah Agung PSSGM’, sekali gus ketua kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.

cerita selanjutnya klik sini

aku bukannya ahli silat ke apa ker.. tapi aku nak tanya apa peranan najib sebenarnya.. rasa aku la kalau malaysia ni berperang yang awal sekali cabut pegi luar negeri Najib dgn family dia la... takkan la makcik felda kot yang nak lari.. camna nak lari gi oversea nak beli ikan pun kena berkira kira dulu...

Selasa, 7 September 2010

selamat hari rayaaaaaaaaaaaa.....


selamat hari raya pada semua...... esok aku dah nak balik pahang... so aku mintak ampoon yer... pada semua la... terutama pak din (mountdewller)... semoga cepat bermenantu hehehehhe... tak lupa pada azamdin dan lelain lah... dan teristimewa kepada isteri PM datin seri Rosmah Mansur dengan ucapan...

tutuplah aurat dengan sempurna....

Jumaat, 3 September 2010

jgn gelak!!


untuk menenangkan jiwa anda semua... kalau gelak kena rotan