Khamis, 29 April 2010

hebahan

malam ini kuliah maghrib

oleh : ustaz Nik Radzi Nik Mat (adik TGNA)
tempat : surau Annur flat pandan mewah (blok A6) bawah rumah aku jer..
masa : lepas maghrib


sekian terima kasih.

apa yang seronok duduk kat asrama?

tetiba jer teringat balik masa duduk kat hostel.. start for 4 (masuk vokay) sampai habis umur 19 aku duk kat hostel... kekadang tu rasa macam duk kat narakka pon ader...

1. kena buli dan membuli balik
biasa la memula masuk.. kena ragging... orientasi la katakan.. sapa sapa yang tak tahan tu rasa macam nak lari jer.. biasa la.. start lepas asar je senior pon mula tunjuk kepala.. bila jadi seniot plak.. apa lagi buat la perangai macam senior..

2. happy time outing dgn balik kampung
hepi la jugak walaupun aku tak la selalu keluar bandar.. bukan apa dalam poket duit cukup cukup jer buat tambang bas

3. fly
istilah biasa bagi yang selalu lompat pagar.. . kalau kantoi memang kena belasah ngan warden.. hanya budak budak yang hati kering jer buat nih.. kadang kadang muka skema pon follow jugak

4. bergaduh
tiap tiap malam ade jer gaduh(hampir) kekadang tu ada puak puak lak tu.. geng dari satu tempat duk satu tempat pastu macam ada ketua geng.. apa apa hal kena baik ngan kepala dulu.. baru la selamat.. hehehe

5. berniaga
paling laku rokok la apalagi.. dulu sebatang 50sen tapi kalau stok takder mencecah 1 ringgit.. (dunhill masa tu baru rm3.60 20 batang)

6. boleh dengor cerita hantu
macam cerita hantu boleh dengor.. hehehe seram gila

Selasa, 27 April 2010

marabbuka...

sumber asal: anakpakitam

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.Bapa mertua tak bergerak, senyap saja.

Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Isnin, 26 April 2010

Nasa sahkan matahari akan terbit dari barat..


bukan possibilty lagi tapi memang benar


benda ni dah lama dah tercatat dalam quran... tapi kenapa masih ramai yang tak percaya pada Al quran? masih juga ramai yang tak tau baca Al quran? Al Quran di buat pertandingan musabaqah tiap tiap tahun tanpa di ambil isinya sebagai panduan hidup... dan lebih teruk di buat sebagai hantaran, bukan tak boleh tapi hanya sebagai hiasan.. di gantung di dinding rumah juga sebagai hiasan... mengapa tak diambil isi Al Quran sebagai hiasan dalam jiwa setiap muslim....

Ahad, 25 April 2010

tahniah.. APCO menang

tahniah.... BN dan Umno menang.. hasil dari penyusunan program profesional dari yahudi... tahniah.... kalau yahudi jer buleh tahan tapi yahudi yang menerajui APCO terdiri dari mereka mereka yang menindas umat Islam Palestin....

berita dan paper perdana menjadi bahan gorengan mulai esok...

Sabtu, 24 April 2010

pesanan kepada pengundi..


pengundi ada 3 jenis:


1.kuat BN

yang ni cakap apa saja mereka tetap undi BN


2.kuat PR

sama seperti diatas. takkan berubah punya.


3. ikut mood (atas pagar)

yang ni tak tau.. nengoklah esok camna.. masa pegang pensel tu baru rasa nak pangkah apa..


oleh itu aku ada pesanan.

1. ingatlah setiap undi anda akan di persoalkan di akhirat.. jangan dok kata agama dan politik tu berasingan.. semua benda tertakluk di bawah hukum syarak.. bila semua benda di bawah agama kan bagus.. undang undang, jual beli, perkahwinan, politik...


2. jika anda teringin nak undi BN cuba ingat tentang palestin.. tak pun cuba ingat kenapa masalah sosial semakin meruncing.. pembunuhan merata rata, hiburan yang melampau.. ramainya orang tidak bersolat.. dan kenapa kita masih lagi memakai undang undang british sedangkan agama Islam adalah agama rasmi.. adakah kita tidak yakin dengan Al Quran dan sunnah Rasul?


3. cuba tanya ustaz apa hukum memilih orang kafir menjadi pemimpin?


4. terus terang je la anda di minta mengundi PKR.. (walaupun aku tak berapa gemar dengan sikap sekular yang ada dalam parti ni) baik undi PKR dari undi BN..


Khamis, 22 April 2010

1 malaysia lagi popular dari kfc dan milo?

dipetik dari bernama.. berita penuh kliksini

"The 1Malaysia concept is more popular than Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC), the badge and logo of 1Malaysia has no competition because some like chicken and some may not like to eat chicken, but everyone likes 1Malaysia," said Najib.-- BERNAMA

hahaha.. jangan buat lawak la... tak pernah aku dengar orang kat kedai makan mintak air 1 malaysia satu, tak pun roti canai 1 malaysia.. tapi kalau kat penang teh tarik komtar tu biasa (merujuk gelas besar)...
anak aku yg umurnya 3 tahun pun kenal mana satu kfc mana satu pizza... mungkin la kat area pejabat PM je yg popular, tak pun kat kedai makan kat Israel hehehehe.. ada kebab 1 malaysia kot?

mr edz: aku rasa doa makan lagi popular dari 1 malaysia

Selasa, 20 April 2010

jangan tanya banyak pada SPR

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan tuduhan bahawa suruhanjaya itu menjadi dalang dalam konspirasi' untuk memenangkan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan dakwaan palsu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pengarah strategik PKR Tian Chua bahawa atas SPR telah memindahkan satu lokaliti mengundi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ke dalam kawasan Rawang."- malaysiakini

dulu dulu bawak masuk pengundi untuk ngundi BN sekarang ni bawak lari pengundi supaya jangan undi PR... heheheh cerdik kan...

soalan untuk SPR: kenapa kem tentera di jalan gambang kuantan diletak bawah parlimen pekan? mana lebih dekat kuantan ke pekan?

"Mengulas dakwaan itu, Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan."Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang," katanya dalam satu sidang media di pejabat tanah daerah Hulu Selangor hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan dengan tepat bilakah SPR menyedari kesilapan kedudukan lokaliti tersebut."- malaysiakini

SPR pakai peta komputer sapa? google maps kot? bila diorang semak? kenapa tak bagitau awal awal? kalau korang rajin (aku tak rajin ) silalah selidik sendiri aku tanya saja.. aku tak tuduh sesapa yer...

Isnin, 19 April 2010

apa cerita ni...?

BN serang peribadi calon, usir Malaysiakini.. kliksini

kata tak serang peribadi.. pastu cuma ceramah tentang pembangunan dan untuk kemajuan rakyat.. korang boleh klik atas tu... ini bukan utusan punya cerita tapi malaysia kini...

gambar hari ni

saje jer letak.. hehehehehe

yang tak patut bagi umat seorang bapa atau ibu


aku sebagai seorang bapa merasa pelik dan sedih melihat suasana hari ini.. ada beberapa perkara yang tak patut bagi kita sebagai seorang bapa menggalakkan anak anak kita terutama yang perempuan untuk menceburi bidang bidang di bawah. sepatutnya kita kena menegah mereka dari menceburi bidang bidang ini.. (selagi anak perempuan kita tak berkahwin selagi itulah kita kena bertanggungjawab ke atas mereka)

1. penyanyi
yang ini paling banyak sekali.. ada ke beri galakkan supaya menyanyi.. apa tak tau hukum ker? setau aku bagi mazhab syafie bila seorang perempuan tu menyedapkan suaranya di hadapan orang yang bukan muhrim kan berdosa. selain bila dah menyanyi mestila dok bukak aurat (rambut) kan tambah satu lagi dosa.. itu baru rambut lelain.. contoh banyak kat majalah porno lembut malaysia a.k.a mangga.

2. gimrama/gimnastik
eeeiiii.. tak malu ke pakai macam tu..( aku suka jugak tengok hehehehe) siap mak bapak hantar kecik kecik ke sek gimrama/gimnastik.. sukan sukan la jugak tapi aurat kan kena jaga.. walaupun masuk acara 100 meter pecut kena tutup aurat

3. renang
sama jugak seperti di atas..

apa apa benda hal kita kena ikut peraturan syarak.. aku berharap semoga keluarga mereka di beri hidayah oleh Allah... ya Allah jauhkan lah aku dan keluarga ku dari bahaya seperti ini..amin

Jumaat, 16 April 2010

hebahan


seperti biasa pada malam ini selepas maghrib.. kuliah bulanan ustaz kazim elias akan diadakan ..

tempat: masjid alridhuan hulu kelang
masa: selepas maghrib
kitab muhimmah dan bharul mazi...

esok (sabtu 17/4) pulak ditempat sama kursus solat ketika sakit jam 9.00 pagi..

(sarapan disediakan)

sama sama lah kita datang...

Rabu, 14 April 2010

ini dia calonnya MIC


kalau yang ni macam mana...

Selasa, 13 April 2010

Awas! ada selsema lain selain H1N1


topeng yang disarankan


dulu masa selsema burung.. habis segala jenis burung termasuk ayam itik angsa, habis kena bunuh.. tapi sekarang bila selsema babi menyerang sekor babi pon tak kena bunuh.. heran kan!


Apa itu Selsema Babi?

Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yang biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini (type A H1N1 virus) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930.


Apakah itu selsema burung?

Selsema burung ialah sejenis penyakit selsema yang menjangkit burung atau binatang yang berkepak .Ia disebabkan oleh beberapa jenis virus selsema, tapi hanya virus yang tertentu sahaja yang merbahaya kepada manusia – antaranya ialah virus dibawah gabungan protein H5 dan N1, atau lebih dikenali sebagai – H5N1 virus.


Apakah itu selsema katak?

selsema katak ialah sejenis penyakit yang HANYA menjangkiti ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri. penyakit ini amatlah merbahaya kerana di laknat oleh pengundi. selain itu kemungkinan tak dapat menjadi YB untuk masa akan datang amatlah besar sekali. orang yang pertama sekali di jangkiti ialah ... (teka sendiri)

(yang ni aku reka sendiri)

gambar kemalangan


kemalangan bawah flyover di ampang point
malam tadi waktu aku nak gi sambung keje ada kemalangan di bawah flyover kat ampang point.. sorila.. gambar kurang memuaskan.. aku tak tau la kete satria tu tau jalan kat bawah ni atau dia memang baru first time lalu.. sepatutnya kereta dari arah ulu kelang tak boleh terus ke arah cheras.. jalan tu hanya laluan ke arah jalan ampang.. memang kekadang ada kereta tak ikut peraturan main redah jer... jadi kalau aku cheras memang kena slow sikit kat sini takut ada kete yang terus je... itulah yang terjadi...
ada dua kemungkinan
1. memang pemandu ni tahu tapi nak cepat so dia redah jer.
2. pemandu ni keliru sebab kali pertama sampai kat sini..

Ahad, 11 April 2010

jalan jalan ke cherating


yeha.....




lepas mandi laut mandi kolam la pulak




duduk sambil di belai ombak




yang ni kena tinggal duk dengan nenek

dari depan chalet





lagi 200 km lebih.. (kat kemaman jer)



panas wooo



singgah beli keropok




siap sedia nak mandi laut
















Selasa, 6 April 2010

artis yang di minati oleh....


tetiba jer aku dapat idea... apakah artis kesayangan mereka.. jadi aku paparkan beberapa artis yang di minati oleh mereka ini... mungkinla... (mana pernah aku nengok resume diorang ni.. dalam resume mana ada tulis artis yang di minati kalau nak mintak keje...)

(aku cilok gambar diorang dari internet)


ali rustam minat shah ruk khan.. siap dapat datok kawan tu.. aku minat lagi rajinikan

bung mokhtar minat zizie.. memang la minat.. sebab memang diorang dah kawin pon...






rosmah minat kat salman khan... eh buat apa tu.. kalau minat pon jangan la sampai la berlaga pipi.. (suami you tak marah ker?)



mantan PM kita minat kat michelle yeoh... apala cari la muda sikit... lain orang lain selera..







ziana zain? sape yang minat yer.. aku tak tau.. sape tau? boleh tolong bagitau tak? ader sesapa minat?



















apa kes?

biasa ni...


sumber sini ....



Kenaikan tol dibenar jika ada jalan alternatif: berita hairan



macam ada apa apa jer... syarikat tol untung billion billion.. tol nak naik jugak.. bila jln jem kat highway.. kenapa tak bagi rebate.. kalau tak boleh naikkan tol kerajaan kena bayar.. ( apahal lak ni? pelik la)

kalau tak nak bayar jangan la lalu kat highway.. lalu la jalan biasa.. senang la kau cakap! kau tu lalu siap ada escort.. pastu tol rakyat yang bayar... orang lain kena bersesak jem kau senang jer lalu. .escort 2 -3 biji motor polis peronda suruh orang ke tepi sebab kau nak lalu... cakap boleh la..



aku cadangkan supaya menteri menteri semua naik kereta sendiri tak payah pakai escort cuba pagi pagi pandu jalan kat MRR2 ni.. sendiri pandu...

Isnin, 5 April 2010

jenis gemuk..

gambar hiasan


Jenis-jenis kegemukan





Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :





Gemuk Air


• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.


• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.





Gemuk Angin


• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.


• Mudah mendapat sakit kepala.





GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.





Gemuk Daging


• Badan berasa berat dan pejal.


• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.


• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan





GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.





mr edz: artikel ini hanya untuk pengetahuan bukan untuk menyindir sesapa.. harap maklum.

Jumaat, 2 April 2010

kepada lelaki yang berambut panjang..

larangan mengikat rambut ketika solat bagi lelaki yang berambut panjang..


Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a, bahwasanya ia melihat ‘Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan shalat sementara rambutnya terikat ke belakang. Segera saja Ibnu ‘Abbas bangkit untuk mengurai ikatannya. Selesai shalat ia mendatangi Ibnu ‘Abbas dan berkata, “Ada apa gerangan dengan rambutku?” Ibnu ‘Abbas berkata, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti orang yang shalat dengan tangan terikat’,” (HR Muslim [492]).

Diriwayatkan dari Abu Sa’ad –seorang lelaki penduduk Madinah- ia berkata, “Aku melihat Abu Rafi’ Maula Rasulullah saw. menyaksikan al-Hasan sedang shalat dengan rambut terikat. Lalu ia melepaskan ikatannya atau ia melarangnya. Lalu ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah saw. melarang seseorang mengerjakan shalat dengan rambut terikat,” (Shahih lighairihi, HR Ibnu Majah [1042], Ahmad [VI/8 dan 391], ‘Abdurrazaq [2990])

Rasulullah saw. bersabda, “Itu (ikatan rambut) adalah tempat syaitan,” (Hasan, HR Abu Dawud [646], at-Tirmidzi [384], Ibnu Khuzaimah [991], ‘Abdurrazaq [4991], al-Baihaqi [II/109] dan Ibnu Hibban [2779]).


Kaum lelaki dilarang mengerjakan shalat dengan rambut terikat. Imam Tirmidzi berkata (II/224), “Inilah yang berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kaum lelaki shalat dengan rambut terikat.”

Asy-Syaukani berkata dalam Nailul Authaar (II/287), “Zhahir larangan yang tersebut dalam hadits di atas adalah haram, tidak boleh dipalingkan kepada hukum lain kecuali bila ada indikasi yang mendukungnya.”

Siapa yang mengerjakan shalat dengan rambut terurai, rambutnya pasti tergerai ke lantai ketika sujud (bila rambutnya panjang). Ia akan mendapat pahala sujud dengan rambut tergerai ke lantai. Karena hal itu menunjukkan bahwa ia merendahkan kedudukan rambutnya dalam beribadah kepada Allah. Dasar-dasarnya adalah sebagai berikut:


1. Rambut yang terikat diserupakan oleh Rasulullah saw. dengan tangan yang terputus, karena kedua tangan yang terputus itu tidak sampai menyentuh lantai saat sujud. Demikian pula rambut yang terikat, ia tidak sujud bersama dengan rambutnya.

2. Sejumlah atsar yang diriwayatkan dari Salaf r.a, di antaranya adalah, diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, bahwa ia lewat di hadapan seorang lelaki yang sedang sujud dengan rambut terikat. Beliau mengurainya. Selesai shalat ‘Abdullah bin Mas’ud berkata kepadanya, “Janganlah engkau ikat rambutmu, karena rambutmu juga hendak sujud. Dan sesungguhnya setiap helai rambut yang sujud ada pahalanya.” Lelaki itu berkata, “Sesungguhnya aku mengikatnya agar tidak tergerai.” “Tergerai lebih baik bagimu!” sahut Ibnu Mas’ud, (Shahih, HR ‘Abdurrazaq dalam al-Mushannaf [II/185/4996] dan asy-Syaukani dalam Nailul Authaar [II/387]).


3. Dianjurkan agar tidak mengikat sorban lalu meletakkan ekor sorbannya di punggung. Akan tetapi hendaklah ia meletakkannya di atas dada (di depan). Cara seperti inilah yang dipilih oleh guru kami, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah, wallaahu a’lam.

4. Larangan ini khusus bagi kaum pria bukan untuk kaum wanita. Karena rambut wanita adalah aurat yang wajib ditutup dalam shalat. Dan juga akan merepotkan mereka bila harus diurai untuk shalat. Demikian dikatakan oleh al-‘Iraqi.

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 1/561-563.


sumber kliksiniyer