Selasa, 13 April 2010

Awas! ada selsema lain selain H1N1


topeng yang disarankan


dulu masa selsema burung.. habis segala jenis burung termasuk ayam itik angsa, habis kena bunuh.. tapi sekarang bila selsema babi menyerang sekor babi pon tak kena bunuh.. heran kan!


Apa itu Selsema Babi?

Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yang biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini (type A H1N1 virus) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930.


Apakah itu selsema burung?

Selsema burung ialah sejenis penyakit selsema yang menjangkit burung atau binatang yang berkepak .Ia disebabkan oleh beberapa jenis virus selsema, tapi hanya virus yang tertentu sahaja yang merbahaya kepada manusia – antaranya ialah virus dibawah gabungan protein H5 dan N1, atau lebih dikenali sebagai – H5N1 virus.


Apakah itu selsema katak?

selsema katak ialah sejenis penyakit yang HANYA menjangkiti ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri. penyakit ini amatlah merbahaya kerana di laknat oleh pengundi. selain itu kemungkinan tak dapat menjadi YB untuk masa akan datang amatlah besar sekali. orang yang pertama sekali di jangkiti ialah ... (teka sendiri)

(yang ni aku reka sendiri)

Tiada ulasan: