Selasa, 20 April 2010

jangan tanya banyak pada SPR

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan tuduhan bahawa suruhanjaya itu menjadi dalang dalam konspirasi' untuk memenangkan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan dakwaan palsu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pengarah strategik PKR Tian Chua bahawa atas SPR telah memindahkan satu lokaliti mengundi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ke dalam kawasan Rawang."- malaysiakini

dulu dulu bawak masuk pengundi untuk ngundi BN sekarang ni bawak lari pengundi supaya jangan undi PR... heheheh cerdik kan...

soalan untuk SPR: kenapa kem tentera di jalan gambang kuantan diletak bawah parlimen pekan? mana lebih dekat kuantan ke pekan?

"Mengulas dakwaan itu, Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan."Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang," katanya dalam satu sidang media di pejabat tanah daerah Hulu Selangor hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan dengan tepat bilakah SPR menyedari kesilapan kedudukan lokaliti tersebut."- malaysiakini

SPR pakai peta komputer sapa? google maps kot? bila diorang semak? kenapa tak bagitau awal awal? kalau korang rajin (aku tak rajin ) silalah selidik sendiri aku tanya saja.. aku tak tuduh sesapa yer...

Tiada ulasan: