Selasa, 29 November 2011

khas untuk isa samad dan tukang lantik dia jadi pengerusi..


lu nak lempang peneroka... sebelum lu nak lempang gua nak tanya lu dulu..

1. sapa yang kena tangkap khalwat masa kat pd dulu?


hahahahaha.. bodo punya isa samad.. lu penah kutip buah sawit lerai ker? lu pernah ke kait buah sawit? lu suka suka nak lempang peneroka... pegi mampos sama lu.. yang lantik lu jadi pengerusi felda pun sama sama pegi mampus..

Isnin, 21 November 2011

Projek berurut badan B2B sembilan belas jam dibatalkan-TPM

Projek berurut badan B2B sembilan jam dibatalkan



Projek perintis yang mewajibkan pekerja rumah urut  bekerja sembilan belas jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan pekerja rumah urut itu sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika pekerja sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan urutan dan spa di negara ini,” katanya yang juga menteri kesihatan.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhido berkata program berkenaan tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.

beberapa pekerja rumah urut berkata mereka sebenarnya bekerja lebih 19 jam. tidak termasuk yang kerja sendiri dari rumah.

Rabu, 16 November 2011

Minyak Urut 1Malaysia tak selamat.


Ujian makmal ke atas minyak urut yang digunakan di Pusat Urut 1Malaysia (PU1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan urut 1980.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh berita rasakusut (BRS), Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) bahagian pusat urut mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam minyak urut 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk minyak urut adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan minyak urut jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Orange Massage, Minyak urut Gamat Langkawi dan Blossom. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unimassage Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Urut dan Refleksologi Malaysia (SURM) oleh Jabatan Standard Malaysia.