Jumaat, 17 Februari 2012

berita rasakusut : Pengusaha barang kawalan pening dengan tambahan logo UMNO pada barang mereka.

KL : 17 feb.arangan kawalan yang sebelum ini di arah meletakkan logo satu malaysia hari ini terkejut dengan satu lagi arahan iaitu perlu meletakkan logo UMNO di  bungkusan masing masing. Hal ini amat merumitkan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.

Syarat ini perlu di patuhi serta merta dan di beri tempoh selama sebulan untuk membuat pembaharuan. tiga barangan kawalan yang di maksudkan adalah minyak urut, gula kapas dan tepung pelita. Hal ini amat mebimbangkan kerana menurut pengusaha ianya akan meningkatkan kos.

Seorang pengusaha gula kapas en Zul Kulum yang di temui berkata beliau amat risau sekali kerana jualan gula kapas akan merudum kerana orang ramai tidak mahu membeli barang yang ada lambang UMNO. "sekarang orang ramai tak mahu beli barang yang ada lambang UMNO, saya pun tak tahu kenapa" tambahnya lagi.

Orang ramai yang di temui pula berkata barang yang ada lambang UMNO hanya di minati oleh pengundi saluran satu sahaja. Saluran 2 ,3 atau 4 jarang benar menyukainya. Ini tutut di akui oleh seorang pengusaha rumah urut en. Ahmad maslan. "customer saya memang tak mau minyak yang ada lambang UMNO, kalau ada mereka rela guna mesin urut di rumah" " saya terpaksa memikirkan perniagaan lain pulak lepas ni" katanya yang sedang berkira kira ingin membukak sebuah kolam pancing di Johor.

Rabu, 15 Februari 2012

berita rasakusut :Apa yang tidak kena dengan B2B, soal Nazrin

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Menteri di Jambatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazrin Azizul hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Mengurut.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang, ianya untuk kesihatan badan" katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam dan antara penerima zakat tahun lalu Datuk Seri Jamilul Khir Baharomi yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Mengurut hari ini. Sempena hari mengurut kebanyakan pusat urut menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi urutan B2B.

"Apa salah Hari Mengurut? Mayarakat hanya mengurut di pusat pusat urut. Lagipun ianya menjana ekonomi"
"Apa beza hari itu dengan hari-haru yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Mengurut, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."

Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Mengurut atau pegi ke rumah rumah urut kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam. Tidak semua urutan tidak di benarkan. Urutan seperti urutan selepas bersalin tidak menjadi masalah.

Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Urut batin dan B2B", umat Islam dinasihatkan agar tidak pergi ke rumah rumah urut batin. Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Rumah Urut sejak beberapa tahun lalu.
Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Mengurut bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.

Jumaat, 10 Februari 2012

Mari kita kira berapa ringgit seorang.. untuk bayar 1 CARE sebanyak 10 %



Anda dah tau apa itu 1CARE? sudah? bagus.. belum tahu apa itu 1CARE? ok itu adalah salah satu idea rosmah ntuk kesihatan rakyat malaysia. jika ianya di laksanakan maka gaji anda akan di potong sebanyak 10 peratus setiap bulan.. menarik bukan.. untuk lebih lanjut boleh klik sini

Ok mari kita lihat contoh mudah berapa yang anda kena bayar..

Cikgu Hassan Ali (cikgu sekolah rendah)
gaji : rm 2000
anak 3 orang.
10 % 1Care = rm 200
(belum tolak sewa rumah, bil api air , kereta, belanja dapur dll)

En Ibrahim Ali ( posmen kuala kedah)
gaji : rm 1800
anak  4 bulan
10% 1 care = rm 180
(bini tak keje.. mana nak cekau duit lebeh buat bayar bil, beli lampin,bayar keta)

Tan Sri Rozali Ismail (CEO SYABAS)
gaji : rm 425 000 (tak campur elaun)
10 %  1CARE : tak payah masuk sebab ada doktor sendiri. lagipun dia kan kaya.. mestilah berubat kat pakar luar negeri.

Rosmah Mansur (isteri PM)
tak layak sebab takder gaji.. jadi tak perlu 1CARE

update : patutla beria benor nak laksanakan rupanya dr rozita ni adik Hishamuddin atau dia ni sepupu najib.. cis berger.

Rabu, 8 Februari 2012

Adira tak perlu mintak maaf.. tolong bukak minda anda

apa beza antara gambar di bawah? kenapa la masih nak memekak isu nih.. aku rasa isu lain lagi besar la..


yang ini peluk anjing. berdosa ker peluk anjing? tak berdosa  cuma perlu samak. selesai. yang berdosa tak tutup aurat.




yang ini pulak.. peluk bukan mahram.. kena samak ker? tak perlu samak tapi kena bertaubat.

Ahad, 5 Februari 2012

berita Rasakusut : Umno akan minta pandangan Kak Ros untuk rampas Selangor.

Umno Selangor akan meminta pandangan Yang Berhormat Datin Seri Rosmah Mansur dalam usaha memastikan BN kembali memerintah Selangor dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Datin Seri rosmah mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara, Selangor dan seluruh dunia sebab itu pandangan isteri presiden Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada Pakatan.
"Kita akan meminta nasihat Kak ros bagaimana untuk berbelanja sambil menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Selangor daripada tangan Pakatan," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tanjong Karang hari ini.

Mengulas kehadiran Kak Ros dalam mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Noh  yang juga menteri pertanian dan asa tani berkata ia memberi impak dan semangat kepada ahli Umno untuk bekerja keras siang dan malam dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

"sapa yang tak kenal Kak Ros.. sana sini orang bercakap pasal Kak ros.. itu adalah tanda pengaruh Kak ros sangat besar"  kata seorang pegawai a.k.a pengampu kepada noh.

turut hadir dalam majlis itu en. Hassan Ali iaitu seorang penangkap buaya atau pawang buaya yang terkenal di tanjong karang. beliau memmbuat demonstrasi bagaimana menangkap buaya di sungai tanjong karang.

Isnin, 30 Januari 2012

berita rasakusut AJL 28 : Awan Noni di batalkan kemenangan.. Juara sebenar adalah 3 Vokal



KL : juara awan Noni oleh hafid telah di batalkan kemenangannya sebentar tadi. berucap pada wartawan pada sidang media tergempar sebentar tadi  ketua juri AJL iaitu en Ahmad Maslani berkata " bantahan oleh salah seorang peserta AJL telah di terima" di fahamkan untuk membuat bantahan bayaran sebanyak rm 43 dikenakan.

Oleh itu Juara sebenarnya telah jatuh kepada kumpulan 3 suara M. " juri telah membuat penilaian yang salah dari segi pengiraan markah.Terdapat percanggahan dari segi markah, tetapi setelah di kira kembali kumpulan 3 vokal. salah seorang anggota 3 vokal yang ditemui sebentar tadi berkata " saya sering menjadi mangsa, tuan tuan lihat muka saya ni, ada muka penipu ke tidak?" 

dengan ini kumpulan 3 vokal memenangi trofi, cincin dan beg tangan jenama herskey.  Bagi hafid pula beliau berkata beliau akan menemui mentornya iaitu en herman jate untuk meminta pandangan. 



kumpulan 3 vokal ketika sedang menyampaikan lagu ketika sesi raptai.

Sabtu, 28 Januari 2012

update: gambar orang nak terjun pukul 4 pagi semalam


maaf.. gambar memang teruk.. maklumlah kamera hp 2mp jer.. pagi buta lak tu.. 


bomba sampai


nampak tak? di percayai pesakit ni di bawah pengaruh alkhohol. bini aku la cakap. ini kan hospital bini aku keje.