Ahad, 23 Oktober 2011

Berita yang sebenar...

diubah suai dari metro:

DENGKI: “Saya sudah lihat tiada Gelombang Biru di seluruh Selangor. Yang ada cuma cerita biru (blue). Sudah nampak ada kesedaran baru kerana mereka (rakyat) tahu kita cuma kuat mengumpul harta sendiri. Saya ucap syabas kepada semua (parti) di Selangor kerana bodek kuat,” kata Timbalani Perdani Menteri, Tan Sri Mahiaddin


Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun mentadbir Selangor, pakatan pembangkang tidak banyak membantu Umno , sebaliknya berlaku banyak masalah, dan melakukan sekatan atau menghalang peniaga Umno dari mendapat tender terus seperti dahulu. sekarang ni kena melalui tender terbuka pulak.

“Ramai peniaga  Umno contohnya kontraktor Umno datang kepada saya dan bagi tahu susah nak meniaga, tidak seperti zaman Barisan Nasional (BN) memimpin. Mereka kata dulu zaman BN tak susah, tapi sekarang susah nak masyuk.

"(Malah) ada peniaga yang jumpa saya tanya bila nak pilihan raya, saya cakap saya takkan saya nak bagitahu dan saya tanya kenapa? Mereka kata kami tak tahan dengan Pakatan Rakyat, kami susah nak hidup dan berniaga, bila ada pilihan raya, saya tak pergi," katanya ketika berucap pada Program Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini BN dan bersarapan bersama rakyat di Parlimen Sepang di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed. semua tetamu di hiburkan oleh kumpulan lawak terkenal negara en Ibrahem Ali dan Zul kulom kulim aka kumpulan Kejadah.

Tiada ulasan: