Jumaat, 14 Oktober 2011

berita lawak...

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.
    
Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.
    
Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".
    
Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.





keh keh keh... pembangunan apa yang artis boleh bagi.. kalau perangai elok boleh la tahan... ini semua tak boleh pakai..

1 ulasan:

pakwetizzaqyah still alive berkata...

nasib baik penyanyi feveret aku eddie hamid tak masuk umno..hakhakhak...