Isnin, 30 November 2009

tips kurus badan


contoh dari badan aku hehehe

Tips Kuruskan Badan

oleh;Ibukesuma - Posted by aya

Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.

Khamis, 26 November 2009

sedikit info..

Ada yang bertanya sekiranya Aidilfitri atau Aidiladha jatu pada hari Jumaat, maka dibenarkan untuk kita untuk tidak mengerjakan solat Jumaat? Jawapannya ya, memang dibenarkan bersandarkan dalil di bawah ini

dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: “Aku pernah menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: “Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari ‘Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?” Dia menjawab: “Ya.” Mu’awiyah bertanya: “Lalu apa yang baginda kerjakan?” Dia menjawab: “Baginda mengerjakan solat ‘Ied, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: “Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904.)

terpulang pada masing masing... tapi bagi aku kalau tak pergi solat jumaat hari raya kena la solat zuhur.. itu ajer... ini bagi aku satu persoalan caang atau ranting dalam Islam..

Selasa, 24 November 2009

masalah mental betul

betul punya mental la....
aku cilok dari blog orang.. muahahahaha

Sabtu, 21 November 2009

untuk renungan

seorang teman menulis:
Sekadar muhasabah:

Firman Allah Taala
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
bermaksud:
Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Nahl: Ayat 43).

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:
Ya, benar kalian berpegang dengan nas maksum (al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W.) yang diwahyukan dari Allah Taala tetapi kefahaman kamu terhadap nas tersebut bukanlah wahyu apatah lagi maksum, kalian hanya berpendapat berdasarkan zahir nas sahaja.
(Kitab: Kaifa Nataamalu Maa Turath).

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:
Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponenny a serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.

(Kitab: al-Sahwah ak-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).

Khamis, 19 November 2009

aidiladha...

salah seekor lembu korban yang melarikan diri ketika malam raya aidiladha


Pengertian Qurban
Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun Hijrah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam pada tahun kedua Hijrah bersamaan dengan perintah Solat Eidul Adha dan membayar zakat.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." - Surah Al-Haj: Ayat 36

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah." - Surah Al-Kauthar: Ayat 2

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." - Riwayat At-Tarmuzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad S.A.W. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah S.A.W. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." - Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah


Hukum Qurban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
· Islam
· Merdeka (Bukan hamba)
· Baligh lagi berakal
· Mampu untuk melaksanakan qurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:


"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kamu" - Riwayat At-Turmuzi.


"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu" - Riwayat Daruqutni Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." - Sila Rujuk: Fiqh -Sunnah.


di cedok dari sumber sebuah badan kebajikan islam


Rabu, 18 November 2009

jalan ke utara 2

gambar lagi di wang kelian.. takder beli apa pun..

suasana satu


suasana 2




pos kawaln malaysia
sebahagian barang yang di jual

jalan ke utara


maaf lama tak update... aku n family gi utara.. masuk thailand (kat wang kelian jer ) hehehe dekat jer.. macam macam jual.. tapi tak la banyak sangat.. biasa jer... ni jer yang sempat aku rakam.. nengok je la...


gaya sebelum masuk ke wang kelian

sajer je

suasana di wang kelian




Khamis, 12 November 2009

tiada tajuk

aku dapat email(lagi?) .. cuma aku boleh postkan 3 keping jer.. yang lelain tu tak boleh la.. sebab nanti kang tak pasal pasal korang buat modal.. korang pikir la sendiri.. layak kah negara kita di gelar negara Islam? malas nak cakap lebih lebih.. korang pikir jer la...


*mr razifembi.. awak tu tengah 'puasa' hehehehe






.

Rabu, 11 November 2009

manusia jenis bangang ke najis berat?



sampah 1



nota untuk si NAJIS BERAT..( aku dah tukar ayat dah tapi lupa nak amik gambar)


sampah 2
benda ni dah lama dah.. dari aku duduk tahun lepas lagi.. ada la makhluk spesis bangang tak reti nak buang sampah sendiri.. harapkan cleaner.. dah malas perangai macam *@#%^..
aku pun tak tau la.. ada jugak orang perangai macam ni.. dah banyak kali dah.. menatang ni malas nak buang kat bawah.. main letak kat tepi rumah orang lain.. aku pun tak tau la ini perangai apa.. tabiat kot.. kalau aku nampak dan tahu siapa yang buat aku nak baling taik kat pintu rumah menatang ni...
*menurut tukang sapu orang yang buat ni dah dikenal pasti dan diberi surat amaran oleh pemaju.. tapi pagi tadi sampah tu dah takder.. so tak jadi la aku nak pegi tanya pemaju rumah mana yang pemalas macam ni..
nota baru aku tu macam ni bunyinya
" WOI BABI INGAT KITAORANG KULI BAPAK KAU"


Sabtu, 7 November 2009

sape menang?



malam ni akan berlangsung perlawanan piala malaysia.. kelantan vs n9.. agak agak mana menang.. tak kisah la sapa menang pun jajnji semangat kesukanan tu ada.. (macam ada gadoh jer malam ni) aku tak berapa minat sangat bola ni.. liga epl pun tak minat.. tapi kat malaysia punya bola ni bila dah akhir baru tau rupanya ada liga bola ...

lagi satu aku tak minat nak negok bola baik kat tv atau stadium.. kalau kat tv dia punya pengulas ntah hapa hapa ntah.. kalau kat stadium lagi la.. setakat ni aku baru 2 kali nengok bola kat stadium.. 1 kat stadium ipoh tahun 2000.. (perak vs sabah) dengan satu lagi kat bkt jalil (mas vs indon) idok le nak pegi stadium lagi.. sebab sesak.. nak parking susah,, jalan jem.. ramai orang buat aku pening kepala.. tu tak campur lagi dengan perangai orang yang macam macam lagi.. kepada yang minat tu itu bukan halangan.. so kepada selamat berjaya ..


*aku lebih minat main takraw
*kat atas tu piala thomas tau.. jangan silap

Selasa, 3 November 2009

seram ker tak seram?

aku baru dapat email.. real punya gambor jin.. tapi bukan bentuk sebenar la aku rasa.. (mesti pak din MOUNTDWELLER jeles).. hehehe.. tapi aku tahu bilik fiber ni kalau sorang sorang berapa kerat jer yang berani naik sorang sorang.. aku kalau siang ok lagi la.. malam sedikit keberatan..



"Td pergi exch sg buloh terima barang,terasa nak gi bilik fiber yg yg penuh dgn alat dan patchcord yg serabut tu serabut mata memandang..tel kontrator jak,bila nak kuar ini aku nmpak!...mak ehh apa tu?tgkap gambar terus cabut lari..dalam otak korang mesti ckp org tgh solat tu..tp apa aku nak ckp plak,itu bukan tmpat smbhyg,surau lelaki dan prmpun ada tak jauh pun dr situ!nak rukuk pun xlepas tu..klu aku prmpuan pun aku xkn dduk dlm bilik itu yg gelap dn solat sorg2 di exch sg buloh yg tkenal dgn misterinya,..siapakah dia?hanya dia yg tahu.hehehe.. "




pengumuman

ader berita sikit.. jiran aku kat kampung meninggal.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazahnya.. amin.. kira mak member sekampung aku la.. dia ni dah lama sakit.. kali terakhir aku jumpa masa ramadhan yang lalu.. sebab aku hantar buat baju melayu anak aku..

aku ni bila masanya.. sedia belum lagi nih..