Khamis, 26 November 2009

sedikit info..

Ada yang bertanya sekiranya Aidilfitri atau Aidiladha jatu pada hari Jumaat, maka dibenarkan untuk kita untuk tidak mengerjakan solat Jumaat? Jawapannya ya, memang dibenarkan bersandarkan dalil di bawah ini

dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: “Aku pernah menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: “Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari ‘Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?” Dia menjawab: “Ya.” Mu’awiyah bertanya: “Lalu apa yang baginda kerjakan?” Dia menjawab: “Baginda mengerjakan solat ‘Ied, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: “Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904.)

terpulang pada masing masing... tapi bagi aku kalau tak pergi solat jumaat hari raya kena la solat zuhur.. itu ajer... ini bagi aku satu persoalan caang atau ranting dalam Islam..

Tiada ulasan: