Selasa, 29 November 2011

khas untuk isa samad dan tukang lantik dia jadi pengerusi..


lu nak lempang peneroka... sebelum lu nak lempang gua nak tanya lu dulu..

1. sapa yang kena tangkap khalwat masa kat pd dulu?


hahahahaha.. bodo punya isa samad.. lu penah kutip buah sawit lerai ker? lu pernah ke kait buah sawit? lu suka suka nak lempang peneroka... pegi mampos sama lu.. yang lantik lu jadi pengerusi felda pun sama sama pegi mampus..

Isnin, 21 November 2011

Projek berurut badan B2B sembilan belas jam dibatalkan-TPM

Projek berurut badan B2B sembilan jam dibatalkan



Projek perintis yang mewajibkan pekerja rumah urut  bekerja sembilan belas jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan pekerja rumah urut itu sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika pekerja sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan urutan dan spa di negara ini,” katanya yang juga menteri kesihatan.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhido berkata program berkenaan tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.

beberapa pekerja rumah urut berkata mereka sebenarnya bekerja lebih 19 jam. tidak termasuk yang kerja sendiri dari rumah.

Rabu, 16 November 2011

Minyak Urut 1Malaysia tak selamat.


Ujian makmal ke atas minyak urut yang digunakan di Pusat Urut 1Malaysia (PU1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan urut 1980.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh berita rasakusut (BRS), Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) bahagian pusat urut mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam minyak urut 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk minyak urut adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan minyak urut jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Orange Massage, Minyak urut Gamat Langkawi dan Blossom. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unimassage Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Urut dan Refleksologi Malaysia (SURM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Mader... kalau tak paham sila bertanya..

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.
klik sini

mr edz: agak agak la bro.. kalau tak paham jangan nak meraban.. sila la tanya pada yang pakar.

Ahad, 23 Oktober 2011

Berita yang sebenar...

diubah suai dari metro:

DENGKI: “Saya sudah lihat tiada Gelombang Biru di seluruh Selangor. Yang ada cuma cerita biru (blue). Sudah nampak ada kesedaran baru kerana mereka (rakyat) tahu kita cuma kuat mengumpul harta sendiri. Saya ucap syabas kepada semua (parti) di Selangor kerana bodek kuat,” kata Timbalani Perdani Menteri, Tan Sri Mahiaddin


Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun mentadbir Selangor, pakatan pembangkang tidak banyak membantu Umno , sebaliknya berlaku banyak masalah, dan melakukan sekatan atau menghalang peniaga Umno dari mendapat tender terus seperti dahulu. sekarang ni kena melalui tender terbuka pulak.

“Ramai peniaga  Umno contohnya kontraktor Umno datang kepada saya dan bagi tahu susah nak meniaga, tidak seperti zaman Barisan Nasional (BN) memimpin. Mereka kata dulu zaman BN tak susah, tapi sekarang susah nak masyuk.

"(Malah) ada peniaga yang jumpa saya tanya bila nak pilihan raya, saya cakap saya takkan saya nak bagitahu dan saya tanya kenapa? Mereka kata kami tak tahan dengan Pakatan Rakyat, kami susah nak hidup dan berniaga, bila ada pilihan raya, saya tak pergi," katanya ketika berucap pada Program Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini BN dan bersarapan bersama rakyat di Parlimen Sepang di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed. semua tetamu di hiburkan oleh kumpulan lawak terkenal negara en Ibrahem Ali dan Zul kulom kulim aka kumpulan Kejadah.

Jumaat, 21 Oktober 2011

memang betul najib makan cuma 4 ringgit.. korang bising apasal..

sebab dia PM kot sebab tu kira murah

betul la najib makan cuma bayar 4 ringgit.. yang korang bising bising dalam blog ni nak buat apa.. cuba kamu tengok najib ambil lauk apa.. nasi, ayam goreng seketul, ayam masak merah seketul dengan acar dan papadom.. betul la 4 ringgit.. sebab apa? yang kamu tanya aku nak buat apa.. tanya la yang tukang kira tu.. dia bagi najib diskaun..
najib kan PM yang di sayangi oleh beliau.. kalau aku la tukang kira tu aku kata kat najib " tak payah bayar la ini makan, kasi lesen free sepuloh tahun sudah" hahahahahaha..

mr edz: hehehehe kene tipu.

Khamis, 20 Oktober 2011

putus kawan sebab aku kata papagomo tak buleh pakai..

aku ada seorang kawan. baru baru ni aku baru jumpa dia dalam FB.. so aku tengok dia punya politik Umno. so tak kisah la.. memasing punya pegangan. pastu satu hari tu dia tulis kat fb dia pasal artikel papagomo.. aku pon saja bagi panas aku tulis kat wall dia " papa gomo tak buleh pakai" .. wah sikit punya marah dia.. siap maki aku lagi dalam bahasa penjajah.. siap tak mau kawan ngan aku... keh keh keh...

lantak kamu le... aku cakap sikit ko marah.. aku rasa patut ko calonkan papagomo tu jadi menteri penerangan Umno ganti ahmad maslan... kakakakakakka

Jumaat, 14 Oktober 2011

berita lawak...

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.
    
Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.
    
Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".
    
Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.





keh keh keh... pembangunan apa yang artis boleh bagi.. kalau perangai elok boleh la tahan... ini semua tak boleh pakai..

Khamis, 6 Oktober 2011

seorang Cina kata " Berambuslah MCA"

dipetik dari merdeka review.com.

mr edz: XXX tu maksudnya mungkin carut marut kot.

Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"


Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!
XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!
Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!


Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Rabu, 5 Oktober 2011

Astro yang kebal.... en rais jangan le tidur..

tolong lepaskan tuan mod yg dihormati,


Assalamualaikum/salam sejahtera,

disini saya ingin mengemukakan aduan berkenaan Astro.. last month channel i kena potong...so sehari 2,3 kali pihak astro call utk suruh buat payment sambungkn semula channel...sampai la i rimas terus bayar...promise 3 jam dari i call akan reconnet balik..so smpai la 8pm,9pm,10pm mlm i tunggu...masih lagi currently not in service..so i call pihak astro di 1300-82-3838 katanya dah ada sambungan pada pukul4pm...so knp sampai sekarang still tak ada channel..pihak astro cakap masaalah teknikal…piring astro or wayar longgar…selama 3 tahun I duk kat sini..xdek pn masaalh piring dn wayar..3 mnggu sblum kena potong channel boleh je i tgk.. kalau i tahu sumpah la tak kan bayar utk sambungkn semula…..dan pihak astro tu cakap…puan nak kami hantar technican ker??tapi kena bayar la minimum RM50..maksimum taktau la berapa kan …OMG… bukan tu kesalahan saya ..knp saya perlu bayar….pleaseeeee la astro jgn la makan duit byk sgt..kalau tu salah satu taktik untuk makan duit orang…tolong amik tindakan segera..i think nak buat aduan kat hak pengguna…but masih lagi dalam tahap kesabaran..i wait 1,2 hari ni if still not respon…I sendiri akan naik buat aduan…so I mintak pihak astro amik tindakan segera


@Lieza2010


mr edz: menteri takper.. astro free

Ahad, 2 Oktober 2011

duit cukai anda... dan duit aku juga...

gambar istana baru di jalan duta.. khas untuk 2 orang jer.. err berapa kos selenggara sebulan yer? bil elektrik? bil air?













Jumaat, 23 September 2011

apa yang tak kena dengan gambar ini. 4

gambar dari MK


semua orang buat satu malaysia tapi Mahathir sorang jer yang buat jari 'peace' kenapa yer?

Khamis, 22 September 2011

PANAS : maksud sebenar bendera UMNO

menurut wikipedia:

Sang Saka Bangsa merupakan nama baru yang diberi kepada bendera UMNO. Namanya secara rasminya telah diiktiraf pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Nama Sang Saka Bangsa telah dicadangkan oleh Pemuda UMNO.

Okey mari kita kaji maksud sebenar Sang Saka Bangsa:
 
Sang : merujuk kepada sesuatu seperti sang kancil atau sang bedal.
Saka : saka merujuk kepada jin atau belaan makhluk halus.. contoh mak limah mempunyai saka yang diwarisi dari datuknya.
Bangsa : merujuk kepada sesuatu kaum. Oleh kerana ini parti melayu cuma bangsa melayu sahaja yang boleh menyertainya.. Kalau macam mahathir macam mana? atau macam Zamri Kader MB perak? entah la itu kena tanya Ketua Pemuda Umno Penang.
 
Jadi kesimpulannya bendera ini merujuk kepada pertubuhan belaan atau saka saka yang di warisi oleh orang melayu. Asal saka ini mungkin berasal dari British. Sebab itu namanya UMNO. Jadi sesapa yang nak bersahabat dengan Jin atau saka bolehlah masuk UMNO.
 
hahahahahhahahaha...

Rabu, 21 September 2011

Berita Kusut: Jeanna Henry tak sabar sertai Miss Bikini di Pangkor..


Sydney  21 Sept: Jeanna Henry.. Memang kurang di kenali tetapi bila di sebut JH Cutie pasti ramai yang kenal.. beliau adalah salah seorang peserta yang akan mendaftar untuk acara bikini di Pangkor.

"Ya memang tak sabar rasanya untuk beraksi, pastinya saya akan membuatkan para juri terpegun lagipun apa gunanya pengalaman saya ketika di sek tinggi dulu." beliau di temui secara kebetulan ketika wartawan Rasakusut sedang berjalan jalan di sekitar sydney baru baru ini.

"Malaysia saya sayang  kamu"  itulah tagline bagi beliau katanya lagi.


Satu Malaysia :  JHH cutie


Adun alam shah.. lu boleh blah... harap lu kalah masa PRU nanti..

boleh blah


khas buat adun alam shah.. hari tu lu kata doa masuk tandas lawak .. kepala hotak lu.. ingat doa tu lu yang cipta ke.. lu punya doa takder orang kacau pun.. lepas tu ada hati pulak nak tukar bendera.. gua rasa baik lu yang patut tukar.. gua doakan semoga lu kalah dalam PRU nanti... itupun kalau lu yang bertanding la...

Khamis, 15 September 2011

satu nak cabut bulu satu lagi nak tempeleng mat sabu...

Cabut bulu

dari malaysiakini:
"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.
"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".
"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.
"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya..

oh cuma disini aku nak bagitau kat encik brahem dan presiden apanamantah...

1) PM cuma boleh cabut bulu ketiak dia dengan ketiak rosmah.. dan Hishammuddin  cuma boleh cabut bulu betis dia dengan betis Anuar zain.
2.) en brahem cakap berapi ni boleh ke jadi calon lagi masa PRU akan datang?

Isnin, 12 September 2011

Gempar.. sambutan hari kemerdekaan di batalkan. Tiada lagi cuti hari merdeka

KL : 12 September. Sambutan hari kemerdekaan yang di tunda pada 16 September ini akan di batalkan menurut satu sumber. Ini kerana sebenarnya kita tak pernah di jajah tambah sumber itu lagi. Menurut risikan team berita Rasakusut pembatalan ini kerana satu pasukan kaji selidik sejarah dan bekas menteri telah mendapati bahawa yang negara ini tidak pernah di jajah. Sebaliknya itu semua hanyalah satu lakonan untuk menghiburkan rakyat jelata.

Salah seorang peserta perbarisan yang di temui melahirkan rasa kesal kerana beliau telah berlatih sejak 2 bulan yang lalu. Tiba tiba sambutan hari kemerdekaan di batalkan. Beliau juga hanya mampu menitiskan air mata apabila ditanya tentang perasaan belaiau.

Seorang pekerja swasta pula berkata beliau amat geram kerana selepas ini beliau tidak dapat lagi buat kerja lebih masa pada cuti kemerdekaan. " iyelah bang, mana tak geram kalau takder ot mana la nak cekau duit buat beli barang dapur, bayar sewa rumah, lagipun saya mana ada elaun macam PM" katanya sambil mennyedut rokok daun.

Manakala seorang pelaja pula berkata beliau amat tertekan kerana terpaksa ke sekolah pada 31 Ogos yang akan datang kerana tiada lagi cuti umum. Rata rata orang ramai pula menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tak dapat melihat pertunjukan bunga api pada malamnya.

adakah syarikat komunikasi akan dengar kata menteri?

adakah kamu terfikir bahawa adakah syarikat komunikasi akan dengar cakap menteri... aku fikir mungkin yer atau mungkin tidak.. jika kamu lihat senario sebelum ini adakah syarikat syarikat kapitalis akan mendengar cakap menteri atau menteri yang akan dengar cakap mereka? jawabannya menteri akan berkokok kokok dahulu dan kemudian akan hilang bak embun di rumput.

menagapa? sebab kita kan lihat perkara yang terjadi sebelum puasa yang lalu.. Astro akan menaikkan yuran langganannya.. maka bertempiklah menteri menteri yang kononnya menjaga kebajikan rakyat. ini tidak wajar.. ini membebankan rakyat.. rakyat memang terbeban sebab menteri tak bayar bil apa apa pun sebab dapat elaun.. rakyat yang bayar.. ASTRO kena berbincang.. kabinet tak luluskan.. dan sekarang apa sudah jadi.. sila semak bil astro kamu.. (aku tak langgan astro) betul bukan?

jadi bagi aku semuanya adalah F##K OFF.. temberang saja.. jika menteri betul betul mahu membela nasib rakyat lakukan sesuatu.. bukan hanya bercakap..  6% adalah sesuatu yang besar.. apa sebab nak naikkan cukai sebab kerajaan menaikkan cukai.. jika kerajaan kurangkan cukai maka syarikat syarikat ini mungkin tidak menaikkan cukai.. Mungkin ini jawapannya..

Jumaat, 9 September 2011

mulai 15 september caj 10% untuk setiap pelanggan rumah urut.

sekadar gambar hiasan

Pelanggan rumah urut akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan 10%, demikian menurut industri rumah urut Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis.


Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web persatuan rumah rumah urut satu malaysia untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Pengerusi Persatuan rumah urut satu malaysia  mr. ah ku tak tau berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 2001 memerlukan syarikatrumah urut mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan urut kaki,  urut tradisional, urut batin dan urut B2B .Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan urut mengurut kekal kompetitif berbanding urut pakai kerusi urut,  memandangkan kadar maembawa pekerja dari negara luar sangat tinggi. kebanyakkan tukang urut dari china , thailand dan indonesia. kadang kadang orang tempatan pun ada juga tetapi mereka lebih suka membuat secara freelancer.

Rabu, 7 September 2011

ulasan filem yang aku baru tengok..

1. final destination 5

cerita macam biasa. pelakon macam biasa, cara mati pun macam agak biasa.. dan jika kamu sudah lihat filem yang sebelumnya kamu akan dapat mengagak jalan ceritanya.. semuanya tentang kematian..

1. macam biasa la visual effect yang mengagumkan.. jambatan runtuh yang real.. kematian tragik yang real...
2. kematian buleh terjadi di mana mana jadi sentiasalah beristigfar selalu ok
3. bosan.

rating: 5/10



2. aku tak bodoh. (I'M NOT STUPID) mesti tonton..

filem yang di lakonkan semula oleh pelakon malaysia.. asal filem ini dari singapura(rakan baik najib) maaf takder kena mengena.. ok cerita yang ringan tetapi penuh dengan mesej.. kamu pasti bersetuju dengan aku jika kamu menontonnya.. kisah anak anak yang pelrukan kasih sayang tetapi pastinya tak sama dengan cara dan zaman dulu..

1. pelakon yang bersahaja.. bagus..
2. banyak yang boleh di pelajari dari filem ini.. aku sangat menyokong jika kamu mahu menontonnya..
3. aku rasa tak perlu ulas banyak kamu mesti tonton.

rating: 8/10

Khamis, 1 September 2011

berita yang ingin kita dengar: Muhyiddin seru Najwa berpegang kepada taqwa

 najwa mahiaddin


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kepada anaknya Najwa perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa.

Sebagai seorang anak pemimpin Islam, beliau berkata anaknya patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang penyanyi.

Apanama memetik Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan anaknya mendedahkan aurat dan memerdukan suara (menyanyi) di depan lelaki bukan muhrim adalah satu dosa mengikut hukum.



"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh hari ini.

Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan anaknya yang membuat persembahan nyanyian di hadapan ramai lelaki ketika melancarkan album nyanyian dan album gambar yang bertajuk jiwa yang tak bersalah.



ketiak di tanya mengapa najwa menggunakan nama mahiaddin beliau menjawab itu akan di jawab melalui satu sidang media yang lain. "lagipun saya kena tanya anak saya dulu la."

Rabu, 31 Ogos 2011

tugu negara: mengapa tiada nama orang melayu? UMNO sila jawab.



tujuan pembinaan tugu negara oleh Tunku.


satu nama melayu pun takder..

bila masa Umno berjuang untuk kemerdekaan? atau bila masa orang putih ni semua berjuang untuk kemerdekaan tanah melayu? mana nama nama pejuang melayu sebenar?

Khamis, 25 Ogos 2011

entry bosan.. hati hati bila memotong sayur


hati hati bila memotong sayur takut jadi seperti ini.. aku bosan... raya pun nak suruh kerja..


Selasa, 23 Ogos 2011

AWAS: penipuan jualan di mudah.com.

sekadar perkongsian.. harap anda semua berhati hati... ada yang jujur dan ada yang tidak.

Tn Mod, mohon hide kan identiti saya. Tq



Assalamualaikum Wbt,



Sahabat2 yg dirahmati Allah S.W.T..disini saya ingin mengingatkan sahabat berhati2 la ketika membuat sebarang pembelian di Mudah.My atau sewaktu dgnnya. Dibulan Ramadhan yg penuh rahmat masih ada segelintir manusia yg mengambil kesempatan membuat kerja yg keji ini. Kronologinya begini..pada khamis lepas saya telah menghubungi Mamat keparat ni bg tujuan pembelian 2nd Hand Iphone 3gs dengan harga RM850. Pada mulanya saya x berminat kerana dia berada di Ipoh, saya lebih prefer COD. Dalam keadaan saya ingin menolak tawaran tersebut si mamat yg mengaku India Muslim katanya (Hanya tahu speak english shj..lidahnya agak berbelit apabila speaking..rasanya dia bukan org sini)Beriya-iya menawarkan dgn menurunkan harga kpd rm750..saya sebelum itu mmg berhati2 dan kerap bertanyakan soalan2 antaranya knp ingin menjual,alasannya beliau baru terima iphone 4 yg baru diterima dari abgnya di UK. saya bertanya lg knp jual dgn harga yg murah..beliau menjawab x tahu 2nd value price dan byk lagi soalan2 yg saya lontarkan kpdnya..dan beliau menjawabnya dgn penuh yakin..seolah2 saya yakin dgn semua jawapannya..hampeh betul!!dlm keadaan saya berhati2 akhirnya saya terkena juga akhirnya.... slps memasuki sejumlah wang deposit (RM600)..saya kerap menghubunginya utk mendapatkan tracking no kurier servis..alasannya kwn beliau yg kurierkan phone tersebut..sebelah mlmnya saya kerap menghubunginya dan bertanyakan soalan yg sama..semua jwpn yg diberi seolah2 mcm real..kita akan akui segala jwpnnya..tu yg saya pelik..kenapa ya?nak tau..percakapannya sentiasa diselang selikan dgn statement yg bercirikan islamic...antaranya kita sesama muslim bro,takkan saya nak menipu...bln ramadhan lagi tu.mmg kerap sgt beliau memainkan agama dlm setiap pertanyaan saya. Hari Kedua sebelah pagi tu slps solat subuh baru la saya terfikir kembali kesemua perbualan saya dgn beliau...rupa2nya dlm sedar x sedar tu ada yg logiknya dah nampak tanda2 awal beliau cuba menipu. Dan akhirnya..terkedu juga saya dibuatnya..mmg betul instinct saya dari awal..mmg betul di seorang penipu..barang2 yg dikatakan telah dikurierkan oleh kwnnya mmg x sampai ke tangan saya..Inilah pertama kali saya ditipu dlm online. sampai la ni saya masih menghubunginya..nombornya masih aktif..kdg2 dia akan tutup..kadang2 dia buka..kesimpulannya saya menyeru rakan2 jgn la terpedaya dgn iklan yg ditawarkan di mudah.my tu..especially bila barang yg mahal tu ditawarkan dgn harga yg murah..dah la murah..boleh nego lg harga tu. Berhati2 dgn mamat ni..



Nama Samaran : Sahil

Nama dalam no akaun bank : Awais Muhammad

No CIMB : 11030029967529

Bekerja di: Hotel Heritage Ipoh..(Katanya la)

No Telefon : 014-8855945



Jadi saya mohon shbt2 yg bekerja di sykt telekomunikasi/sektor perbankan CIMB atau shbt2 yg sudi membantu...harap dapat bantu saya menjejaki Mamat ni..Laporan polis telah dibuat.



Jumaat, 19 Ogos 2011

petua jika isteri anda mengandung songsang atau susah nak bersalin.

aku dapat pertua ni masa aku dengar kuliah subuh oleh ustaz zahazan kat IKIM fm pagi tadi. katanya ini petua datang dari salah seorang mufti dari mekah. kalau salah tolong betulkan la yer.. (kalau petua nak bagi pengerusi SPR  tak berbohong kamu cari sendiri.)



[1]


Demi langit dan “At-Taariq”; -

[2]

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? -

[3]

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

[4]

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

[5]

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

[6]

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

[7]

Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan.


caranya sediakan minyak kelapa janda dara atau minyak kelapa biasa (masak). kemudian bacakan surah al tariq dari ayat 1 hingga 7. kemudian sapukan dari bawah pusat hingga ke pangkal rahim oleh suami. Insyaallah isteri anda mudah untuk bersalin.

Khamis, 18 Ogos 2011

cara mudah untuk tahu mukasurat juzuk al quran

Salam Sejahtera Kengkawan..

Selamat menjalani ibadah puasa.
For sharing jee nih...



Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)



Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?



Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Subhanallah, memang menakjubkan.

Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita

supaya kita sama2 mendapat pahala...







Sila letak jawatan



SILA LETAK JAWATAN ANDA. KEMUDIAN SILALAH MELOBI PADA EN NAJIB SUPAYA ANDA TERPILIH SEBAGAI CALON BN PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG. UNTUK MENANG SENANG SAHAJA. LETAK DI KAWASAN FELDA. ANDA PASTI MENANG.

KETUA PENIPU

PENOLONG KETUA PENIPU

BAPAK SEGALA PENIPU.
agak agak kamu adakah beliau berpeluang menjadi PM selepas sepupunya menjadi Pm?

Rabu, 17 Ogos 2011

kenapa aku tak percaya pada SPR..


kenapa aku tak percaya pada SPR..  jika kamu percaya itu adalah hak kamu ataupun kamu adalah seorang penyokong Umno tegar.

1. PRK 2 darjat.
jika di tempat kuat BN pengundian akan di adakan pada hari cuti. tapi bila di tempat kuat PR akan di adakan pada hari bekerja.

2. Muka ketua SPR macam ketua Umno bahagian.
itu yang aku lihat setakat ini. ( cuba kau bayangkan dia berucap kat perhimpunan agung Umno.. ada gaya tak?)

3. Bila ada kekosongan nak kena tunggu perintah mahkamah.
itu hanya terjadi pada kawasan yang Bn rasa tak boleh nak menang. Adun mati pun kalau boleh nak tunggu perintah mahkamah.

4. Penduduk Tetap boleh mengundi?
hmm.. persoalan ini agak reda sekarang.. tapi bab Mismah tu satu je aku muuskil.. masa si Mismah ni pegang IC merah macam mana boleh dia daftar mengundi? bab dia pohon kerakyatan tu bab lain la.

5. tindak tanduk SPR mencurigakan aku.
suka atau tidak itu yang aku rasa. seolah olah SPR ini adalah salah satu parti komponen BN..

Khamis, 11 Ogos 2011

cara elakkan kereta anda di curi.

sapa berani cuba?



ulasan filem yang baru aku tengok : cowboy and alien

satu je filem yang baru aku tengok.. cerita koboi berlawan dengan rosmah alien.

kisahnya seorang hero (bekas ejen 007) terlantar di sebuah kawasan koboi. ntah macam mana dia telah di tahan oleh syeriff di kawasan tu. lalu tetiba datanglah alien menyerang. alien alien tu sebenarnya ingin menawan manusia untuk di jadikan ujikaji otak. si hero ni ada gelang hikmat (bukan gelang AC ok) yang boleh menembak laser. ceritanya agak perlahan sikit la..

1. efek yang mengagumkan.
2. alien yang ganas.
3.heroin yang hot.
4. last sekali kapal angkasa alien meletup..

rating: 6/10

Isnin, 8 Ogos 2011

ada satu gerai bazar ramadhan di batu kikir mahal gila..

 aku malas nak tulis panjang panjang.. jika kamu ada singgah di bazar ramadhan batu kikir.. ada satu gerai jual asam pedas.. tukang jual pakai ala ala chef.. (aku rasa satu gerai ni je yang jual asam pedas) gerai lain semua jual masak lomak... JANGAN BELI DULU..  sila tanya harga dulu... sebab apa? sebab harga pun dia tak letak..

satu potong ikan pari rm 5, satu ekor ikan masak asam rm 6.. sepotong ikan tenggiri rm 8... gila.. ikan pari sepotong tak penah aku jumpa kat ampang ni sepotong rm 5.. paling biasa pun sepotong/ seketul rm 3.50.. itu paling mahal la rasa aku... kalau seketul besar ok la jugak.. ini seketul biasa jer yang korang selalu tengok.. apa memang seketul ikan pari harga rm 5 ker? sepotong ikan sampai rm 8...

aku tergerak jugak nak tanya tapi dah terbungkus apa nak buat bayar je la.. kamu semua jangan terkena...

Rabu, 3 Ogos 2011

rahsia BFF orang ternama di malaysia?



ok.. di malaysia ada beberapa nama yang agak di kenali.. sekarang aku akan dedahkan rahsia siapa BFF diorang.. hahahaha.. oh apa itu BFF? BFF tu maknanya kawan baik selamanya..... (aku pun baru tahu la)

1. Tun M BFF dengan Anwar ibrahim dan Tun Lah.
tidak di nafikan lagi.. semua orang tahu.. mereka memang BFF yang sempurna.. sekarang dalam senarai BFF Tun M ialah najib. hehehe

2. Haji hadi BFF dengan bloger Aduka taruna.
aku tak berapa pasti bila.. tapi sejak projek tanya soalan pada haji Hadi mereka memang ber BFF...

3. Ustaz Kazim BFF dengan blogger manjung mari.
raya nanti mungkin diorang pakai baju sama kaler...

4. papa gomo BFF dengan Tun Faisal.
tak tahu aku pasal apa.. layan je la.

5. AC Mizal BFF dengan Aidid muadib.
sejak terbongkarnya rahsia gelang sakti berharga tinggi tak buleh blah mereka telah ber BFF.. jualan gelang AC mizal  pun sekarang ni makin meningkat.. terima kasih Aidid.

6. Fasha Sanda BFF dengan Nora Danish.
yang penting kita enjoy.................................. kenapa korang tak percaya ker?

7. Ibrahim Ali BFF dengan Tok Guru Nik Aziz.
bukti? kan ke Tuan Guru bagi kerusi parlimen untuk Ibrahim Ali bertanding. masa PRU yang lepas... yang akan datang tak tahu la aku...

8. mukhriz mahathir BFF dengan Khairy jamaluddin
BFF paling bergaya.. seorang ketua pemuda dan seorang penolong ketua pemuda..

sekian terima kasih. oh ada teka teki untuk anda..
 pagi merah petang biru apa dia?


jawapan : tanya KDN, JPN dan SPR

Isnin, 1 Ogos 2011

sakit lutut... takder kena mengena dengan Mat sabu ataupun Najib

APA PENYEBAB MASALAH LUTUT?


Pergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut
Osteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
Masalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid arthritis dan systemic lupus arythematosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkan lutut secara kekal.

Doktor akan mendiagnosis masalah lutut melalui cara:
sejarah perubatan
pemeriksaan fizikal
ujian diagnostic (seperti x-ray, imbasan tulang, imbasan CAT,MRI, arthroscopy dan biopsy)


BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH LUTUT

sesetengah masalah lutut tidak boleh dicegah terutamanya jika diakibatkan daripada kemalangan. Tetapi kebanyakan masalah lutut boleh dicegah dengan cara :

Melakukan pemanasan badan sebelum bersukan. Berjalan dan regangan adalah senaman yang sesuai.
Meregangkan otot di bahagian depan dan belakang paha adalah cara sesuai untuk memanaskan bahagian lutut.
Jadikan otot kaki kuat dengan melakukan senaman tertentu.
Elakkan perubahan secara tiba-tiba dalam senaman yang selalu dilakukan.
Pakai kasut yang sesuai dan dalam keadaan baik.
Kekalkan berat yang sihat kerana berat yang berlebihan memberi tekanan pada lutut.

Senaman yang sesuai bagi mereka mengalami masalah lutut. Terdapat tiga jenis senaman yang sesuai bagi mereka yang mengalami arthritis ;
Senaman pergerakan berjarak kerana ia dapat membantu atau meningkatkan kelenturan.
Senaman menguatkan otot kerana otot yang kuat melindungi sendi.
Aerobik atau senaman ketahanan badan kerana senaman ini dapat meningkatkan fungsi jantung dan peredaran darah. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan.

Khamis, 28 Julai 2011

hati hati bila on line


HATI2 GUNA CYBER CAFE !!

Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..

sumber : wikipedia

Isnin, 25 Julai 2011

satu ramadahan nanti sudah 1 tahun rupanya aku tak hisap rokok... horray berjaya..

maaf.. rokok dunhill aku tak minat... keras sangat.


memula belajar dulu... rokok 7 batang satu pek.. rm 1.70.. sebatang kat kedai cuma 30 sen.


rokok murah.. tak berapa sedap tapi boleh la... rokok ni yang aku hisap sebelum berenti


tak berapa best sangat.. nanti badan kita berbau tengit

rokok yang paling best pernah aku rasa... salem light... (hisap dada la yang paling best sebenarnya hahahha)

Sabtu, 23 Julai 2011

untuk rakyat ada subsidi.. untuk najib pulak semua percuma.. bodoh

"Ada orang tanya pada saya, apa kerajaan buat, seolah-olah dia kata dia belum rasa lagi apa kerajaan buat untuk dia.
"Saya tanya balik pada dia, saudara ada tak isi minyak dalam kereta saudara, isi dengan RON95, setiap liter, 80 sen itu (adalah) subsidi kerajaan, dalam tepung yang digunakan untuk ulit roti canai, pun ada subsidi, dalam minyak masak ada subsidi, dalam beras ada subsidi, malah anak-anak pergi ke sekolah ada juga subsidi di mana pendidikan hampir percuma dalam negara kita," katanya.
 -petikan dari malaysia kini-

satu soalan dari aku:

dari mana pulak datangnya gaji dan elaun kamu sebagai PM? segala kemudahan yang kamu dapat? rumah? segala macam keistimewaan hinggakan tidak perlu membayar apa apa.. hampir percuma semuanya hinggakan boleh membuat tuntutan lagi? bukankah segalanya itu untuk kamu berkhidmat untuk rakyat? jika pengundi di tempat kamu tidak mengundi kamu bolehkah kamu menjadi PM?

mr edz: subsidi subsidi subsidi... entah ada ataupun tidak..

Khamis, 21 Julai 2011

ulasan filem yang baru aku tengok.

ok.. ada 3 filem yang baru aku nengok.. semuanya citer melayu.. ulasan aku ni cuma pendapat peribadi. tak mempengaruhi pungutan tiket di pawagam pon sebab dah lama tayang.. cuma kesan terhadap dvd cetak rompak samada korang nak beli atau tak jer.. kalau kamu rasa berbaloi sila lah beli yang ori..

1. KL gangster.
kisah malek yang dulunya gangster, telah di penjarakan kemudian keluar untuk membina hidup baru. tapi ada genster lain yang tak puas hati kemudian kacau dia dan keluarga. ada bebrapa point:
1. cara gengster bercakap di buat buat supaya nampak gengster. Malek jer yang cool dengan adik dia jai.
2. semua gengster tak penah balik rumah.
3. best jugak la sebab takder adegan bercakap tengah panas tepi tasik atau shooting tepi bukit.
4. scene bergaduh agak original.
rating: 7/10

2. Sini ada hantu.
hahaha.. citer ni lawak.. sebab aku suka minat ngan baki zainal.. citer ada 2 orang pekerja kena hantar keranda ke sebuah tempat malam malam.. dalam pejalanan diaorang citer pasal hantu.. ada 3 cerita hantu.. hantu pokok ganja pisang, hantu nombor ekor dan hantu asrama.
1. hantu fasha sanda? wow tak minat patut julie. (anak pontianak)
2. hantu jepun kat asrama tu memang ada bvetulnya.. setahu aku kat sekolah asrama bukit ibam. aku tak pasti sekolah mana.
3. hantu boleh bawak kereta..

rating: 6/10

3. sekali lagi
aku tak minat sangat citer macam jiwang jiwang ni cuma anak aku tu nak sangat tengok mia.. aku tak tengok pun sebenarnya citer ni yang aku nengok cuma babak mula mula si sam tu bangun tidor dan aku pun tertidur... kamu tengok la sendiri..

rating: ?/10

Ahad, 17 Julai 2011

hati hati bila nak online di kedai mamak.

Rie Cipan: Dey mapley... Sini kejap...


Mamak: Yes boss?

Rie Cipan: Sini wifi ape die pnye password.

Mamak: Oooo.. Kalau 'fast-wood' manyak shinang.. Boss masuk sana wifi.. Sudah ka?

Rie Cipan: Ok mapley.. Skrg u bagi die pnye password..

Mamak: Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana.. dia punya fast-wood 'tajupakaley'

Rie Cipan: (Dalam hati)Giler pnye susah password mamak nie..

Password Error!

Rie Cipan: Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!

Mamak: Butol lah boss... Sini tempat 'fast-wood' musti 'tajupakaley'... Tak boleh tukar2..

Rie Cipan: You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakaley', sekarang saya tekan 'OK'.. Haaa u tengok salah lagi...

Mamak: Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fast-wood 'tajupakaley' you dengar ka?? 'tajupakaley' dia punya

tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?

Rie Cipan: (Sambil shut down Laptop).. Xpe la mapley, tahun depan jer la wa datang pakai lu punya wifi... Lain kali sebut betul-betul TUJUH EMPAT KALI boleh x??



  di cedok dari:  geng cerita

Jumaat, 15 Julai 2011

kenapa aku rasa bangga bila aku potong siaran ASTRO 2 tahun yang lalu..

aku perhatikan dalam 10 biji rumah 8 darinya mesti ada astora  Astro. sebab apa yer.. mungkin sejak mawi jadi juara AF kot.. ataupun sejak anda semua minat EPL. atau minat cerita hiburan paknil yang mengajak anak anak kamu untuk menjadi penyanyi.. sejak ura ura astro ingin menaikkan harga pakej pelbagai pihak menyuarakan tentangan. aku tertunggu tunggu jugak apa kata PERKASA(m) atau pun mahagurau seni silat lucah  lincah omar din ataupun puteri UMNO..

ada sorang mat naik cakap
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan pengendali perkhidmatan televisyen satelit berbayar, Astro menaikkan harga pakej salurannya sebagai tidak wajar"

tapi dengar dengar cerita ASTRO akan tetap manaikkan harga pakej diorang.. apa yang buatkkan aku bangga sebab potong ASTRO 2 tahun lepas adalah:

1. sebab utama adalah aku punya bajet bulanan tak cukup. aku pikir balik.. buat apa aku nak nengok tv yang ceritanya asyik duk diulang ulang sedangkan aku rasa aku boleh nengok free. kalau cukup pun aku tak mau la masuk balik.
2. aku tak minat bola.
3.aku jugak tak minat AF, mari berjimak menari dan rancangan Pak nil.
4. aku bukan orang kaya.
5. kalau hujan lebat hanya boleh nengok cerita blue.
6. ade iklan? korang bayar tapi tetap ada iklan?

walaupun bini aku kadang kadang berharap semoga aku akan melanggan ASTRO.. aku cakap nantilah dulu.. tunggu harga 10 ringgit sebulan baru masuk balik... itupun belum tentu.. sebab harga barang semua dah naik.

Rabu, 13 Julai 2011

adakah aku seorang gayboy jika aku minat lagu nasir wahab

RM100 juta untuk program Permata Negara.


KUALA LUMPUR: Berikutan kejayaan Permata dalam mendidik 17,565 kanak-kanak, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi memperkasakan lagi progam yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang itu.



nah.. ini hasilnya...  anda fahami sendiri..


Isnin, 11 Julai 2011

Lagi berita pasal BERSIN.. peserta lari ke rumah urut.

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan rumah urut di Jalan Pudu, kata dua kakitangannya, bagi menyuraikan peserta perarakan BERSIN semalam.

Seorang kakitangan urut yang sedang mengendalikan seorang pelanggan  berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali. "itu tak termasuk tembakan yang di buat oleh pelanggan saya" katanya sambil tersenyum malu.
Seorang pengurut yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah satu kumpulan yang berkumpul di depan pintu masuk itu dan asrama kakitangan perempuan yang terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam rumah urut dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke dalam bilik dan terus berlakon mahu mendapatkan perkhidmatan urut.
Pusat urut tersebut turut menyediakan urutan biasa, urutan batin, urutan B2B (body to body) dan urutan manja. harga pakej tertakluk jenis urutan yang di kehendaki. semua harga juga termasuk cukai perkhidmatan 6%.

Ahad, 10 Julai 2011

Pengusaha untung luar biasa semalam -9 julai

Para pengusaha di pinggir kuala lumpur tersenyum riang kerana keuntungan yang berlipat kali ganda semalam. ini kerana adanya perhinpunan BERSIN yang diadakan semalam. Di jangkakan hari ini juga pendapatan mereka akan bertambah lagi.

"talak penah untung ini macam woo.. kalu setiap bulan ada itu perhimpunan lagi untung maa" kata salah seorang pengusaha rumah urut yang di temui semalam. beberapa pengusaha juga tersenyum riang bila kami menemubual mereka semalam,. " Ini macam aa wa mau tutup la satu hali.. kasi cuti sama wa punya pekeja" kat seorang lagi pengusaha yang hanya mahu di kenali sebagai ah chai. beliau mengusahakan pusat perjudian yang berselindung di sebalik cyber cafe.

" tak menang tangan saya di buatnya bang.. selalu sehari cuma dalam 5 customer tapi semalam saya kira ada la dalam 20 orang, tak temasuk abang" kata seorang tukang urut yang menjalankan urutan  secara sendirian berhad.
" seorang peniaga kedai runcit pula berkata permintaan terhadap bekalan garam meningkat hinggakan stok garam di kedainya habis.

di fahamkan ada juga pengusaha yang memindahkan perniagaan mereka sementara di kawasan pinggir kuala lumpur. "Esok kita orang pindah la balik bang".katanya lagi.

Jumaat, 8 Julai 2011

ruangan baru : ulasan filem yang aku baru tengok. tentang BERSIH biar orang lain la yang ulas.

ada 2 citer porno aku baru nengok.. satu aku beli dvd dan satu lagi aku nengok kat pawagam. berikut ulasan aku.

1.  KARAK.
agak terlewat untuk aku ulas sebenarnya tapi takpelah..  bab memula cerita boleh di katakan mengagumkan dengan props dan keadaan yang memang real untuk tahun itu. kereta cuma pakai kaset, polis baju tahun 80an.. cuma kalau di belakangkan sikit tahunnye lebih gempak dengan kereta polis alfa romeo.. hantu pun boleh tahan buruknye tapi banyak benda karut. (nama pun filem mana ada yang betul)
1. dah mati tapi tak sedar mati. shahir AF dan lain lain.
2. tandas buruk gila macam tu pun sanggup masuk.. kalau aku kencing je la tepi jalan.
3. pompuan tu boleh ingat makna ayat kursi.. hahaha
4. satu lagi pompuan bingai boleh pulak gi mandi perigi tengah tengah malam.. tapi di maafkan la sebab dia bekemban ( salah satu tarikan kot)

markah : 5/10

2. TRANSFORMERS
sanggup menunggu pada hari pertama tayangan.. siap ambik cuti.. heheheh tapi hampeh punya cerita.. permulaan yang mendatar hingga ke tengah filem.. cuma heroin dia yang seksi.. (aku suka slang british dia). lagi satu dia punya efek wow.. mengagumkan..
1. rupanya sentinel berpakat dengan megatron nak kembalikan cybertron.
2. mesti ada secene sam ni berlari menyelamatkan diri sambil berpegangan tangan dengan awek dia.
3. megatron, starscream. iron head dan sentinel mati. robot lain aku tak ingat.
4.tengah nengok citer ni aku pegi tandas sebab nak terkencing.. sejuk gila kat MBO galaksi ampang.

markah : 6/10

Khamis, 7 Julai 2011

PANAS.. pengerusi BERSIN menolak untuk berhimpun di stadium.

KL : pengerusi BERSIN hari ini menolak dengan keras cadangan PM yang ingin menyediakan stadium buat mereka berhimpun. " ini adalah satu penghinaan kepada kami.. kami cuma mahukan tempat yang lebih baik dari itu" kata pengerusi BERSIN. sebelum ini perhimpunan BERSIN di jadualkan di sebuah padang sekolah tadika di melaka tapi di bantah keras oleh KM melaka dato lee ketam.

pihak berita rasakusut kemudian mencari maklumat mengapa pengerusi BERSIN begitu marah.. dan ini yang kami dapat..  rupanya stadium ini yang di tawarkan...










Rabu, 29 Jun 2011

berkaitan warna lagi: warna warna yang menjadi ketakutan BN dari dulu hingga kini..

warna putih.

ingat tak dulu lagu selimut putih pernah di gam. sebab takut nanti asyik ingat mati pastu tak buat kerja. produktiviti menurun. bodoh punya mangkuk yang suruh gam lagu  ni.

hijau.

takutnya pada warna hijau ni sampai lambang petronas pon suruh tukar sikit. sebab sama dengan lambang PAS.

kuning.
sekarang kalau pakai baju kuning yang BERSIH anda akan di tangkap. tapi kalau pakai tube kuning sampai nampak lurah silakan. hak dan kebebasan. ( pala hotak kau.. abis tu aku sebagai lelaki normal ni tak terganggu ke?)

Selasa, 28 Jun 2011

merah merah merah.. syaitan kata I like that color..

kumpulan baju merah hehehehe

"Sesungguhnya setan itu menyukai baju berwarna merah dan setiap pakaian yang mewah." (HR. Ahmad, al Hakim, Ibnu Adi, Baihaqi dan at-Thabrani)



Pada suatu hari Rasulullah saw menyaksikan seseorang berbaju merah menyala. Beliau tidak suka melihat keadaan yang demikian itu. Ketika Rafi' bin Khadij meninggal, sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad, orang berlomba-berlomba menghias tempat tidurnya dengan kain baldu dengan warna merah menyala yang menakjubkan. Kemudian beliau bersabda,

"Sesungguhnya setan itu menyukai baju berwarna merah dan setiap pakaian yang mewah."

Ahad, 26 Jun 2011

GEMPAR : 3 suspek di kehendaki polis. (bergambar)


Kuala Lumpur: polis hari ini mengesahkan sedang mencari 2 individu dan 1 haiwan peliharaan untuk mengambil keterangan berhubung perarakan BERSIN yang akan di adakan 9 julai nanti. menurut ketua polis negara dato inspektor  shahab berkata, polis telah mengedarkan risalah mengenainya di semua pasaraya dan di karnival jom kusut di seluruh negara. tambahnya lagi ketiga tiga suspek di percayai masih berada di dalam negara. 
" sesapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya mereka ini pihak polis akan memberikan hadiah berupa sebuah kereta hyundai sonata 2.4L serta tak payah bayar road tax hingga 5 tahun." katanya lagi. pihak polis juga menambah orang ramai tidak di benarkan menghadiri perhimpunan BERSIN kerana ia menyebabkan ramai orang akan mendapat penyakit bersin hingga menggagalkan mereka mengundi kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang.
ketika ditanya adakah terdapat halangan untuk mengahdiri perhimpunan lain beliau menambah tiada halangan untuk mengahdiri perhimpunan sekolah mahupun perhimpunan agung UMNOK. 

disini disertakan gambar ketiga tiga suspek:


 pikachu


hulk hogan

maskot digi

Khamis, 16 Jun 2011

siri apa yang tak kena dengan gambar ini 3


aku amik kat facebook. tekan sini (gaya K-pop la konon.. gaya gaboi ada la)


mari kita kaji apa yang tak kena dengan beruk gambar di atas:

1. muka dan gaya macam gay boy. dan yang sorang tu siap bersubang (kalau tak salah la) subang bagi orang lelaki kan haram.. kes malas nak pegi kelas fardu ain. penyanyi kot diorang ni.. suara mesti tak sedap.

2. untuk pengetahuan semua laman file sharing bukan hanya untuk download movies atau lagu semata mata tetapi untuk menghantar data data dalam skala yang besar. takkan nak hantar pakai email 1malaysia kot. mana boleh blah.

3. diorang ni cuma tahu face book, twitter dan kadangkala lawat web 1 malaysia. kadang kadang lawat megaporn. mungkin la.

4. apa guna UNIFI kalau takleh nak download... (nasib baik aku tak langgan lagi.. ingat nak langgan jugak)

5. jika takleh nak download kita kena beli yang ori. kamu tahu berapa harga dvd ori..? boleh dapat 2 tin susu anak aku tau.. kapitalis betul.

6. mereka yang di atas adalah penyokong kuat Barisan Nasional.. (tak tau la diorang ni dah daftar belum kat SPR kalau tak daftar lagi bagusla)


mr edz: aku cuma boleh makan coklat hacks jer. hack tak pandai. habisla lepas ni filem KRU semua tak laku.

Rabu, 15 Jun 2011

kalau semua pegi surau bila kena bom semua kan semua mati- penyokong tegar umno. sembang sembang dengan orang Umno

"bila semua orang pegi surau bila kena bom semua mati tau" kata seorang penyokong tak boleh ubah Umno.. apa boleh buat.. nak gelak ada nak nangis pon ada.. itulah orang nak buat kuliah tak mau pegi.. antara percakapan beliau dengan seorang penyokong Pas( penyokong biasa saja)aku amik point penting je la..

 PP = penyokong Pas
PU = penyokong Umno (ngok)

PU : kau tengok Penang sekarang cina dah ambil alih.
PP : eh dari dulu lagi cina yang pegang. KM dia kan Cina masa BN dulu.
PU : tu dulu lain.. takpe sebab BN.

PU : aku sokong kerajaan mansuh subsidi sebab aku nak tolong kerajaan.
PP : apa la patut kerajaan tolong rakyat bukan nya rakyat tolong kerajaan.
PU : itulah kau tak sedar diri. sebab Umno la kita hidup senang.
PP : aku nengok yang senang menteri jer. rakyat susah jugak

PU : orang melayu bersatu. mesti kuat.
PP : bagi aku biarla Islam yang kuat. bila Islam kuat semua la kuat tak kira bangsa asalkan Islam. yang bukan Islam pun akan tertarik dengan Islam. cara pertama bila azan je semua orang pegi  solat jemaah sama sama.
PU : habis tu bila semua orang gi  surau bila kena bom semua mati.

bila sampai dia cakap macamtu je yang si PP ni terus diam. tak tau nak cakap apa. kalau macam tu la pemikiran dia aku sendiri pun takleh nak kata apa..

Selasa, 14 Jun 2011

soalan bocor Pengajian Am STPM tahun ini..


Sila jawab soalan di bawah . Calon di beri masa 2 jam. setiap jawapan yang betul di beri 14 markah.

Berdasarkan gambar di atas sila jawab soalan di bawah

1. Di manakah ketiga tiga orang in boleh di jumpai?
a. parlimen
b. kolam / longkang
c. rumah urut
d. berita TV3

2. Antara ketiga tiga yang manakah akan tercalon kembali di PRU yang akan datang?
a. berbaju melayu
b. bertali leher
c. berkopiah
d. tak layak

3. Mengapakah sehingga kini mereka ini tidak masuk Umno?
a. nak masuk tapi malu
b. dah masuk tapi tak mau umum
c. borang dah hantar tapi kena rejek
d. tak mau masuk sebab nak pindah Kazakhstan jadi duta

4. Antara ketiganya muka yang manakah anda paling meluat?
a. berbaju melayu

b. bertali leher
c. berkopiah
d. semuanya

5. Jika anda pengundi kawasan mereka dan telah mengundi mereka di PRU yang lalu dan  jika anda berjumpa mereka apakah yang akan anda lakukan?
a. membelanja makan
b. minta duit sebab anda tak cukup belanja
c. mintak surat sokongan
d. memberi makan dedak.

6. jika anda ahli Umno adakah anda akan mengundi mereka jika mereka tercalon kembali?
a. saya bukan ahli Umno.
b. undi
c. tak undi sebab benci
d. saya tak boleh mengundi lagi

7. sila karangkan satu essei menggunakan nama dan karekter di atas. Karangan tidak melebihi 500 patah perkataan. tajuk adalah "mengapa hidup saya tidak tenteram"

Khamis, 9 Jun 2011

siri Atlas : Қазақстан




Alamat kedutaan   : 115, Jalan Ampang Hilir, 55000, Kuala Lumpur




Telephone : 603 4252 2999




Fax           : 603 4252 3999




E-mail       : kuala-lumpur@kazembassy.org.my




Website    :  http://www.kazembassy.org.my/





tiada kena mengena dengan berita berita yang tersebar. entry ini sudah di rancang untuk dipost pada hari ini sejak setahun yang lalu. untuk pengetahuan seks am korang jugak. mana tahu nak melancong ke sini kan?

Selasa, 7 Jun 2011

perbezaan antara gambit X-men, gambit XXX dan gambir.


 gambit: salah soerang watak dalam X-men.. terer bermain poker atau semua jenis kad tidak termasuk kad domino. mempunyai kuasa untuk melemparkan kad / daun terup menjadi tajam seperti pisau. 


gambit  XXX: nama sama dengan yang atas (dalam IC takder pun) tapi takder kuasa apa apa cuma kuasa pengarah sebuah MTV lagu yang tak beberapa best. yang best cuma ada adegan separuh masak lucah jer. perangai berlagak macam pelakon popular.

gambir : sebagai bius kepada luka kecil, di sengat binatang atau sakit gigi. lebih dikenali untuk kegunaan lelaki. kawan aku penah makan benda ni. dia ingat makanan. lepas tu tak buleh nak bercakap sebab rasa kebas satu mulut. hahahaha


rosmah.. cadangan untuk hiasan.

Ahad, 5 Jun 2011

GEMPAR! punca utama Man. U kalah di tangan Barca.

london. 5 jun . berita sukan antarabangsa hari ini gempar kerana satu pendedahan ekslusif oleh seorang wartawan pelatih yang berjaya mendedahkan punca kekalahan man united pada perlawanan akhir minggu lepas.

wartawan itu berjaya menemubual beberapa teman wanita dan isteri pemain Man United dengan membuat beberapa penyamaran. Situasi ini telah menyebabkan Ferguson amat runsing sekali. para wartawan telah berkumpul di hadapan rumah ferguson sejak beberapa hari yang lalu. di fahamkan para pemain Man U telah di tempatkan di tempat latihan rahsia.

menurut dari sumber yang boleh di percayai punca kekalahan itu ada kena mengena denga sekeping gambar yang mnyebabkan pemain pemain tidak bersemangat. ada juga satu nota yang di tulis " IF YOU WIN U GET LIKE THIS'' di fahamkan setiap pemain mendapat nota bersama gambar ini. selain itu sumber itu memberitahu ketika perlawan di langsungkan pemain telah di beritahu bahawa tokoh di dalam gambar tersebut sedang menonton dan jika menang mereka mungkin di jemput ke negara berkenaan.

mungkin inilah gambarnya


Jumaat, 3 Jun 2011

soalan yang patut anda tanya jika ada peluang jumpa najib..

banyak orang dapat jumpa najib ali.  sembang tepon pun ada, yang datang naik basikal pun ada, yang jadi dejaay pun jumpa.. tapi adakah soalan anda itu relevan dengan keadaan semasa? di bawah aku nak bagitau sesapa yang dapat jumpa dan bersembang dengan najib kamu patut tanya soalan di bahwah.. (yang berani je la sebab bodyguard dia aku nengok 8 orang. tak campur bodyguard rosmah.)

1. kenapa dato sri renovate rumah rasmi kat putra jaya? kan ke dah cantik? memang kena renovate ke? atau senibina rumah tu tak menarik? kenapa dato sri tak beli je rumah impian kemudian duduk je kat situ. rumah rasmi tu bagi je la saya duduk.. lagipun rumah kat KL ni mahal mahal belaka saya tak mampu nak beli..

2. mengapa dato sri tak nasihatkan isteri dato sri supaya menutup aurat supaya menjadi contoh kepada muslimin muslimat di malaysia? oh ustazah mashitah tak sempat nak berkawan dengan isteri dato sri ker?

3. betulke ada subsidi untuk rakyat.? atau subsidi ni hanya cerita dongeng. saya sangsi la ... jimat bilion bilion hasil pengurangan subsidi tapi bab komuter selalu rosak pun tak habis habis lagi..

4. dato sri tak teringin ke nak tengok undang undang Islam tertegak kat Malaysia ni. semua muslimin muslimat penuh di masjid setiap kali solat fardu, takde dedah sana sini, maksiat takder, orang bukan Islam tertarik dengan Islam, malahan konsert AF jauh sekali...

5. dato sri tak teringin ke nak kawen lagi.. macam salih yakob?

Jumaat, 27 Mei 2011

sebab apa aku bantah kenaikan petrol, elektrik, air, cukai dan tol.


kepada semua rakyat Malaysia. tak kira apa pun parti atau sokongan anda.. di sini aku cuma nak bagitau sebab apa aku bantah kenaikan atau pun bapak dafi cakap rasionalisasi subsisi (kepala hotak dia). aku rasa banyak lagi cara lain nak menambah isteri pendapatan negara. bukannya dengan menekan rakyat yang rata rata berpendapatan rendah.

kepada para menteri atau pun yang akan jadi menteri ( dari PR) sila baca dengan betul betul. bila anda dah jadi menteri secara otomatik anda akan dapat keistimewaan. gaji yang anda dapat adalah hasil dari cukai rakyat dan hasil dari negara seperti minyak, hutan dan lain lain .(cari sendiri)

eh aku cuma nak bagitau bahawa bila seorang perdana menteri nak pergi mesyuarat  atau lawatan akan terjadi beberapa perkara..

1. pemandu akan di bayar gaji. 
2. escort oleh polis dan bodyguard
3. minyak kereta PM free 
4. bila lalu tol pun Free 
5. bila lalu jalan kereta rakyat sila ke tepi. tak boleh lalu sama sama dengan PM.  jalan Jem atau tak pemimpin mesti sampai lambat. pelik sebab ada escort pun boleh lambat.
6. kalau naik kapal terbang pun free jugak.
7. semua lawatan boleh claim
8. bil api dengan air pon free.

kira banyak la yang free.. bila masa nak pakai duit sendiri nih.. jadi sebelum tidur tu pikir la..yer..