Jumaat, 19 Ogos 2011

petua jika isteri anda mengandung songsang atau susah nak bersalin.

aku dapat pertua ni masa aku dengar kuliah subuh oleh ustaz zahazan kat IKIM fm pagi tadi. katanya ini petua datang dari salah seorang mufti dari mekah. kalau salah tolong betulkan la yer.. (kalau petua nak bagi pengerusi SPR  tak berbohong kamu cari sendiri.)



[1]


Demi langit dan “At-Taariq”; -

[2]

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu? -

[3]

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

[4]

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

[5]

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

[6]

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

[7]

Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan.


caranya sediakan minyak kelapa janda dara atau minyak kelapa biasa (masak). kemudian bacakan surah al tariq dari ayat 1 hingga 7. kemudian sapukan dari bawah pusat hingga ke pangkal rahim oleh suami. Insyaallah isteri anda mudah untuk bersalin.

4 ulasan:

ijoks2009 berkata...

Salam mr edz,
saya tertarik dg perkataan At-taariq dlm ayat tu.menurut Dr.danial Zainal Abidin perkataan At-taariq dlm bahasa arab juga membawa maksud tempat terbenamnya bintang-bintang yang mati atau tempat dikumpulkan bintang yang mati,

juga membawa maksud tempat keluarnya bintang-bintang.kalau ikut makna ayat ini mungkin apa yang dimaksudkan oleh Allah dg At-taariq ini ialah black hole kerana fungsinya hampir sama dengan makna ayat ini iaitu tempat bintang2 yang mati di kumpulkan dan dikeluarkan bintang2 baru (ibarat macam kilang kitarsemula)

maaf jika simbolik saya agak lucah ,rahim wanita juga boleh diibaratkan dengan black hole dari segi fungsinya ,dari rahim keluar darah haid (benih wanita yang mati kerana x disenyawakan) dan dari rahim juga lahirnya benih baru untuk manusia berkembang biak (Bayi)
wallahua'lam..

mr edz berkata...

terima kasih atas ulasan anda

pakwe neelofa berkata...

bini aku mengandung anak kembar..

mr edz berkata...

elok la tu.. kena baca ayat di 2 kali hehehehe