Rabu, 3 Ogos 2011

rahsia BFF orang ternama di malaysia?



ok.. di malaysia ada beberapa nama yang agak di kenali.. sekarang aku akan dedahkan rahsia siapa BFF diorang.. hahahaha.. oh apa itu BFF? BFF tu maknanya kawan baik selamanya..... (aku pun baru tahu la)

1. Tun M BFF dengan Anwar ibrahim dan Tun Lah.
tidak di nafikan lagi.. semua orang tahu.. mereka memang BFF yang sempurna.. sekarang dalam senarai BFF Tun M ialah najib. hehehe

2. Haji hadi BFF dengan bloger Aduka taruna.
aku tak berapa pasti bila.. tapi sejak projek tanya soalan pada haji Hadi mereka memang ber BFF...

3. Ustaz Kazim BFF dengan blogger manjung mari.
raya nanti mungkin diorang pakai baju sama kaler...

4. papa gomo BFF dengan Tun Faisal.
tak tahu aku pasal apa.. layan je la.

5. AC Mizal BFF dengan Aidid muadib.
sejak terbongkarnya rahsia gelang sakti berharga tinggi tak buleh blah mereka telah ber BFF.. jualan gelang AC mizal  pun sekarang ni makin meningkat.. terima kasih Aidid.

6. Fasha Sanda BFF dengan Nora Danish.
yang penting kita enjoy.................................. kenapa korang tak percaya ker?

7. Ibrahim Ali BFF dengan Tok Guru Nik Aziz.
bukti? kan ke Tuan Guru bagi kerusi parlimen untuk Ibrahim Ali bertanding. masa PRU yang lepas... yang akan datang tak tahu la aku...

8. mukhriz mahathir BFF dengan Khairy jamaluddin
BFF paling bergaya.. seorang ketua pemuda dan seorang penolong ketua pemuda..

sekian terima kasih. oh ada teka teki untuk anda..
 pagi merah petang biru apa dia?


jawapan : tanya KDN, JPN dan SPR

2 ulasan:

Kuda Perang berkata...

PR jadi Warganegara kot... hahahah

mr edz berkata...

maaf lambat publish.. anak masuk wad..