Khamis, 31 Disember 2009

salam

selamat kembali.. aku dah bertugas kembali.. amik cuti kerana isteri bersalin... insyaallah nanti aku upload kan gambar anak no2 ni.. (nak pinjam card reader dulu)

Isnin, 21 Disember 2009

orang baru

alhamdullilah... akhirnya isteri aku dah selamat melahirkan anak ke2.. semalam jam 11.35 pagi.. nama takbagi lagi.. syukur .. so aku akan bercuti hingga hujung tahun.. yea dapat ank perempuan pulak... nanti akan di upload gambarnyer...

Sabtu, 19 Disember 2009

akhirnya..


assalamualaikum...

malam tadi aku pergi ke surau di kemensah.. ada program ceramah perdana maal hijrah.. ceramah di sampaikan oleh ustaz kazim elias.. tercapai jugak hasrat aku nak dengor secara live ceramah ustaz kazim..

banyak jugak ilmu aku dapat..dalam ceramah beliau ada cerita cara cara nak buat air selusuh untuk memudahkan isteri bersalin..( bini aku pun tengah tunggu hari).. so aku kongsikan dengan anda semua..

baca alfatihah 7 kali kemudian baca surah al fath ayat 1- 2.. tiup kat air pastu bagi bini minum.. insyaallah mudahlah bersalin.. insyaallah...


gambar takder sebab aku segan nak amik.. part last sekali paling best sebab ada makan nasi bukhara.. (dalam nasi ada kambing)

Selasa, 15 Disember 2009

usaha tangga kejayaan


alhamdullillah...


masuk minggu ni dah dua kali dah aku pegi kelas mengaji.. banyak jugak la yang aku belajar balik.. setiap isnin malam selasa selepas maghrib.. dalam kelas ni ada la 10 orang yang belajar.. kebanyakan golongan veteran la.. aku puji sebab nak belajar walaupun dah veteran..

dan sekarang ni aku tengah usahakan kelas mengaji kat opis aku pulak.. guru dah ada tapi yang confirm nak masuk cuma baru 2 orang aku dengan bos aku.. buat permulaan ni kitaorang nak tak lebih 10 orang dulu.. sebab nak buat malam.. sesapa yang tinggal area keramat boleh la kalau nak.. tinggal mesej kat komen nanti aku call..

p/s.. sesapa ada masa lapang tu dan rasa nak mengaji (tajwid) boleh datang ke surau di flet ppr lembah jaya selatan tiap malam hari isnin malam selasa.. ustaz yang ngajor ustaz mokhtar ( rasanye la nama dia sebab tulisan kat papan kenyataan tak jelas)

Isnin, 14 Disember 2009

sedikit hebahan

Ceramah Maal-Hijrah 1431H
Masjid Al-Muhsinin Taman Danau Desa, Off Jln Klang Lama, KL

19 Disember 2009 (Sabtu)
Selepas Isya
Ceramah Khas Maal-Hijrah 1431
Penceramah: Tuan Hj Ayub Abd Rahman (Bekas Paderi)
Tajuk: "Mengapa Saya Memilih Islam"
Anjuran Bersama: Masjid Al-Muhsinin dan Pers Ulama Malaysia WP

Sabtu, 12 Disember 2009

sambung sikit...


nak sambung sikit jer entry lepas.. tahniah la sebab masuk separuh akhir... macam ni la baru bagus.. aku kritik bukan apa supaya bermain sungguh sungguh.. kira ok la.. pada aku kalau kalah pun tak la kisah tapi cara bermain tu nampak kesungguhan..


lagi kelass kalau dapat emas..

Isnin, 7 Disember 2009

biasa la...

ganbar hiasan

assalamualaikum..



hari ni aku ada baca paper (macam biasa la tak beli tapi baca free).. harimau mengamuk katanya.. aku ingat harimau mana tadi rupanya pasal bola.. keh keh keh.. biasa la bro.. kalau tak kalah bukan pasukan malaysia namanya.. heheheh



aku gelak bukan apa.. walaupun ko marah sekali pun kat padang jangan la sampai memalukan negara.. kira pengadil ni pun macam speaker dewan rakyat la... semua kata putus kat dia.. apa la.. aku bukan minat sangat pasal bola nih.. (suka suka jer nak tulis)



cuba korang fikir balik.. antara pasukan malaysia dengan negara asean lain.. mana satu pasukan yang kira beruntung.. malaysia lagi untung.. aku senaraikan yer..

1. stadium
memang canggih kalau bab stadium.. mahal tau.. kira ramai la boleh nengok.. berpuluh ribu la.. dengan rumput nya dengan pengurusannya.. kira best apa boleh berlatih kat stadium bertaraf komanwel..

2. gaji
yang ni best.. setakat 2 - 3 ribu tu biasa la.. lelagi pemain popular.. melonjak tau gajinyer.. pastu plak muka iras iras aku.. (kacak) selain bermain bola boleh jadi model apa.. kaekadang tu boleh jadi penghias majalah URTV lagi..

3.perlawanan persahabatan

bukan nyer lawan manjoi united tapi lawan kat negara beriklim sejuk.. lawan dengan kelab eropah la.. dengan kelab luar negara la.. sikit punya ok la.. buleh naik kapal terbang.. aku pun tak pernah naik kapal terbang.. duduk pulak kat hotel lak tu..

4.jurulatih
haaa.. coach yang berwibawa pulak.. mempunyai pengalaman luas.. takkan tak boleh ambil iktibar..(kena ada lesen tau)

5.jersi
bukan calang calang jersi.. mahal pulak tu.. siap sponsor lagi.. kekadang boot pun boleh pilih nak yang mana...



haaa.. yang last sekali aku nak korang pikir.. berapa banyak duit rakyat dah habis bila bab main bola nih.. kalah menang memang la adat tapi kalau kalah engan proesional takper la.. buat habis duit jer hantar pasukan bola ni..


aku kalau jadi menteri sukan sea ker sukan apa ker bola tak payah dok main.. buat perabih jer...

Sabtu, 5 Disember 2009

sajer jer..

assalamualaikum..

lama dah tak update.. bukan apa kalau nak ulas pasal politik dah ramai dah ulas.. kalau nak cakap pasal agama aku takder tauliah.. nanti kena dakwa pulak.. sedangka bekas mufti pun boleh kena dakwa inikan aku hehehe... lagipu aku baru balik kampung.. sajer nengok orang tua.. dan tak lama lagi aku nak menerima orang baru.. di jangka pada akhir bulan ini atau tahun baru.. anak no 2..

bila cerita bab balik kag ni aku cuma nak bagitau aku dah lalu jalan baru kat bukit putus tu.. memang best la.. cepat.. kira jimat la setengah jam... sebelum ni kalau lalu kat situ pastu pulak ada lori kat depan jawabnyer.. sangkut la.. lelagi malam raya.. memang sangkut... (aku balik pahang lalu n9)

bila bercerita bab jalan lama bukit putus ni ader sorang member aku cerita.. perihal abang dia.. masa tu abang dia ni kerja kat senawang(kalau tak silap la) nak balik rumah dia kat palong.. masa jam pukul 9.. waktu tu dalam tahun 90 an tak salah la.. naik motor beb.. memalam lalu kat situ.. keta pun tak banyak.. boleh la kira pakai jari.. setau aku la dulu kalau lepas pukul 7 orang tak berani nak lalu.. dah la jalan sempit... aku pun dulu naik moto gak lalu kast sini tapi siang la...

ok balik semula citer tadi.. tengah syok syok bawak moto sambil kona kona tetiba dia perasan ada benda melayang dari bawah gaung naik ke atas..( terbang) warna putih macam kain.. tapi bukan kain.. ikut melayang sebelah dia.. seram giler.... pastu dia citer pulak abang dia rasa macam nak melompat jer lari tapi tak boleh la sebab kang tak pasal pasal balik jalan kaki.. buat buat tak nampak jer la walaupun dalam hati ya Allah apa benda yang ikut ni... nasib baik la benda tu tak ikut lama bila sampai kat area air terjun tu benda tu pun blah.. tobat abang dia nak lalu malam lagi dah..

gitulah ceritanya.. aku pun pernah lau kat sini memalam tapi malam raya jer sebab banyak keta.. dan ada sekali aku lau jam 6 pagi.. takder la ingat sangat buat tak tau jer... oleh sebab jalan baru ni dah bukan jimat masa sikit aku nak balik kg aku.. hehehehe....