Isnin, 7 Disember 2009

biasa la...

ganbar hiasan

assalamualaikum..



hari ni aku ada baca paper (macam biasa la tak beli tapi baca free).. harimau mengamuk katanya.. aku ingat harimau mana tadi rupanya pasal bola.. keh keh keh.. biasa la bro.. kalau tak kalah bukan pasukan malaysia namanya.. heheheh



aku gelak bukan apa.. walaupun ko marah sekali pun kat padang jangan la sampai memalukan negara.. kira pengadil ni pun macam speaker dewan rakyat la... semua kata putus kat dia.. apa la.. aku bukan minat sangat pasal bola nih.. (suka suka jer nak tulis)



cuba korang fikir balik.. antara pasukan malaysia dengan negara asean lain.. mana satu pasukan yang kira beruntung.. malaysia lagi untung.. aku senaraikan yer..

1. stadium
memang canggih kalau bab stadium.. mahal tau.. kira ramai la boleh nengok.. berpuluh ribu la.. dengan rumput nya dengan pengurusannya.. kira best apa boleh berlatih kat stadium bertaraf komanwel..

2. gaji
yang ni best.. setakat 2 - 3 ribu tu biasa la.. lelagi pemain popular.. melonjak tau gajinyer.. pastu plak muka iras iras aku.. (kacak) selain bermain bola boleh jadi model apa.. kaekadang tu boleh jadi penghias majalah URTV lagi..

3.perlawanan persahabatan

bukan nyer lawan manjoi united tapi lawan kat negara beriklim sejuk.. lawan dengan kelab eropah la.. dengan kelab luar negara la.. sikit punya ok la.. buleh naik kapal terbang.. aku pun tak pernah naik kapal terbang.. duduk pulak kat hotel lak tu..

4.jurulatih
haaa.. coach yang berwibawa pulak.. mempunyai pengalaman luas.. takkan tak boleh ambil iktibar..(kena ada lesen tau)

5.jersi
bukan calang calang jersi.. mahal pulak tu.. siap sponsor lagi.. kekadang boot pun boleh pilih nak yang mana...



haaa.. yang last sekali aku nak korang pikir.. berapa banyak duit rakyat dah habis bila bab main bola nih.. kalah menang memang la adat tapi kalau kalah engan proesional takper la.. buat habis duit jer hantar pasukan bola ni..


aku kalau jadi menteri sukan sea ker sukan apa ker bola tak payah dok main.. buat perabih jer...

Tiada ulasan: