Sabtu, 19 Disember 2009

akhirnya..


assalamualaikum...

malam tadi aku pergi ke surau di kemensah.. ada program ceramah perdana maal hijrah.. ceramah di sampaikan oleh ustaz kazim elias.. tercapai jugak hasrat aku nak dengor secara live ceramah ustaz kazim..

banyak jugak ilmu aku dapat..dalam ceramah beliau ada cerita cara cara nak buat air selusuh untuk memudahkan isteri bersalin..( bini aku pun tengah tunggu hari).. so aku kongsikan dengan anda semua..

baca alfatihah 7 kali kemudian baca surah al fath ayat 1- 2.. tiup kat air pastu bagi bini minum.. insyaallah mudahlah bersalin.. insyaallah...


gambar takder sebab aku segan nak amik.. part last sekali paling best sebab ada makan nasi bukhara.. (dalam nasi ada kambing)