Jumaat, 8 Julai 2011

ruangan baru : ulasan filem yang aku baru tengok. tentang BERSIH biar orang lain la yang ulas.

ada 2 citer porno aku baru nengok.. satu aku beli dvd dan satu lagi aku nengok kat pawagam. berikut ulasan aku.

1.  KARAK.
agak terlewat untuk aku ulas sebenarnya tapi takpelah..  bab memula cerita boleh di katakan mengagumkan dengan props dan keadaan yang memang real untuk tahun itu. kereta cuma pakai kaset, polis baju tahun 80an.. cuma kalau di belakangkan sikit tahunnye lebih gempak dengan kereta polis alfa romeo.. hantu pun boleh tahan buruknye tapi banyak benda karut. (nama pun filem mana ada yang betul)
1. dah mati tapi tak sedar mati. shahir AF dan lain lain.
2. tandas buruk gila macam tu pun sanggup masuk.. kalau aku kencing je la tepi jalan.
3. pompuan tu boleh ingat makna ayat kursi.. hahaha
4. satu lagi pompuan bingai boleh pulak gi mandi perigi tengah tengah malam.. tapi di maafkan la sebab dia bekemban ( salah satu tarikan kot)

markah : 5/10

2. TRANSFORMERS
sanggup menunggu pada hari pertama tayangan.. siap ambik cuti.. heheheh tapi hampeh punya cerita.. permulaan yang mendatar hingga ke tengah filem.. cuma heroin dia yang seksi.. (aku suka slang british dia). lagi satu dia punya efek wow.. mengagumkan..
1. rupanya sentinel berpakat dengan megatron nak kembalikan cybertron.
2. mesti ada secene sam ni berlari menyelamatkan diri sambil berpegangan tangan dengan awek dia.
3. megatron, starscream. iron head dan sentinel mati. robot lain aku tak ingat.
4.tengah nengok citer ni aku pegi tandas sebab nak terkencing.. sejuk gila kat MBO galaksi ampang.

markah : 6/10

Tiada ulasan: