Rabu, 16 November 2011

Minyak Urut 1Malaysia tak selamat.


Ujian makmal ke atas minyak urut yang digunakan di Pusat Urut 1Malaysia (PU1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan urut 1980.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh berita rasakusut (BRS), Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) bahagian pusat urut mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam minyak urut 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk minyak urut adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan minyak urut jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Orange Massage, Minyak urut Gamat Langkawi dan Blossom. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unimassage Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Urut dan Refleksologi Malaysia (SURM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Tiada ulasan: