Jumaat, 22 Oktober 2010

rasukan wanita berambut panjang di pwtc

[HM] KL: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang PM di dewan PWTC, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 perwakilan UMNONONO berkenaan.
Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di belakang PM ketika sedang membuat ucapan dasar.

Bekas PM yang enggan dikenali berkata dia ternampak jelmaan itu berdiri betul betul di belakang PM, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan perwakilan terbabit dibawa ke surau PWTC itu sebelum diberikan rawatan.
"sedang saya asyik mendengar ucapan PM kita ni, tiba tiba apa nama, apa nama tu, benda tu muncul sambil melambai lambaikan tangan nya ke arah saya"
“Kumpulan perwakilan berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka.

“ulamak 40 dan hakim negara serta keluarga perwakilan terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai ayah pin, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan utama PWTC sebagai kediaman mereka.

“Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak semalam dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.

“Kami nasihatkan perwakilan yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya.

Menurut ayah pin, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang.

PM yang di temui selepas kejadian itu berkata " patutlah saya rasa seram sejuk je tadi"

oleh mr edz.

di olah semula, hanya imiginasi penulis.. takder kena mengena ngan sape sape ok... hehehehe ( berita sebenar disini)

Tiada ulasan: