Isnin, 6 Julai 2009

jom solat jemaah


assalamualaikum...


Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Inbu Majah )


amacam ader berani sahut cabaran ni.. solat jemaah tanpa ketinggallan rakaat pertama selama 40 hari.. aku sendiri pun rasa tak mampu nak buat.. tapi ni la aku nak cerita sikit.. (pengalaman aku la) aku seronok solat jemaah.. tapi tau la kan aku ni insan yang lemah.. kekadang je dapat buat.. bila lama aku tak solat jemaah kat surau atau masjid aku rasa lemah badan macam tak semangat je.. bila aku solat jemaah aku rasa badan rasa semangat sikit..


mengikut kajian seorang saintis barat (tak malu ker? orang kafir kaji yang kitani Islam tak kaji) ini aku baca kat internet la.. bila kita solat jemaah dalam satu saf.. bahu bertemu bahu (tapi aku nengok orang kita tak rapat pun) maka ketidak seimbangan cas + dan - dalam tubuh kita akan di seimbangkan..


jadinya begitulah yang aku rasa.. korang aku tak tau la.. oleh itu aku akan lebih berusaha untuk solat berjemaah lagipun kan solat jemaah tu lebih tinggi darjatnyer.. aku menyeru (chewah..) supaya sesama la kita solat berjemaah..


aku bukan ustaz cuma nak mengajak ke arah kebaikan jer..

Tiada ulasan: