Selasa, 7 Julai 2009

luahan sikit..

contoh seorang pembaca berita(sekadar hiasan)

assalamualaikum...



seperti biasa la penyakit gila datang lagi.. penyakit bermusim kadangkala tak bermusim ni akan menyerang bila ada PRK.. tapi kalau PRU lagi kuat penyakitnyer.. penyakit ni amat merbehaya kepada orang orang kampung.. kesian orang kampung.. asyik kena tipu jer..



sebab tu la aku malas nak nengok TV sekarang ni.. asal pukul 8 je sakit hati.. aku rasa elok buletin utama tu tukar nama la elok.. jadi buletin umno.. kan senang.. bukan apa sekali lagi la aku kesian kat orang kampung.. lagi lagi kampung aku.. kuat sangat ngundi si RR (raba raba) tu.. (malam tadi aku tak ke surau sebab tak larat sgt..)



jadinyer aku rasa baik aku ngaji lagi elok.. karang kalau nengok berita nanti termencarut pulak.. dah dapat dosa kecil.. dosa kecil ni kalau buat selalu berat jugak ni.. kalau aku ngaji boleh la aku betulkan tajwid aku ni.. kalau ader cerita di mana joe jambul lagi bagus tengok dari tengok berita..



nak buat camna.. aku mengomel kat sini pun bukan boleh buat apa.. siaran yg ada jelas signal pun tv3, tv8 dgn tv 9 jer.. (maaf no ASTRO) aku malas nak bayar. tapi elok jugak rasa aku kalau kurang nengok tv ni.. cerita kat tv sekarang ni banyak yang rosak.. merosakkan pemikiran jer.. dengan menyanyi la.. berjoget la.. peluk peluk la.. cuma elok time waktu azan jer.. pastu sambung balik.. aku rasa negara kita ni penuh dengan penyanyi dgn pelakon jer satu hari nanti.. abis tu nanti bila mati sapa nak tolong solatkan, kafankan.. jawab la sendiri..








Tiada ulasan: