Jumaat, 3 Julai 2009

sedikit renungan


assalamualaikum... bissmillahhirrahmannirrahim...


sedikit renungan untuk aku dan korang... sebenarnya kita hidup di dunia ni hanaya sementara..(macam selalu dengar je) iyelah.. sementara sahaja.. sebab lepas ni kita nak menuju alam akhirat.. sebeum sampai alam akhirat kita kena lalui alam kubur..


hidup ni terlalu singkat.. pejamcelik kita dah besar.. last2 kita tua pastu mati..(kalau sempat tua la) tada yang kekal dalam dunia ni.. hanya peluang untuk memiliki.. keta besar.. rumah besar,, bini je yang tak besar.. hehehe.. semua pinjaman.. dan yang penting semuanya adalah keizinan dari Allah...


semuanya pinjaman.. tubuh kita hanya pinjaman.. jari.. mata.. dan segalanya pinjaman.. kita diberi peluang hidup hanyalah untuk menjadi hamba kepada Allah.. sekarang ni aku lihat masyarakat kita ni semakin asyik dengan duniawi.. kalau aku cakap tak beragama pun ada benarnya jugak.. ya Allah ampunkan aku kerana aku tak mampu untuk berdakwah kepada mereka.. hanya mampu melihat..


apa pa pun marilah kita merebut peluang yang sementara ni untuk hidup dalam keredaan Allah.. menegakkan syiar Islam yang sebenar.. lupakan masalah masalah cabang.. bersatu dahulu.. aku berharap sangat semoga manusia di dunia ni diberi hidayah dan petunjuk..


insyaallah...


Tiada ulasan: