Isnin, 27 Julai 2009

kesimpulan dan persoalan

7 -Kesimpulan

7- 1 Adat kebiasaan orang Islam di Nusantara khususnya masyarakat Melayu di tanah air kita menjemput, mengumpul orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh keluarga si mati sama ada mayat sebelum atau selepas dikebumikan adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w dan sahabatnya.

7- 2 Mengumpul dan menjamu makanan kepada orang ramai menjadi agenda utama kepada ahli si mati apabila suatu kematian berlaku, padahal perbuatan itu adalah bid’ah dan makruh yang perlu dihapuskan oleh semua pihak.

7- 3 Telah bersepakat kata oleh Imam-Imam mazhab empat dan kibar al-ulamak (ulamak agung) tentang makruhnya ahli si mati menghimpun dan menjamu manusia selepas kematian. Yang paling ramai mengatakan demikian ialah ulamak dari mazhab Syafiiy.

7- 4 Hukumnya sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati, kepada kaum kerabat yang jauh membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Itulah sunnah yang perlu diikuti oleh semua umat Islam.

7- 5 Hukumnya makruh dicela oleh syarak adat yang diamalkan oleh umat Islam iaitu menghimpun orang ramai dan diberi makan kepada mereka pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan seumpamanya. Perbuatan itu dinamakan wahsyah dan kaffarah.

7- 6 Orang ramai berkumpul di sisi keluarga si mati selepas kematian berlaku dan ahli si mati membuat makanan dan menjamu mereka, perbuatan itu bid’ah yang mungkar dan diberi pahala kepada pihak penguasa dan kepada sesiapa yang mencegahnya.

7- 7 Hukumnya bid’ah dan makruh bukan hanya kepada ahli si mati yang memasak, menghimpun dan menjamu makanan kepada orang ramai sahaja, tetapi juga bid`ah makruh itu kena kepada siapa sahaja yang menerima panggilan itu.

7- 8 Mencegah masyarakat dari melakukan bid’ah yang mungkar itu bererti menghidupkan sunnah, manakala membiarkan mereka terus beramal dengannya bererti mematikan sunnah dan sekaligus menyuburkan bid’ah.

7- 9 Jika perbelanjaan makanan yang dijamu itu dari harta yang belum baligh, harta orang mahjur (iaitu orang yang tidak dibenarkan oleh syarak untuk menguruskan hartanya) dan dari harta si mati yang menanggung bebanan hutang, maka hukumnya ialah kongsi bersama antara yang memanggil dengan orang yang memakan pada melakukan yang haram.

7- lO Hukum makruh keluarga si mati menerima tetamu serta menjamu makanan kepada mereka. Kecuali tetamu itu datang dari tempat yang jauh terpaksa bermalam di rumah ahli si mati itu.


8 - Pelbagai Alasan Dan Hujah Ditunjulkan Oleh Barisan Yang Mempertahankan Pusaka Adat Yang Bid’ah Ini. Antara Lain Ialah:

8- l Orang yang membangkitkan isu bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun orang ramai, memasak dan menjamu makanan kepada mereka adalah terdiri dari ulamak kaum muda. Setengahnya pula mengatakan dari pengikut Wahabi.

Kita merasa aneh dan hairan apabila dituduh dan dicop kaum muda ke atas orang yang menyebarkan pendapat-.pendapat kibar ulamak silam yang mulia, termasuk ulamak mujtahid dari empat mazhab. Kita mengatakan bid’ah kerana mereka itu mengisytiharkan bid’ah berdasarkan dalil-dalil yang amat kukuh. Rata-rata ulamak yang mulia itu mengemukakan dua buah Hadith sahih yang telah dibentangkan di permulaan risalah ini sebagai dalil yang utama. Mana lagi ada hujah yang lebih kuat dari Hadith sahih?. Apakah akibatnya jika seorang itu menolak Hadith sahih?. Ulamak yang mengatakan demikian bukan sebarangan, tetapi mereka itu terdiri dari Imam-Imam mazhab dan ulamak agung seperti Imam Syairazi, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qudamah, A1-Sayyid Abu Bakr bin Al-Sayyid Muhammad, A1-Syaikh Daud A1-Fataniy, Al-Shaikh Muhammad A1-Banjariy dan sehingga tidak terbilang ramainya. Kalau dibandingkan ilmu dan kemampuan mereka dengan bijak pandai agama masa kini nescaya didapati jaraknya beribu batu. Siapa sebenarnya yang didakwa sebagai kaum muda?. Adakah mereka yang mempertahankan pendapat ulamak tersebut? Atau kaum muda yang sebenar ialah mereka yang mempertahankan adat istiadat itu dan membelakangkan pendapat ulamak berkenaan tanpa berlandaskan hujah yang benar dan kukuh.

Sesungguhnya ulamak yang menghukumkan bid’ah dan makruh dalam masalah tersebut adalah terdiri dari ulama lampau yang sudah lama meninggal dunia, tetapi yang masih ada di tangan generasi sekarang hanya karya dan kitab-kitab karangan mereka sahaja yang menjadi bahan rujukan dan kajian. Oleh itu tidak masuk akal kalau dilabelkan mereka kaum muda.

Manakala tuduhan yang mengatakan kononnya golongan yang membangkitkan isu ini adalah mereka dari fahaman Wahbiy. Tuduhan itu tidak benar malahan keterlaluan, kerana yang mengatakan bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun, membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas kematian sama ada sebelum atau selepas dikebumikan ialah Imam-Imam mazhab, bahkan yang paling ramai menghukum begitu ialah ulamak mazhab Syafiiy sendiri. Tiada seorang pun pendapat dari fahaman Wabiy dicatat dalam risalah kecil ini. Kita ingin bertanya mazhab apakah dipegang oleh golongan yang masih sayang kepada adat istiadat itu?. Tidakkah lima buah kitab jawi mazhab Syafiiy yang dibentangkan semuanya mengatakan bid’ah dan makruh?.

8- 2 Apakah salahnya memberi makan oleh si mati kepada orang ramai bersama majlis tahlil dan doa kepada ruh si mati kerana perhimpunan memberi makan bukan menjadi tujuan utama bahkan ianya sebagai sampingan sahaja, matlamat utamanya ialah tahlil dan doa kepada ruh si mati. Kalau tidak diberi makan nescaya orang ramai tidak akan hadir ke majlis tahlil itu.

Jawapannya:

Yang sunnahnya jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat handai memberi makan kepada ahli si mati. Jika ahli si mati memberi makan kepada orang ramai hukumnya tetap bid’ah dan makruh walaupun ada bersama majlis tahlil dan doa kepada si mati. Mengenai orang ramai tidak hadir ke majlis tahlil kalau tidak diberi makan kepada mereka tidak timbul sama sekali, yang bid’ah itu bid’ahlah ia walau berbagai helah dibuat, kerana matlamat tidak menghalalkan dengan cara.

Jalan yang paling selamat dalam hal ini hendaklah kita ikut pesanan Imam Syafiiy. Katanya, “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan untuk mereka, keraña sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui duka cita dan membebankan penyediaan makanan”. Sehubungan dengan itu dijelaskan lagi di dalam Kitab Fiqah Syafiiy katanya, “Apa yang dilakukan oleh orang ramai dengan berkumpul di rumah ahli si mati dan mem6uat makanan (oleh keluarga si mati) bahawa kelakuan itu dari kerja bid’ah yang mungkar... (22)

8-3 Setengah masyarakat kita pula apabila berlaku kematian, keluarga si mati tidak memasak sendiri makanan itu, tetapi ditugaskan kepada orang lain membeli bahan-bahan makanan dan memasak atau kadang-kadang dimasak di rumah jiran yang berhampiran. Setelah siap dimasak, dibawa makanan itu ke rumah si mati untuk dijamu kepada orang ramai.

Jawapannya:

Perbuatan itu hanya helah semata-mata untuk melarikan diri dari dikatakan ahli si mati yang memasak dan menjamu orang ramai ianya membawa kepada bid’ah dan makruh. Walaupun ahli si mati tidak memasak sendiri, tetapi segala perbelanjaan masih tertanggung ke atasnya dan segala urusan di bawah arahannya, maka amalan itu tidak terlepas dari kerja bid’ah dan makruh. Begitu juga jika dimasak makanan itu di rumah jiran yang berhampiran dan dibawa makanan itu ke rumah ahli si mati untuk dijamu kepada orang ramai. Kenapakah diadakan pelbagai helah muslihat bagi mengharuskan perkara bid’ah itu? Alangkah baiknya jika digunakan perbelanjaan makanan itu ke tempat yang dijamin mendapat pahala dan bukannya di tempat yang bercanggah dengan Hadith Nabi s.a.w.

Bukan semua perkara kebaikan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya di dalam semua keadaan. Begitulah juga halnya jika memberi makan kepada orang ramai dengan niat ikhlas ianya dari kerja kebajikan dan amal soleh, tetapi jika ahli si mati menghimpun orang ramai, memasak dan menjamu mereka selepas kematian, sama ada sebelum atau selepas dikebumikan mayat, hukumnya bukan lagi sunat bahkan menjadi bid’ah dan makruh yang perlu dielakkan oleh umat Islam.

8-4 Apakah hendak dibuat dengan derma takziah yang diterima dari sahabat handai dan dari orang ramai. Kalau tidak dibelanjakan kepada kenduri memberi makan kepada orang ramai?

Jawapannya:

Sumbangan derma takziah yang diterima dari rakan kenalan, dari jiran tetangga dan dari orang ramai hendaklah dimanfaatkan pada pelbagai tempat yang selamat mendapat ganjaran pahala dan bukan dilaburkan kepada unsur-unsur mungkar, bid,ah dan makruh.

8-5 Ada juga yang mengatakan masalah ini adalah isu yang remeh-temeh, banyak lagi perkara yang penting perlu diselesaikan.

Jawapannya:

Apakah perbelanjaan yang melibatkan beratus malahan beribu ringit kepada yang makruh dan bid’ah itu dari perkara remeh temeh?.Usaha menyelamatkan masyarakat Islam dari terus terjerumus di dalam bid`ah yang dicela lagi tidak menguntungkan itu adalah ianya dari kerja sia-sia?. Bolehkah di katakan seorang mukmin yang bijak sedangkan beliau tidak dapat membezakan antara sunnah dengan bid’ah, antara sunat dengan makruh dan antara mungkar dengan maruf?
Ajaran Islam semuanya penting dan memberatkan timbangan di akhirat nanti atau dengan lain ibarat, diberi ganjaran pahala kepada semua amal soleh kecil dan besar, tidak dikatakan amal soleh segala perbuatan bid’ah, mungkar dan makruh. Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan amal soleh dengan mengikuti ajaran Islam semuanya tanpa menerima separuh menolak separuh yang lain

8- 6 Amalan adat istiadat ini sudah lama bertapak di tanah air kita, tidak sahaja diamalkan oleh orang awam malahanjuga turut dilakukan oleh orang yang bergelar tuan guru, ustaz, pak kiyai dan pak lebai. Kalaulah perkara itu bid’ah dan makruh tentulah tidak di buat oleh mereka itu.

Jawapannya:

Kita tidak boleh mengikut pak lebai dengan membuta tuli tanpa dalil dan hujah yang kuat, kerana pak kiyai dan ustaz tidak boleh ditentukan betul dan salah di atas kelakuan dan amalannya itu, tetapi yang menjadi ukuran ialah Kitab AlIah dan sunnah Nabi. Bila tindakan dan perbuatan mereka menepati dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi, menunjukkan mereka berada di dalam kebenaran dan perlu dicontohi oleh semua muslim dan muslimat. Manakala perbuatan mereka itu bercanggah dengan kitab Allah atau bercanggah dengan Sunnah NabiNya, mereka tidak lagi harus diikuti dan dicontohi walau betapa tinggi jawatan yang mereka sandang dan betapa mulia martabat yang mereka duduki.

Apakah tuan-tuan guru dan pak-pak kiyai yang sayangkan adat bid’ah yang makruh itu lebih alim dan lebih faqih dari Jarir bin Abdullah, Imam Nawawi, Ibnu Qudamah, Sayyid Abu Bakar dan lebih luas ilmunya dari Syaikh Daud Fataniy?


dari penulis
Sukacita diulangkan lagi bahawa ketetapan hukum yang ditegaskan di dalam risalah ini bukan dari pendapat penyusun dan jauh sekali dari mengeluarkan fatwa, tetapi tulisan ini hanya pendedahan hukum dari Imam-Imam mazhab, kibar ulamak dan ulamak mujtahid mengenai bid’ah dan makruh apa yang dilakukan oleh ahli si mati selama ini selepas berlaku kematian


Penyusun
A1 Faqir Ilallah
Hasan bin Ahmad
(bekas Pensyarah U.M)

sumber : http://www.DarulKautsar.com


apa kesimpulan yang korang dapat... beca dan berlapang dada lah... kaji dan cuba renungkan.. sesapa yang ader belajar ilmu tafsir hadis ke atau sewaktu dengannyer boleh lah cari kitab kitab karangan Imam Syafie.. semoga Allah merahmati dan meredhai kita..

Tiada ulasan: