Isnin, 10 Ogos 2009

politik lagi

ini gambar pepatung

maaf la pasal politik lagi.. sebenarnye aku naik muak nengok orang politik ni.. cakap berapi tapi habuk pun tarak.. (kecuali orang politik yang bertakwa) aku nak petik kata kat dr maza.. pasal patung najib kat batu cave tu.. korang boleh klikdisini.. katanya
"Saya pula ingin melihat pendirian mereka yang dahulu membolehkannya. Sepatutnya, mereka yang mempertahankannya untuk DS Anwar Ibrahim, mereka juga kena mempertahankannya kali ini. Mengapa ia berubah-ubah jika untuk orang lain, dan hanya dibolehkan untuk pemimpin sendiri sahaja. Itulah politik. “Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul”.
Alhamdulillah, generasi muda mulai sedar, kebanyakan permainan politik ini hanya memperbodohkan masyarakat. Ramai anggota PKR datang dari lubuk yang sama, iaitu BN. Nama berbeza, mentaliti dan sikap belum tentu?!"
aku tak nak kata apa.. aku bukan terer pun bab politik.. prinsip aku yang tak betul harus di sanggah walaupun dari parti mana.. walau dari pas..(aku penyokong PAS)..

*kalau ader hiasan patung dalam rumah malaikat rahmat tak masuk tau.. (akid atid tetap ikut ) kecuali patung mainan anak anak.. maknanya patung berbentuk manusia atau binatang.

Tiada ulasan: