Khamis, 6 Ogos 2009

malam tadi


malam tadi dengar kuliah maghrib ustaz badrul amin kat masjid bukit indah.. ramai gak orang.. sampai jer jumpa pulak seorang abang tu.. bekas kira teman sekerja la.. en roslan aziz (bukan komposer tu ye) heehe tak sangka jumpa dia... hebat kuliah dia.. sekarang ni kita sebenarnya berhadapan dengan krisis kemanusiaan sebenarnya bukan krisis ekonomi.. sebab apa katanya.. sebab manusia yang menguruskan ekonomi itu telah rosak.. telah membelakangkan nilai nilai kemanusiaan.. yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin.. macam macam lagi la dia sentuh.. kenapa anak anak sekarang ni melawan ibu bapa la.. kenapa kita menentang ISA dan lelain la.. dan yang best tu dia tanya kenapa yang mati kena selsema babi ni banyak orang melayu islam.. padahal kita mana makan babi.. sebab itu adalah amaran untuk umat islam.. lagi satu pasal arak kat 7 eleven tu.. kebanyakkan yang jadi cashier budak melayu.. heran dia.. padahal arak kan haram.. ini aku nak tambah sikit.. kalau bab arak ni semua terbabit.. yang jual.. yang jadi cashier.. yang jadi jaga kat kilang arak pun sama dapat dosa pasal arak ni.. tapi aku pelik 7 eleven yang aku tau ada la syer orang melayu islam..

entah la.. sebab kebendaan dah meracun umat islam sekarang ni.. elok sangat la au mintak supaya sebuah negara yang berlandaskan syariat Islam tertubuh cepat.. bukan apa nanti makin rosak negara jadinya kalau yang memerintah tak ikut perintah Allah.. jika Allah mungkar diturunkan bala bukan puak puak diorang jer yang kena tapi semua.. ingatlah sesungguhya seksaan Allah itu amat pedih.
tercari jugak yang mana satu orangnye pengendali blog kopitiam bang nan.. hehehe

Tiada ulasan: