Khamis, 27 Ogos 2009

peniaga mungkar


bukan kedai nya ok.(ini kedai pancing udang)



ada baca paper berita hairan semalam?.. ada? bagus.. bukan beli tapi baca free la.. hehehe.. m/s tengah tu.. cerita bab kedai makan bukak pukul 11 pagi.. hahahaha... tak hairan langsung aku.. sebab aku dulu waktu tengah hari biasa la lalu kat situ.. memang penuh pun.. semua yang datang pakai helmet.. sebenar nya ada lagi lokasi lain yang jual awal.. tapi semalam aku pegi pasar keramat tak der pun jual awal.. dalam pukul 10.30 pagi.. (dah insaf kot)

yang tak boleh tahan kenapa geng askar yang ramai beli yer? penat menembak kot.. tapi tak patut la yang tukang jual tu pun.. jual awal sangat.. kalau yer pun nak cari duit raya janganla awal sangat.. awal takper la jugak.. tapi ini jual kat orang Islam pulak tu.. (melayu tak semestinya islam ok) aku nengok tak kaya kaya jugak kedai tu.. buruk macam tu jugak.. aku ingat kalau diorang tak jual.. mana la si penyangak puasa ni nak beli yer.. tiada penawaran jadi pembeli nya takder la..

ingat macam ni la.. buat undang undang.. kepada peniaga gerai makan Islam yang jual makan kat orang tak puasa ni kasi roboh kedai dia hahahah... (termasuk la mcd dan kfc)

Tiada ulasan: