Rabu, 5 Ogos 2009

penyakit

asslamualaikum...

malam tadi aku ader pergi masjid kg melayu ampang.. solat magrib pastu ader kuliah maghrib.. ustaz ape tah.. nama dia.. err yang aku ingat rahimi jer nama belakang dia.. depan dia fadli ker fadzil ker.. (sori la tak ingat la) sapa tau tolong bagitau boleh betulkan(hadiah misteri menanti anda) heheheh... pandangan aku ustaz memang terer bab tafsir hadis.. hadis hadis memang dia ingat la.. dia cerita lagi satu hadis :

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
(Riwayat Hakim)

memang betul pun apa yang nabi kata.. banyak dah terjadi.. bila la nak berubah umat islam ni.. makin lama makin lalai.. satu contoh macam yang no satu tu.. banyak berseronok.. seonok sangat hidup kat dunia macam tak makan mati.. tengok jela rancangan tv sekarang .. macam entry aku yang lepas.. mengajak umat manusia ni berseronok.. rancangan yang bukan bukan.. dari kecik lagi dah di momokkan dengan hiburan yang melampau.. lepas tu nanti kalau tanya cita cita nak adik nak jadi penyanyi.. akai ada ka.. (tak tau dah nak ngomel apa)

*kenapa kerajaan tak nak berterus terang keadaan selsema babi yang menular sekarang ni.. buat langkah pencegahan macam menasihatkan orang ramai tidak selalu ke tempat ramai orang ker.. sebab aku rasa dah makin teruk je nampaknyer..

Tiada ulasan: