Ahad, 30 Ogos 2009

menu berbuka hari ini


Hukum Makan Katak

Agak perlu disebut juga nukilan Imam al-Bukhari berhubung hukum makan katak ini. Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya ketika menghurai ayat 96 daripada surah al-Maidah itu menyebut bahawa asy-Syabi (Aamir bin Syarahil) berkata:

Jika ahli keluargaku makan katak, nescaya aku memberi mereka makannya.

Pada waktu yang sama al-Bukhari juga menyebut bahawa al-Hassan (al-Hassan bin Abi al-Hassan Yassar al-Basri) menganggap tidak mengapa jika ada orang mahu makan kura-kura.Berikut secara ringkasnya disebut pandangan pelbagai mazhab mengenai hukum makan katak ini.

1. Mazhab Syafie: Ulama-ulama mazhab Syafie berpendapat katak tidak harus dimakan kerana selain berdasarkan hadis-hadis yang disebut di atas, katak juga tergolong kategori khaba'ith, iaitu binatang yang kotor, keji, buruk dan tidak baik. Pendapat mazhab Syafie ini memang selari dengan adat ramai bangsa di dunia ini termasuk orang Melayu yang penulis percaya jarang ada yang tergamak untuk makan katak terutama katak puru.

2. Mazhab Hanafi:Mazhab Hanafi berpendapat hanya ikan sahaja yang halal dimakan daripada semua jenis haiwan yang tinggal dalam air. Katak, kura-kura, anjing laut, buaya dan sebagainya haram dimakan.

3. Mazhab Maliki:Mazhab Maliki berpendapat bahawa katak sama seperti udang, ketam, kura-kura dan sebagainya boleh dimakan. Mereka berpendapat begitu kerana tidak ada nas dan dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadis yang mengharamkan makan katak.Sebenarnya penduduk negara-negara Arab lebih suka makan daging terutama biri-biri. Sedangkan ikan, udang, ketam dan sebagainya bukan menjadi makanan utama mereka kecuali yang tinggal di tepi laut. Malah penduduk Arab yang tinggal jauh dari pantai benci kepada ikan, udang, ketam dan di pasar mereka jarang ada kedai menjualnya.

3. Mazhab Hambali:Para ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa katak dan semua haiwan yang hidup di dua alam tidak halal dimakan kecuali jika ada jalan sembelihannya.Bagaimanapun, dikecualikan jika haiwan yang hidup di dua alam itu tidak berdarah seperti ketam dan sesetengah serangga.

Katak yang tidak mempunyai leher dan kura-kura pula menyembunyikan lehernya dalam perisainya menyusahkan untuk disembelih. Apakah itu menjadi antara punca menyebabkan katak haram dimakan? Haiwan yang hidup di dua alam yang lain seperti udang, ketam dan sebagainya walaupun tidak disembelih tetapi halal dimakan pada mazhab Hambali kerana tidak berdarah.

Begitulah kedudukan hukum makan katak dalam ulama pelbagai mazhab.Mahzab bukan agama dan tiba lebih 150tahun selepas nabi wafat...sebagai penganut ahlul sunnah wal jamaah kita ambil mana2 pendapat dari imam ini dgn keyakinan tanpa was-was.Tiada lebih seorang imam drpd imam yg lain,kerana merekapun sesama imam mahzab menghormati pendapat sesama mereka membenarkan org awam memilih mana yg terbaik untuk pengikutnya.
aku tak lalu walaupun ada mazhab lain kata boleh..

Tiada ulasan: