Rabu, 12 Ogos 2009

adakah?

adakah tindakan kita akan dipersoal di hadapan Allah jika:
1. membeli kasut berharga ratusan ringgit sedangkan ada ada orang lain yang berkaki ayam. nak beli selipar pun tak mampu? anak anak pergi sekolah memakai kasut yang koyak rabak?
2. membeli jam beribu ribu ringgit sedangkan ada orang lain nak sarapan pagi pun takder makanan (tak makan dari semalam)
3. membayar harga secawan teh di hotel 5 bintang sedangkan ada orang yang hanya meneguk air paip jer.
4. mengundang penyanyi dan membayar beribu ribu kerana sesuatu persembahan yang takder nilai tetapi kepada ustaz yang menyampaikan ilmu agama hanya di bayar puluh puluh sahaja. (penyanyi 5 lagu 10 ribu tapi ustaz pulak ajar bab iman bayar 50)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam mr ed

Kisah begini uncle sudah paparkan di blog uncle dengan kepala tajuk "anak malang'

mr edz berkata...

maaf kalau ada persamaan.. saya tak perasan.