Rabu, 10 Mac 2010

sapa nak kaya?

AMARAN: DILARANG KERAS MENIRU PERBUATAN INI SEBAB JELAS HUKUMNYA SYIRIK..

diceritakan oleh seorang kawanku (muka dia sebijik macam nordin ahmad :p) beberapa tahun dulu:

satu hari ketika balik dari kelas matematik..

"kau nak jadi kaya tak?" tanya dia..
"kaya? " jawab aku sambil mengaru kepala yang tak gatal..
"aah.. kaya.. takkan tak mau?"..
"boleh jugak.. macam mana?" tanya aku balik
"tapi kau kena berani la.. kalau tak berani tak payah la.."tambahnya si nordin ahmad
"itu la masalah nya, aku ni berani berani itik jer"... jawab aku lagi
"macam ni.. memula kau pegi cari kubur orang mati kena bunuh... " katanya
"pastu..?" tak sabar aku dengor ni... jeng..jeng..jeng..
"pastu tepat 12 tgh malam kau duduk bahagian kepala kemudian kau buat gaya orang berdayung sampan.. sampai pukul 3..."
seram gila nih dalam hati aku la... "itu jer ke?" tanya aku lagi..
"tak lah.. itu baru malam pertama kau kena buat 3 malam berturut turut... start dari malam jumaat... malam kedua pulak kau berdayung bahagian tengah.. malam last pulak kau buat kat bahagian kaki... kira standard prosuder dia dayung dari pukul 12 sampai pukul 3"...
bulat jer mata aku dengor dia cerita.. betul ke tidak otak dia ni...
"malam pertama dengan malam kedua takder apa apa berlaku.. tapi malam ketiga tu bila nak habis kau kena hadapi ribut macam kat tengah laut... bila habis jer ribut tu nanti mayat dalam kubur tu bangun ngadap kau dan dia akan tanya kau nak apa? haaa time tu la kau mintak nak jadi kaya.." tambah si nordin ahamad ni lagi... bersungguh sungguh dia cerita sambil menyalakan rokok yang kedua.. (macam naga la dia ni)...
"ooo macam tu ker? mana kau tau petua bangang nih... ?" tanya aku pulak
"ader orang tua kat tempat aku cerita"
"dia pernah buat ker?" aku tanya lagi
"mana la aku tau.. aku rasa dia pun tak berani tu..." katanya

pesanan: petua ni entah betu entah tidak. kalau si nordin ahmad ni tipu so jadi cerita tipu la.. tapi yang betulnya perbuatan di atas TIDAK dibenarkan sama sekali sebab mensyirikkan Allah.. kalau nak kaya korang berdoa dan berusaha dengan jalan yang halal..

Tiada ulasan: