Rabu, 17 Mac 2010

asyik terkejut.. lama lama dapat sakit jantung..

salah satu kedai dewasa hehehe


Hishammuddin, Shahrizat terkejut


"KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan sahaja terkejut malah mengaku langsung tidak mengetahui kewujudan kedai menjual gajet seks secara terbuka di negara ini.

Berikutan itu, kedua-dua menteri itu berjanji akan menyiasat pendedahan Kosmo! mengenai isu tersebut sebelum mengambil tindakan yang lebih tegas."

berita dipetik dari kosmo..


asyik terkejut jer.. hari tu terkejut pasal banyak PATI kat malaysia, pastu terkejut pasal kes dera... sekarang terkejut pasal kedai alat seks... AWWW terkejut mak! nampak sangat tak tau pasal keadaan sekeliling.. nak tunggu pencacai bagitau kot... tapi apa boleh buat pencacai kat bawah taunya bagi pujian jer a.k.a bodek. (aku pernah nampak kedai ni kat sg wang)


aku rasa la harga ayam sekilo kat pasar pun tak tau berapa.. harga ikan berapa.. sebab apa? sebab semua dah ready siap tau makan jer... (itupun rakyat yang bayar) jangan lupa bro nanti kat akhirat akan di tanya tanggung jawab sebagai pemimpin.. apa peranan kamu sebagai pemimpin.. apa yang kamu buat... ha jawab yer sila jawab.. nanti kalau ada rakyat kat bawah ni dakwa kamu kat akhirat kelak taula nasib kamu....


sekarang ni TV pulak duk sibuk pasal kejatuhan moral remaja, dadah, buang bayi, bunuh, dan memacam lagi.. sibuk nak buat kajian la apa la.... kalau la reporter tanya aku ... aku akan jawab..


" itu pun tak tau lagi ker? kembali kepada Al-quran dan Sunnah rasul"


Tiada ulasan: