Jumaat, 5 Mac 2010

ada berani...

gambar hiasan



kisah ni terjadi beberapa hari yang lalu.. diceritakan oleh abang ipar aku.. (polis bantuan STAR)

(stesen mana tak buleh bagitahu)



satu malam ketika sedang melakukan rutin.. di bilik kawalan.. beberapa anggota sedang bertugas.. sambil memerhatikan monitor cctv.. tetiba salah seorang dari mereka terpandang satu skrin monitor cctv dari satu pejabat blok yang lain.

"eh cuba kau tengok tuh.. ada pompuan duduk atas meja kat opis sana la" kata seorang teman..
"ye la , apa dia buat tuh?" kata seorang lagi.. "cuba pegi check tengok" arah teman tadi..


yang seorang ni pun ambil kunci dan terus pergi meninjau ke ke opis yang dimaksudkan.. bila di buka pintu melalui walkie talkie dia pun berkata...


"takder orang pun" kata nya
"wei... ada la atas meja depan kau tu" balas sorang lagi
"pompuan tu tengah duduk atas meja betul betul depan kau, kau tak nampak ker?"
sambungnya..
"mana takder orang pun" kata teman tadi..

teman yang ada ni bila pikir balik mana ada orang duduk kat opis malam malam, dia pun cepat cepat terus blah.. bila diorang tonton balik rakaman tadi memang teman ni ada periksa opis tapi tak nampak pompuan.. sedangkan imej pompuan memang jelas kelihatan pada rakaman tersebut..... so ada berani?


2 ulasan:

Naz berkata...

huhuhu... seram... boleh uplod rakaman tu kat sini x????

mr edz berkata...

kalau ada nanti aku upload..