Isnin, 22 Jun 2009

tetiba...





dengan nama Allah...


semalam masa aku nak hantar anak aku ke taska.. smabil memandang keindahan ciptaan tuhan.. dan awek awek cun yang menunggu bas hehehe.. sambil dengarIKIM.. ade sajak pasal yahudi a.ka. israel.


sajak( aku lupa la sajak ke apa tapi macam penerangan la ) tu menceritakan kekejaman israel.. sedih tau kalau korang bayangkan.. dan asal penubuhan negara haram yahudi ni.. dari aku kecik sampai sekarang kekejaman diorang tak pernah berhenti dan negara OIC (oh I see) hanya mampu ,melihat dan membuat resolusi.. rupanya dalang sebenar diorang adalah BRITISH..


ye British.. yang negara telah menjajah negara kita dulu.. sekarang pun sama.. contoh mudah undang undang.. mana satu yg tinggi dlm negara malaysia ni hukum islam ke hukum manusia.. boleh tanya Nazri Aziz..atau Najib pastu dengan muka tak malu mengaku negara islam..

lagi satu malam semalam di buletin utama.. kisah pasal henry gurney di bunuh.. olahan macam keparat british tu hero.. benar komunis tidak diterima di malaysia tetapi kita tak boleh nafikan yang mereka pun berjuang menentang british.. (ini kisah lain)

Henry Gurney yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Negara British di Palestin (1946–1948). Tahun 1946. Inilah tahun mulanya sejarah Israel wujud dengan merampas tanah rakyat Palestin. Zionisme yang didukung kuasa empayar penjajah Inggeris. Peranan besar Henry Gurney dalam merampas tanah Palestin menerima imbuhan besar pingat Ratu Inggeris, Knight Commander (KCMG) of the Order of St Michael and St George.


(ayat copypaste dari laman blog sampahseni.. harap izinkan)


kalu nak tau lebih lanjut korang boleh klik kat wikipedia..

apesal aku tulis macam ni yer.. sebab aku nak sedorkan korang.. tak lalu la nak makan big mac dah..( lama dah tak beli) berger* depan 7 eleven bandar baru ampang lagi sedap.. takpun korang hentikan la nyokong pasukan england tu..

* berger= ejaan budak sekolah keb agama tempat aku.. dia ni tukar masuk sek men biasa sebab tak lulus sek agama.. kira aku umur 15 dia umur 16..


Tiada ulasan: