Selasa, 23 Jun 2009

informasi








gambar hiasan..




Bissmillah.. dengan nama Alah..




sedikit informasi untuk korang.. jangan la takut sangat.. tapi jangan takbur dah la..



“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”
(Surah al-Dzariyat : ayat 56)


Pada zaman serba canggih ini, ramai manusia percaya apa yang mereka nampak saja. Ini adalah ciri jelas dunia kebendaan (materialisme). Namun, ramai juga yang terperangkap dan tertipu kerana sebenarnya apa yang dapat dilihat itu tidak semestinya benar, contohnya anda boleh 'super-impose' gambar seorang perempuan seksi duduk di atas riba seorang pemimpin negara kemudian anda reka sebuah kisah skandal seks yang hangat. Ini juga adalah akibat jelas dari dunia kebendaan itu.Hanya percaya pada kewujudan apa yang dapat dilihat sebenarnya bahaya.




Kaum athiest adalah antara golongan yang tidak percaya pada wujudnya Allah yang Maha Ghaib. Percaya pada tahyul juga bahaya. Ramai yang percaya pada hantu. Ada yang berpendapat bahawa hantu adalah jelmaan roh orang mati.



Ada yang tegas mengatakan bahawa hantu hanya satu istilah yang bermaksud jin, dan hantu yang dikatakan sebagai jelmaan roh orang mati tidak wujud.Orang Islam percaya pada yang ghaib. Sekiranya anda merujuk kitab suci Al-Qur'an, tentu anda akan berjumpa ayat yang bermaksud: "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 3).




.Jin adalah makhluk yang ghaib. Namun istilah jin (djin atau genie) sebagai makhluk paling jelas dinyatakan dalam Al-Qur'an. Malah Surah 72 (ada 28 Ayat) dinamakan Surah Jin. Dalam masyarakat, lebih ramai orang memanggil makhluk ini sebagai hantu (ghost) dengan segala macam jenis dan bangsanya. Percaya pada kewujudan jin itu wajib bagi orang Islam tapi percaya bahawa jin itu berkuasa dan mampu segala adalah perbuatan yang menyalahi akidah lagi kufur. Ramailah orang yang telah tergelincir akidahnya hingga ke peringkat mempertuhankan para jin. Banyak agama sebenarnya menyembah jin, bukan menyembah Allah.



KEJADIAN JIN

Jin adalah makhluk yang dijadikan sebelum Adam a.s. Dalam kitab lama, jin pertama dikatakan bernama Jan. Ia dijadikan dari lidah api yang sangat panas. 'Azazil adalah nama sebenar kepada Iblis, iaitu raja segala syaitan-syaitan. Iblis adalah gelaran kepada 'Azazil. Iblis atau 'Azazil dan syaitan-syaitan itu semuanya adalah dari bangsa jin. Jan dijadikan dari lidah api, tapi keturunannya iaitu semua jin lain termasuk 'Azazil itu dilahirkan hasil perkahwinan antara jin lelaki dan jin perempuan.


Adam a.s. ditempa dari tanah, tapi anak-cucu Adam dilahirkan hasil perkahwinan juga.Bezanya ialah 'Azazil (yang bertanggungjawab menghasut Adam a.s. dan Siti Hawa hingga terusir dari Syurga 'Adn) itu tidak mati hinggalah hari kiamat sementara syaitan-syaitan pula (semua bangsa jin yang bukan beragama Islam) itu umur mereka panjang-panjang.


Setakat 3,000 tahun itu biasa bagi umur satu jin (saya tidak gunakan perkataan 'seorang' atau 'seekor' jin kerana jin bukan manusia atau orang dan jin bukan binatang tapi ia adalah makhluk yang berakal dan bernafsu sebagaimana manusia).Dalam kitab lama ada dicatat bahawa sebelum Adam a.s. menjadi khalifah di bumi, planet bumi ini telah ditadbir oleh para jin. Mereka ini dikatakan telah melakukan banyak kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Adam dijadikan untuk menggantikan jin sebagai khalifah di bumi, bukan 'Azazil (yang pada ketika itu dianggap antara makhluk yang amat kuat beribadah). Ini mungkin antara sebab mengapa Iblis dendam kepada Adam. Wallahua'lam.


HAKIKAT JIN


Jin tidak mampu dilihat oleh manusia sama ada bentuk dirinya ataupun bayangnya (melainkan sebilangan kecil manusia yang dikurniakan kelebihan boleh nampak jin). Bilangan jin terlalu ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia. Ada kitab menyatakan bahawa nisbah jin ialah 9 jin berbanding 1 manusia. Jin boleh tinggal di mana-mana saja sama ada di atas atau di bawah tanah, di atas atau di bawah air, di udara malah di atas awan. Jin juga boleh menyerupai bentuk-bentuk yang ia mahu serta boleh keluar masuk dengan mudah dari mana-mana tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.


UMUR JIN

Setiap jin berumur panjang dan boleh menjangkau ribuan tahun. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah didatangi jin yang pernah hidup di zaman nabi Musa a.s. Satu lagi hahikat kehidupan jin ialah ia akan kembali muda apabila sudah terlalu tua. Begitulah keadaan hidupnya berulang kali hinggalah sampai saat ajalnya.



BANGSA JIN

Secara asas, jin terbahagi kepada 3 bangsa iaitu (1) Jin yang bersayap dan boleh terbang di angkasa (2) Jin yang merayap atau menyerupai binatang dan (3) Jin yang bermasyarakat sebagaimana manusia, menukar bentuk serta berpindah-randah. Dalam ertikata lain, terdapat haiwan serta unggas dalam alam jin dan mereka ini dari bangsa jin juga. Malah haiwan-haiwan ini boleh diternak, dijinakkan dan dimakan oleh jin sebagaimana juga manusia dan haiwan di alam nyata.Jin juga mempunyai bangsa dan agama tertentu dan menjalani kehidupan seharian sebagaimana manusia juga. Jin yang beragama Islam melakukan ibadah sebagaimana manusia juga, namun jin kafir dan athiest jauh lebih ramai berbanding yang Islam. Semua jin kafir dipanggil syaitan.


Syaitan itu adalah gelaran yang bukan hanya khusus untuk jin kafir dan jahat, manusia yang kafir lagi jahat juga digelar syaitan, malah lebih bahaya berbanding syaitan jin kerana mereka ini walaupun tidak ghaib tapi sukar dikenali dan pandai menyamar.Dari segi bangsa, ada jin berbangsa Melayu, Cina, Jerman, Rusia, Siam dan sebagainya. Ada banyak agama di alam jin termasuklah Islam, Nasrani, Yahudi, Majusi dan lainnya, malah ada yang 'free-thinker'. Dari segi sistem politik pula, ada yang kapitalis, sosialis, malah ada yang komunis.



NAMA-NAMA JIN

Selain dari beribu-ribu nama atau jenis hantu (semuanya jin), jin-jin ini ada kumpulannya. Semua jin kafir itu berpenghulukan 'Azazil (Iblis) dan kumpulan mereka dinamakan syaitan. Ia adalah nama khas bagi kumpulan jin yang kerjanya tidak lain melainkan untuk mencelakakan kehidupan manusia dan menyesatkan manusia. Semua syaitan menyembah Iblis. Nama-nama lain bagi kumpulan-kumpulan jin ialah Al-Murdah (kerjanya meragu-ragu dan mewas-waskan manusia), Al-A'wan (menjadi pembantu atau khadam), Al-Ghawasun (jenis penyelam), At-Thairun (boloeh terbang), At-Tawabi' (yang suka mengekori), Al-Qarna' (yang suka mengawan atau suka seks) dan Al-A'mar (pemakmur).


JIN BANGSA MELAYU

Jin berbangsa Melayu biasa digelar Orang Bunian. Namun walaupun mereka ini berbangsa Melayu, mereka tidak semestinya Islam dan sukarlah untuk kita kenal sama ada satu jin itu Islam atau tidak (sebab mereka pandai menyamar, sebagaimana juga manusia, pada zaman ini ramai orang bukan Islam boleh menyebut insyaAllah, memberi salam, malah boleh membaca Al-Qur'an dengan lancar).



Oleh itu janganlah mudah percaya pada pengakuan satu jin. Sebagaimana kita manusia yang boleh gunakan 'nickname' yang berlainan ketika di internet, jin telah lakukan perkara itu sejak zaman berzaman dan memperkenalkan dirinya dengan nama-nama yang berbagai tapi sebenarnya ia adalah jin yang sama.Jin Melayu ini ada istilah dan slanganya yang tersendiri. Sebagai contoh, kalau mereka berkata 'mambang di awan' itu bermaksud bertih jagung. Jika mereka sebut 'kuda' itu bermaksud harimau jin. Kalau mereka sebut 'apa berhajat dalam beristana' itu bermaksud apa permintaan anda.

Tiada ulasan: