Rabu, 24 Jun 2009

jumaat nanti...





Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli . Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (QS Al-Jumu'ah: 9-10)





hari jumaat.. hari untuk kita solat jumaat.. malam jumaat.. ehem..ehem.. bagi aku dulu tiap tiap malam , malam jumaat hari je lain-lain (memula nikah la..) sekarang ni takde la macam tu.. badan nak kena jaga jugak.. dah takder keje lain dah ke cik abang oi.. orang rumah pun nak rehat jugak..



firman di atas aku petik sebab aku selalu nengok kat area opis aku ni.. selalu penuh gerai masa nak sembahyang jumaat.. terpikir aku diorang ni tak pegi solat ke.. tapi aku bersangka baik mungkin diorang pegi tapi lewat sikit dari aku.. (aku ni dah agak lewat jugak sebab dah azan)




tapi mesti ada yang tak solat nih.. aku rasa la.. sebab aku balik solat pun orang yang sama ada jugak kat situ di tempat yang sama.. aku rasa berdosa la.. tau sebab apa.. sebab aku tak mampu nak menegur dan mengajak diorang ni ke masjid.. ya Allah ampunkan dosa ku



tapi yang tukang jual pun satu jugak.. diorang ni tak tau ke yang berjual beli waktu solat jumaat tu haram (bagi lelaki la) ye la sebab aku nengok yang laki banyak kat gerai tu.. sebab nak dapat duit sanggup langgar perintah Allah.. nak kat bodoh kang marah jugak tapi dah memang bodoh..




sepatutnye majlis agama wujudkan satu team di kalangan orang bukan Islam untuk memantau perkara ni.. sebab kalu pompuan nanti sesaja kena sexual harassment.. buat team macam nak tangkap orang khalwat.. check orang - orang yang tak solat jumaat ni.. biar dioarang malu sikit.. pastu kasi denda.. pastu penjara ke.. kat manusia tau pun malu tapi kat Allah tak malu..


hint: gerai makan bawah pokok kat pej agama syariah gombak timur hehehe..

Tiada ulasan: