Sabtu, 20 Jun 2009

mati





Dah lama aku pikirkan untuk menulis sesuatu.. ya aku hari ni nak tulis sesuatu.. sesuatu yg korang rasa benda kecik tapi sebenarnya bagi aku benda besar.. ( nak ajak korang insaf ni) kita belum terlewat selagi belum mati.. kalau mati tak boleh la nak tolong sebab:



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.




so pada sesapa yg hidup lagi cepat cepatla muhassabah diri.. (betul ke aku eja ni).. dulu aku pun macam korang jugak.. tak kira halal ke haram ke semua balun.. muda la katakan.. darah muda macam nyanyian saloma tu.. harap harap Allah tunjukkan aku jalan yang benar..





jadi bila kita masuk kubur.. sendiri mau ingat la.. selalu orang kata apa kau sibuk sibuk kubur masing masing.. ayat yang kurang ajaor macam ni patut korang lempangkan aje.. pasal kubur masing masing la nak kena ingat mengingati.. kalau kubur sesama seronok gak.. kalau macam tu bila aku mati nanti aku nak sama kubur ngan ulamak senang sikit nanti bila malaikat tanya aku soalan aku boleh suruh ulamak tu tolong jawabkan .. senang kan.. ini kita duduk kubur masing masing pastu nak jawab soalan lagi.. bukan boleh meniru pun terpulang la kalau banyak amalan senang la nak jawab kalau takder erm tak tau la aku macam mana keadaan nanti..


Firman Allah, maksudnya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang DI HADAPAN MEREKA ada Alam Barzakh HINGGA HARI mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). [al-Mukminun 23:99-100]

kalau korang macam astora jabat aku tak boleh la nak kata apa.. kena la belajar rukun islam dengan rukun iman balik betul betul.. sebab astora jabat tak percaya azab kubur.. banyak yang tak kena dalam masyarakat melayu ni bila berlaku kematian.. nanti aku kisah kan..

aku ni tak tau bila akan mati.. korang tau bila tarikh korang mati..?



Tiada ulasan: