
Selasa, 30 Jun 2009
kita ada pelawat..

khasiat telur separuh masak

cadangan untuk hiasan..
Khasiat telur separuh masak
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
di ganggu 2
kali ni sambungan pulak... selepas seminggu kemudian aku kena kacau lagi... malam tu bini aku keje malam.. (misi la..) jadi aku tinggal ngan anak aku.. dalam pukul 9.00 macam tu aku pasang la ayat2 ruqyah.. (ade jual 15.90 satu cd)..
bila dah ngantuk anak aku pun dah tidur.. aku masuk bilik nak tidur la ni.. waktu ni aku rasa lain macam jer.. meremang semacam la.. macam ader sesuatu yang tak kena.. aku pun buat tak tau je la.. tebgah tidur dsyok ni tetiba aku rasa bini aku balik.. eh awalnye balik.. tetiba je aku rasa muka aku kena cekak.. bila nak buka mata je terus dada aku kena tekan.. pakai siku lak tu.. aku tak puas hati la.. bila nak bukak mata je kena tekan lagi.. sambilbenda tu dok panggil nama anak aku..
terus aku baca ayat qursi.. pastu benda tu hilang.. nengok jam pukul 3.00 pagi.. tak boleh jadi ni.. aku pasang balik ayat ruqyah dan dalam pukul 5.00 baru lelap balik.. takpelah hari ni ko kacau aku ye...
jadinye malam ni aku kena pegi jumpa ustaz lokman kat sg pusu.. perubatan Islam syifa al-hidayah.. (kali ke 2.. ) sebelum ni dah pegi dia ada bagi air penawar dgn baca ayat surah al- fussilat dengan surah al mukminin..
macam biasa la takder la seram sangat citer aku ni.. biasa jer..
Isnin, 29 Jun 2009
penipu

hati - hati
kita kini di bulan rejab jadi hati hatilah dengan hadis hadis palsu mengenai bulan rejab.. janganlah dalam mencari keredaan Allah kita tak sedar kita mengundang kemurkaan Allah.. dahla banyak perkara maksiat berlaku di sekeliling kita sekarang ni.. berdoalah kepada Allah supaya kita di tunjukkan jalan yang benar.. Insyaallah..
catatan...

Sabtu, 27 Jun 2009
dalam perancangan
esok ahad so cuti la.. tengah hari ni aku ingat nak singgah kedai buku popular kat ampang point..
nak cari buku kononnyer... (a.k.a mencuci mata) hehheheh..
betul ker?
di ganggu 1
bissmillahhirrahmannirrahim..
pada entri yang lepas aku pernah beritahu aku telah di ganggu.. (takder la seram sangat).. ianya berlaku dalam 2 bulan yang lepas.. kisahnye begini rumah yang aku duduk sekarang ni telah lama kosong.. jadi waktu aku pindah takder le baca apa pun.. (sepatutnya ader la) takder la buat kenduri pun.. masa tu tiada apa apa gangguan.. sikit sikt jer macam orang mengetuk lesung tengah tengah malam (nak makan sambal belacan kot).. bunyi orang bertukang atas bumbung.. takder la aku layan pun.. lantakla jangan kacau sudah..
tak lama kemudian bila aku dah insaf ni.. aku start dah baca quran memalam. tu yang aku tgh belajar tajwid balik tu.. satu hari tu aku tgh tidur syok syok.. aku rasa bini aku bukak pintu kemudian kejut aku suruh bangun.. aku pun bangun la.. (memang patut bangun pun dah pukul 6:15 pagi).. pastu aku nengok bini aku tengah bersiap.. aku cakap.. thanks sayang kejut abang.. eh.. bila pulak ayang kejut abang .. ? aik.. takpelah.. (misteri ni) abih sapa yang kejut tadi tu? mungkin perasaan aku kot.. dalam hati.. bersambung..
(dah macam blog cerita seram pulak)
Jumaat, 26 Jun 2009
pandangan...

sekadar pandangan.. di malaysia setiap hari kita menghasilkan sebanyak 15 tan sampah.. (tak termasuk sampah masyarakat.. itu baru sehari kat malaysia.. kalau seluruh dunia..? aku rasa lambat laun dah takder tempat dah nak buang sampah.. so satu solution untuk kita adalah kita buat roket untuk angkut sampah tu kemudian kita halakn ke matahari.. jadinya bila sampah sampah tu menghala ke matahari habislah terbakar... ha.. jadi takderla pencemaran ..
logik tak? macam logik jugak la hehehe ...
jarak bumi denganmata hari adalah 149.680.000 Km atau 93.026.724 mile.. agak- agak berapa lama nak sampai ye... satu tabiat kat malaysia ni kalau ada tanda jangan buang sampah di sini mesti tempat tu banyak sampah orang buang.. pelik tak?
petua.. untuk wanita

yang susah dan yang senang di cari

- yang susah : ulamak, yang senang : penyanyi
- yang susah : ayat al quran, yang senang : lagu lagu masa kini
- yang susah : solat tahajjud, yang senang : tengok bola tengah malam
- yang susah : menyatakan kebenaran, yang susah : berbohong
- yang susah : ucapan salam. yang senang : hello
- yang susah : beli buku agama, yang senang : beli tiket konsert
- yang susah : hadir kuliah agama, yang senang : gi nengok konsert jom heboh
- yang susah : orang yang sabar , yang senang : orang yang pemarah
- yang susah : isteri pemimpin yang soleh , yang senang : boleh menari poco-poco
renungkanlah....
Khamis, 25 Jun 2009
biodata Rasullullah

pengalaman menunggu durian

Rabu, 24 Jun 2009
takder kerja...
jumaat nanti...

Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli . Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (QS Al-Jumu'ah: 9-10)
hari jumaat.. hari untuk kita solat jumaat.. malam jumaat.. ehem..ehem.. bagi aku dulu tiap tiap malam , malam jumaat hari je lain-lain (memula nikah la..) sekarang ni takde la macam tu.. badan nak kena jaga jugak.. dah takder keje lain dah ke cik abang oi.. orang rumah pun nak rehat jugak..
firman di atas aku petik sebab aku selalu nengok kat area opis aku ni.. selalu penuh gerai masa nak sembahyang jumaat.. terpikir aku diorang ni tak pegi solat ke.. tapi aku bersangka baik mungkin diorang pegi tapi lewat sikit dari aku.. (aku ni dah agak lewat jugak sebab dah azan)
tapi mesti ada yang tak solat nih.. aku rasa la.. sebab aku balik solat pun orang yang sama ada jugak kat situ di tempat yang sama.. aku rasa berdosa la.. tau sebab apa.. sebab aku tak mampu nak menegur dan mengajak diorang ni ke masjid.. ya Allah ampunkan dosa ku
tapi yang tukang jual pun satu jugak.. diorang ni tak tau ke yang berjual beli waktu solat jumaat tu haram (bagi lelaki la) ye la sebab aku nengok yang laki banyak kat gerai tu.. sebab nak dapat duit sanggup langgar perintah Allah.. nak kat bodoh kang marah jugak tapi dah memang bodoh..
sepatutnye majlis agama wujudkan satu team di kalangan orang bukan Islam untuk memantau perkara ni.. sebab kalu pompuan nanti sesaja kena sexual harassment.. buat team macam nak tangkap orang khalwat.. check orang - orang yang tak solat jumaat ni.. biar dioarang malu sikit.. pastu kasi denda.. pastu penjara ke.. kat manusia tau pun malu tapi kat Allah tak malu..
hint: gerai makan bawah pokok kat pej agama syariah gombak timur hehehe..
Selasa, 23 Jun 2009
informasi

Bissmillah.. dengan nama Alah..
sedikit informasi untuk korang.. jangan la takut sangat.. tapi jangan takbur dah la..
(Surah al-Dzariyat : ayat 56)
Pada zaman serba canggih ini, ramai manusia percaya apa yang mereka nampak saja. Ini adalah ciri jelas dunia kebendaan (materialisme). Namun, ramai juga yang terperangkap dan tertipu kerana sebenarnya apa yang dapat dilihat itu tidak semestinya benar, contohnya anda boleh 'super-impose' gambar seorang perempuan seksi duduk di atas riba seorang pemimpin negara kemudian anda reka sebuah kisah skandal seks yang hangat. Ini juga adalah akibat jelas dari dunia kebendaan itu.Hanya percaya pada kewujudan apa yang dapat dilihat sebenarnya bahaya.
Kaum athiest adalah antara golongan yang tidak percaya pada wujudnya Allah yang Maha Ghaib. Percaya pada tahyul juga bahaya. Ramai yang percaya pada hantu. Ada yang berpendapat bahawa hantu adalah jelmaan roh orang mati.
Ada yang tegas mengatakan bahawa hantu hanya satu istilah yang bermaksud jin, dan hantu yang dikatakan sebagai jelmaan roh orang mati tidak wujud.Orang Islam percaya pada yang ghaib. Sekiranya anda merujuk kitab suci Al-Qur'an, tentu anda akan berjumpa ayat yang bermaksud: "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 3).
.Jin adalah makhluk yang ghaib. Namun istilah jin (djin atau genie) sebagai makhluk paling jelas dinyatakan dalam Al-Qur'an. Malah Surah 72 (ada 28 Ayat) dinamakan Surah Jin. Dalam masyarakat, lebih ramai orang memanggil makhluk ini sebagai hantu (ghost) dengan segala macam jenis dan bangsanya. Percaya pada kewujudan jin itu wajib bagi orang Islam tapi percaya bahawa jin itu berkuasa dan mampu segala adalah perbuatan yang menyalahi akidah lagi kufur. Ramailah orang yang telah tergelincir akidahnya hingga ke peringkat mempertuhankan para jin. Banyak agama sebenarnya menyembah jin, bukan menyembah Allah.
KEJADIAN JIN
Jin adalah makhluk yang dijadikan sebelum Adam a.s. Dalam kitab lama, jin pertama dikatakan bernama Jan. Ia dijadikan dari lidah api yang sangat panas. 'Azazil adalah nama sebenar kepada Iblis, iaitu raja segala syaitan-syaitan. Iblis adalah gelaran kepada 'Azazil. Iblis atau 'Azazil dan syaitan-syaitan itu semuanya adalah dari bangsa jin. Jan dijadikan dari lidah api, tapi keturunannya iaitu semua jin lain termasuk 'Azazil itu dilahirkan hasil perkahwinan antara jin lelaki dan jin perempuan.
Adam a.s. ditempa dari tanah, tapi anak-cucu Adam dilahirkan hasil perkahwinan juga.Bezanya ialah 'Azazil (yang bertanggungjawab menghasut Adam a.s. dan Siti Hawa hingga terusir dari Syurga 'Adn) itu tidak mati hinggalah hari kiamat sementara syaitan-syaitan pula (semua bangsa jin yang bukan beragama Islam) itu umur mereka panjang-panjang.
Setakat 3,000 tahun itu biasa bagi umur satu jin (saya tidak gunakan perkataan 'seorang' atau 'seekor' jin kerana jin bukan manusia atau orang dan jin bukan binatang tapi ia adalah makhluk yang berakal dan bernafsu sebagaimana manusia).Dalam kitab lama ada dicatat bahawa sebelum Adam a.s. menjadi khalifah di bumi, planet bumi ini telah ditadbir oleh para jin. Mereka ini dikatakan telah melakukan banyak kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Adam dijadikan untuk menggantikan jin sebagai khalifah di bumi, bukan 'Azazil (yang pada ketika itu dianggap antara makhluk yang amat kuat beribadah). Ini mungkin antara sebab mengapa Iblis dendam kepada Adam. Wallahua'lam.
HAKIKAT JIN
Jin tidak mampu dilihat oleh manusia sama ada bentuk dirinya ataupun bayangnya (melainkan sebilangan kecil manusia yang dikurniakan kelebihan boleh nampak jin). Bilangan jin terlalu ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia. Ada kitab menyatakan bahawa nisbah jin ialah 9 jin berbanding 1 manusia. Jin boleh tinggal di mana-mana saja sama ada di atas atau di bawah tanah, di atas atau di bawah air, di udara malah di atas awan. Jin juga boleh menyerupai bentuk-bentuk yang ia mahu serta boleh keluar masuk dengan mudah dari mana-mana tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.
UMUR JIN
Setiap jin berumur panjang dan boleh menjangkau ribuan tahun. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah didatangi jin yang pernah hidup di zaman nabi Musa a.s. Satu lagi hahikat kehidupan jin ialah ia akan kembali muda apabila sudah terlalu tua. Begitulah keadaan hidupnya berulang kali hinggalah sampai saat ajalnya.
BANGSA JIN
Secara asas, jin terbahagi kepada 3 bangsa iaitu (1) Jin yang bersayap dan boleh terbang di angkasa (2) Jin yang merayap atau menyerupai binatang dan (3) Jin yang bermasyarakat sebagaimana manusia, menukar bentuk serta berpindah-randah. Dalam ertikata lain, terdapat haiwan serta unggas dalam alam jin dan mereka ini dari bangsa jin juga. Malah haiwan-haiwan ini boleh diternak, dijinakkan dan dimakan oleh jin sebagaimana juga manusia dan haiwan di alam nyata.Jin juga mempunyai bangsa dan agama tertentu dan menjalani kehidupan seharian sebagaimana manusia juga. Jin yang beragama Islam melakukan ibadah sebagaimana manusia juga, namun jin kafir dan athiest jauh lebih ramai berbanding yang Islam. Semua jin kafir dipanggil syaitan.
Syaitan itu adalah gelaran yang bukan hanya khusus untuk jin kafir dan jahat, manusia yang kafir lagi jahat juga digelar syaitan, malah lebih bahaya berbanding syaitan jin kerana mereka ini walaupun tidak ghaib tapi sukar dikenali dan pandai menyamar.Dari segi bangsa, ada jin berbangsa Melayu, Cina, Jerman, Rusia, Siam dan sebagainya. Ada banyak agama di alam jin termasuklah Islam, Nasrani, Yahudi, Majusi dan lainnya, malah ada yang 'free-thinker'. Dari segi sistem politik pula, ada yang kapitalis, sosialis, malah ada yang komunis.
NAMA-NAMA JIN
Selain dari beribu-ribu nama atau jenis hantu (semuanya jin), jin-jin ini ada kumpulannya. Semua jin kafir itu berpenghulukan 'Azazil (Iblis) dan kumpulan mereka dinamakan syaitan. Ia adalah nama khas bagi kumpulan jin yang kerjanya tidak lain melainkan untuk mencelakakan kehidupan manusia dan menyesatkan manusia. Semua syaitan menyembah Iblis. Nama-nama lain bagi kumpulan-kumpulan jin ialah Al-Murdah (kerjanya meragu-ragu dan mewas-waskan manusia), Al-A'wan (menjadi pembantu atau khadam), Al-Ghawasun (jenis penyelam), At-Thairun (boloeh terbang), At-Tawabi' (yang suka mengekori), Al-Qarna' (yang suka mengawan atau suka seks) dan Al-A'mar (pemakmur).
JIN BANGSA MELAYU
Jin berbangsa Melayu biasa digelar Orang Bunian. Namun walaupun mereka ini berbangsa Melayu, mereka tidak semestinya Islam dan sukarlah untuk kita kenal sama ada satu jin itu Islam atau tidak (sebab mereka pandai menyamar, sebagaimana juga manusia, pada zaman ini ramai orang bukan Islam boleh menyebut insyaAllah, memberi salam, malah boleh membaca Al-Qur'an dengan lancar).
Oleh itu janganlah mudah percaya pada pengakuan satu jin. Sebagaimana kita manusia yang boleh gunakan 'nickname' yang berlainan ketika di internet, jin telah lakukan perkara itu sejak zaman berzaman dan memperkenalkan dirinya dengan nama-nama yang berbagai tapi sebenarnya ia adalah jin yang sama.Jin Melayu ini ada istilah dan slanganya yang tersendiri. Sebagai contoh, kalau mereka berkata 'mambang di awan' itu bermaksud bertih jagung. Jika mereka sebut 'kuda' itu bermaksud harimau jin. Kalau mereka sebut 'apa berhajat dalam beristana' itu bermaksud apa permintaan anda.
bacalah...

bissmillah.. dengan nama Allah....
korang selalu baca Al-Quran..? aku dulu jarang baca.. bukan jarang lagi dah tapi rasanya tak pernah.. kecik kecik dulu ada la.. kira aku la paling terer kalu baca.. tapi takderla sampai bertarranum.. hukum tajwid dalam otak beb.. bila naik jer sek men habissssss..
tapi semenjak dua menjak ni sejak aku kena gangguan (bab lain) aku selalu baca quran.. memula tu merangkak rangkak jugak.. tapi bila dah biasa kira ok dah.. tapi yang aku risau betul ke tajwid aku.. kalau salah berdosa woo. hu..hu..hu.. jadi aku pun beli la satu buku tajwid.. tebal la jugak.. kira ok la sikit dari memula tu.. aku dah ingat balik dah sikit sikit..
macam mana solat nak terima kalau baca fatihah pun salah? dalam otak aku selalu duk berlegar je soalan ni.. jadinya aku dengan rendah diri ingin la mengajak korang supaya betulkan tajwid.. aku pun sama gak tengah betulkan tajwid siap tel mak aku kat kampung bagi no tel ustaz yang ngajar aku masa kecik dulu.. heheheh senang sikit nanti tak paham boleh tepon tanya..
aku sarankan supaya korang semua belajar dengan guru kalu belajar dengan buku tak jadi nanti.. kalu korang sanggup gi seminar sampai bayar beratus ratus takkan tak boleh kot nak bayar guru mengaji.. aku rasa tak sampai beratus kan?
Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali” HR. At Tirmidzi.
Rasulullah Saw bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”. HR.Bukhari.
dengan ini aku ingin melancarkan kempen mmembaca al-quran dengan tema:
bacalah quran ketika hidup sebab kalu dah mati tak dapat nak tolong..!
sesuai ganti One Malaysia hehehehe. Nanti aku postkan kat korang adab adab baca al-Quran.
petua.. ubat sakit kepala

Dari seorang sahabat :
Ini kena baca……
UBAT SAKIT MIGRAIN
Ayat-Ayat Allah - Base on true story from others......
Story 1:
Alhamdullillah. ....I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex.Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol.
This is to let you know the strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex. This worries me quite a bit as taking painkillers posed other health concerns later.. I've tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worst. Hence, I'm resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time!
Then, one day, one of you have so kind-heartedly emailed me the ways and how to cure headache by one Singaporean Ustazah (sorry can't remember the name of thesender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat Quran. I've tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer I'm amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly.
For once in my life, I did not need to take synflex anymore! You see, strangely about migraine sufferer, we can feel when the attacks are coming and when it startsto ebb away. So, friends, save this method onto your handphone "Notes" or "To-do List" so that when you have a headache and with strong conviction, do the method, Insyaallah, it will work!
1. Read Al-Fatihah (1 x)
2. Read Surah Al-Ikhlas (3 x)
3. Read Surah Yassin ayat ke 58 " Sala mun Qaulan Minrabbirrahim "(3 x)
4. Read Selawat Nabi (3 x)
What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again. Another sister has shared her experiencebelow.
Story 2
My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding profusely ??lt;I> akibat pendarahan dalaman??lt; /SPAN> (internal bleeding). TeringatkanPak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we should do? He said
"baca ayat 58 dari surah Yassin dan niat sambil meniup kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut ".
So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti.. Alhamdullilah, leganya. From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu bantuan menghentikan pendarahan.RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah, dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan..
Sampaikan kisah pengalaman ini kepada sahabat2 anda kerana tiada kerugian kita berkongsi serba-sedikit ilmu yg kita perolehi, apatah lagi sekiranya ilmu itu dapat memberi manfaat kpd seluruhumat manusia. Seandainya anda sendiri pernah mencuba cara ini dan mendapati ianya berkesan utk mengurangkan dan/atau menghilangkan sakit migrain anda, harap sudilah berkongsi pengalaman anda utk kebaikan bersama.
InsyaAllah dengan berkat dan keikhlasan hati kerana ALLAH. AMIN
Isnin, 22 Jun 2009
tetiba...

dengan nama Allah...
semalam masa aku nak hantar anak aku ke taska.. smabil memandang keindahan ciptaan tuhan.. dan awek awek cun yang menunggu bas hehehe.. sambil dengarIKIM.. ade sajak pasal yahudi a.ka. israel.
sajak( aku lupa la sajak ke apa tapi macam penerangan la ) tu menceritakan kekejaman israel.. sedih tau kalau korang bayangkan.. dan asal penubuhan negara haram yahudi ni.. dari aku kecik sampai sekarang kekejaman diorang tak pernah berhenti dan negara OIC (oh I see) hanya mampu ,melihat dan membuat resolusi.. rupanya dalang sebenar diorang adalah BRITISH..
ye British.. yang negara telah menjajah negara kita dulu.. sekarang pun sama.. contoh mudah undang undang.. mana satu yg tinggi dlm negara malaysia ni hukum islam ke hukum manusia.. boleh tanya Nazri Aziz..atau Najib pastu dengan muka tak malu mengaku negara islam..
lagi satu malam semalam di buletin utama.. kisah pasal henry gurney di bunuh.. olahan macam keparat british tu hero.. benar komunis tidak diterima di malaysia tetapi kita tak boleh nafikan yang mereka pun berjuang menentang british.. (ini kisah lain)
Henry Gurney yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Negara British di Palestin (1946–1948). Tahun 1946. Inilah tahun mulanya sejarah Israel wujud dengan merampas tanah rakyat Palestin. Zionisme yang didukung kuasa empayar penjajah Inggeris. Peranan besar Henry Gurney dalam merampas tanah Palestin menerima imbuhan besar pingat Ratu Inggeris, Knight Commander (KCMG) of the Order of St Michael and St George.
(ayat copypaste dari laman blog sampahseni.. harap izinkan)
kalu nak tau lebih lanjut korang boleh klik kat wikipedia..
apesal aku tulis macam ni yer.. sebab aku nak sedorkan korang.. tak lalu la nak makan big mac dah..( lama dah tak beli) berger* depan 7 eleven bandar baru ampang lagi sedap.. takpun korang hentikan la nyokong pasukan england tu..
* berger= ejaan budak sekolah keb agama tempat aku.. dia ni tukar masuk sek men biasa sebab tak lulus sek agama.. kira aku umur 15 dia umur 16..
kipas lipas

di copypaste dengan izin dari laman blog cina islam(Drs. Idham Lim) tima kasih..
Ahad, 21 Jun 2009
akhbar

Anda suka baca suratkhabar? aku pun suka tapi nak beli jauh sekali.. sebab? yelah banyak cerita di tokok tambah .. supaya sedap untuk dibaca.. aku bukannyer sesapa untuk suruh korang jangan beli paper.. tapi ini hanya pandangan aku.. kalau sesapa tak setuju itu hak anda.
1. bila nak pilihan raya mesti cerita propaganda mula di mainkan. tak kira pembangkang atau kerajaan. tapi yang aku nampak pembohong nye lebih pihak kerajaan..( kesian kat oarang kampung.)
2. banyak cerita artis dari cerita ulama'. padahal kalau cerita pasal artis takder lain.. albumla.. cinta itu dgn inila.. cerai berai la.. kalau cerita pasal ulamak ada la ukuran sebesar kotak mancis.
3. ada nombor ekor. kepada korang yang main nombor tu.. itula yang first sekali korang nengok tapi sian yg tak main nombor.. korang beli pastu yang main no ni pinjam sebab nak nengok nombor.. agak agak dapat saham dosa sekali tak.. padahal judi tu salah satu dosa besar dalam islam.. err sesaper yang tau hukum hakam tolong bagitau aku..
4. gambar.. ni yang syok ni.. banyak gambar yang boleh menyumbang faktor faktor kemaksiatan.. aku nengok pun terangsang jugak.. kalu sesape tak terangsang tu cepat cepatla berubat.. kalau gambar artis tu peehhhh.. korang paham paham sendirir la.. kesian la kat aku ni.. tak pasal pasal dapat dosa sebab nengok aurat diorang. tu aku sorang kalau 5000 orang nengok kesian pilak kat artis tu sebab buat orang lain dapat dosa.. artis ni pun dapat jugak kira macam skim piramid la..
5. dapat baca free kat kedai hehehehe.. jimat duit.
Sabtu, 20 Jun 2009
mati
Dah lama aku pikirkan untuk menulis sesuatu.. ya aku hari ni nak tulis sesuatu.. sesuatu yg korang rasa benda kecik tapi sebenarnya bagi aku benda besar.. ( nak ajak korang insaf ni) kita belum terlewat selagi belum mati.. kalau mati tak boleh la nak tolong sebab:
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
so pada sesapa yg hidup lagi cepat cepatla muhassabah diri.. (betul ke aku eja ni).. dulu aku pun macam korang jugak.. tak kira halal ke haram ke semua balun.. muda la katakan.. darah muda macam nyanyian saloma tu.. harap harap Allah tunjukkan aku jalan yang benar..
jadi bila kita masuk kubur.. sendiri mau ingat la.. selalu orang kata apa kau sibuk sibuk kubur masing masing.. ayat yang kurang ajaor macam ni patut korang lempangkan aje.. pasal kubur masing masing la nak kena ingat mengingati.. kalau kubur sesama seronok gak.. kalau macam tu bila aku mati nanti aku nak sama kubur ngan ulamak senang sikit nanti bila malaikat tanya aku soalan aku boleh suruh ulamak tu tolong jawabkan .. senang kan.. ini kita duduk kubur masing masing pastu nak jawab soalan lagi.. bukan boleh meniru pun terpulang la kalau banyak amalan senang la nak jawab kalau takder erm tak tau la aku macam mana keadaan nanti..
Firman Allah, maksudnya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang DI HADAPAN MEREKA ada Alam Barzakh HINGGA HARI mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). [al-Mukminun 23:99-100]
kalau korang macam astora jabat aku tak boleh la nak kata apa.. kena la belajar rukun islam dengan rukun iman balik betul betul.. sebab astora jabat tak percaya azab kubur.. banyak yang tak kena dalam masyarakat melayu ni bila berlaku kematian.. nanti aku kisah kan..
aku ni tak tau bila akan mati.. korang tau bila tarikh korang mati..?