Khamis, 1 Oktober 2009

gangguan 3


salam.. hehehe..
malam tadi aku diganggu.. heheheeeeee..
malam tadi bini aku kerja syif malam.. so aku ngan anak aku je la yang tinggal..(nak masuk 3 tahun) dalam pukul 12 lebih sikit la.. aku baru nak tidur.. hampir terlelap la.. antara sedar tak sedar.. anak aku dah tidur awal lagi dah.. tetiba jer tombol pintu bilik aku kena pulas pulas.. terkejut aku.. terus tersedar.. eh sape pulak nak menyakat ni.. ni mesti jin ni.. takder keje cari pasal lak ngan aku.. aku bangun bukak pintu then bukak lampu semua aku cari sape yang dok memain pintu tadi.. eh beraninya aku.. bukan apa aku bengang ler dah la susah nak tidur dok nak menyakat aku pulak.. kalau aku jumpa (atau dia jelma depan aku) memang aku nak tumbuk.. (inspirasi dari brother mountddewwler)

aku kira apa.. walaupun aku tau jin ni jenis halus camna nak tumbuk kan.. aku dah tak kira dah.. dalam hati aku ni cuma ingat satu jer hanya Allah yang berkuasa.. dia kacau aku pun atas izin Dia.. pastu aku terus tak buleh nak tidur sampai pukul 2.. aku tunggu jugak kot kot ader yang nak mengacau lagi.. kacau aku takper sangat tapi kalau kacau anak aku siap la.. bila dah dapat tidur plak dia duk tindih aku.. sudah kacau lagi.. nak tumbuk pun tak buleh sebab kejang tapi yang aku nampak jin ni bentuk pocong.. celaka.. takper takper nanti kau siap la..

aku dapat gerak bila anak aku nangis nak susu.. jam pukul 3.30 pagi.. malas nak kasi tau kat bini nanti dia takut.. aku tak tau la ni perasaan aku atau tak tapi bila aku test goncang tombol bilik aku sama bunyi yang macam malam tadi..

3 ulasan:

Angah_NuruL berkata...

ada hantu ke kat umah ?
huhu seram...

mr edz berkata...

aku dah mintak petua dari brother din (mountdweller) cara pagar rumah..

razifembi berkata...

Kadang2 ada dari segi psikologi bila kita rasa macam tertindih tapi sebenarnya semasa kita tidur ada perjalanan darah yang tersekat ...

mungkin itu juga dirasakan sebagai perasaan rasa kena tindih.

Tapi SAYA TAK NAFIKAN MEMANG ADA KEJADIAN RASA MACAM DITINDIH SEMASA TIDUR.

sekadar pandangan saya ...