Isnin, 19 Oktober 2009

malaysia hebat

tadi masa tengah makan aku ter baca paper.. wah makin hebat malaysia ni.. makin jatuh akhlak masyarakat malaysia ni.. kalau melayu aku takder la kisah sangat.. tapi ini muslim.. (sebab kat malaysia ni kalau melayu tu mesti islam) berita kat sini

kenapa jadi benda macam ni? aku rasa benda ni dah lama dah berlaku.. baru paper siar hari ni.. dan aku rasa banyak tempat yang lagi hebat pun ada..(maaf aku tak pernah pegi clubbing) lepas tu melalak la dalam paper dengan tv pasal keruntuhan moral remaja di malaysia.. kalau tanya aku sennang jer.. kelab malam boleh tapi untuk yang bukan islam sahaja.. dan ada syarat syarat yang ketat.. sediakan satu kawasan untuk orang bukan islam untuk berhibur.. yang islam tak boleh masuk.. tak kira apa pun alasan.. tapi ada pulak yang cakap abis tu macam mana yang islam nak berhibur? berhibur boleh.. tapi kena la selaras dengan kehendak syarak.. (ini kerja para ilmuwan islam dan mufti la untuk cari penyelesaian)
aku sedikit pelik apabila dikatakan malaysia ni maju.. yer.. maju memang maju tapi pemikiran tak maju.. mahukah kita maju tapi akhlak remaja dan masyaraktnya di tahap kronik.. kita berbangga dengan prasana yang hebat.. bangunan tinggi dan macam macam lagi la.. tapi akhlak entah ke mana..

fikirkanlah...

Tiada ulasan: