Isnin, 5 Oktober 2009

tak salah dari segi undang undang rupanya..

"Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. dipeti dari bernama.. berita lanjut disini

yea.. sesape yang melakukan rasuah boleh tukar ke politik wang.. hahahahaha.. kesian kat aku dengan rakyat negara ni dapat PM bengap.. okla bagi yang tak paham macam ni lah kira aku cerita senang la..
satu orang nak jadi pemimpin suruh kita pilih dia dalam pemilihan.. katakan nak jadi ketua kampung.. jadinya dia bagi kat kita rm 50 suruh pilih dia.. so inilah yang dikatakan politik wang ... (macam sama jer dengan rasuah) bukan macam tapi memang rasuah bangang...

mengikut wikipedia pulak:

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.

3 ulasan:

razifembi berkata...

Begitulah Tuan dengan undang-undang ciptaan manusia . . .

Boleh diubah sesuka hati.

Bila lah nak lihat Islam di dalam politik ...

Asyik-asyik mempolitikkan Islam sahaja

mr edz berkata...

betul tu.. itu undang undang ana yang bikin..

razifembi berkata...

Tak faham,

bila rakyat tegur sesuatu yang salah, adakah susah bagi kerajaan untuk membetulkan kesalahannya ... asyik2 menafikannya.

Bukan rakyat bodoh untuk dipermainkan.

Bukan aku tak sokong kerajaan ni, tapi bebai pun ada . . . sebab banyak sangat isu-isu yang tak diselesaikan ...

Pendatang haram, rumah terbengkalai, PKFZ, dll .... xselesai2 ... pelik

Tapi aku tak pula bantah apa yang baik yg kerajaan cuba buat ...