Khamis, 8 Oktober 2009

sedikit luahan

kalau orang tanya aku adakah aku cintakan negara.. aku akan cakap ya aku memang cintakan negara.. jika orang tanya aku adakah aku menyokong kerajaan.. ya aku sokong kerajaan selagi tindakan kerajaan membawa faedah dan tidak melanggar hukum syarak.. tapi aku tidak sokong umno.. itu saja.. dan jika ada yang pertikaikan kan dah banyak kerajaan menolong rakyat dengan pelbagai pertolongan.. terima kasih aku ucapkan.. memang tanggungjawab sebuah kerajaan menyediakan apa yang terbaik kepada rakyatnya..

bagi aku UMNO bukan kerajaan.. Umno adalah satu parti politik sama jugak dengan PAS.. jika mana mana parti yang menguasai kerajaan menjadi tanggungjawab untuknya berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik.. tapi yang aku pelik pemimpin UMNO ni suka sangat mengungkit jasa baik kerajaan kepada rakyat.. dah jadi tanggungjawab.. kena la laksanakan.. ingatlah nanti di akhirat nanti semua pemimpin akan dipersoalkan tentang amanah yang dipikulnya.. bukan diorang jer aku pun kena.. amanah sebagai suami.. jika baik baiklah jawabnya jika tak tahulah sendiri..

kepada pengundi pengundi (tak kira la PRK ker PRU) ingatlah kita nak memilih pemimpin ni kena lah yang amanah.. yang boleh memimpin dengan adil.. cuba la anda semua cari apa yang perlu ada pada seorang pemimpin.. tepuk dada tanya iman.

1 ulasan:

mr edz berkata...

bagi aku apa yang baik yang hendak di buat oleh kerajaan aku sokong.. apa yang tak elok mestilah aku bangkang..