asssalamualaikum...
PC aku dah ok dah... tapi sayang la.. dokumen habis hilang.. huhuhu..
kali ni aku nak bawak korang berfikir dua jenak.. jika kita mati la.. dan di bangkitkan di padang masyar kelak.. (bab interview kat kubur skip dulu ok) sedangkan kita tak sempat nak tobat.. walaupn kita rasa dah tobat tapi kali ni dalam keadaan tobat tak diterima kerana kita masih buat dosa yang sama..
ok.. tunggu punya tunggu punya tunggu sampai la giliran kita.. kira lama la nunggu macam nunggu buah cempedak di luar pagar la...memula tu kita kena soal bab solat dulu..
CONTOH
jumlah hidup =55 tahun
tarikh umur matang =15 tahun
jumlah dikira =40 tahun
jumlah solat 40 tahun=40 x 365 x 5 = 73000 solat
solat yang dibuat = 25(termasuk solat raya, kena kira sebab tak cukup)
solat diterima =2(solat sunat raya pun kena tolak)
jumlah tak solat = 72998(solat yang tak diterima dikira tak solat)
jadinya kita kira solat subuh dulu...
jumlah tak solat subuh = 14600 kali
dosa 1 kali tak solat subuh= 60000 tahun dlm neraka(1 hari =1000tahun dunia)
jumlah duduk dalam neraka=876000000000 hari..
itu baru dosa tak solat subuh belum lagi dosa tak solat zuhur dan lelain.. cuba kira berapa lama kita duduk dalam neraka.. di campur pulak dosa dosa lain lagi.. ya Allah.. lama gila gila gila... apa kata korang kira sendiri.. bayangkan dosa kita tinggal solat subuh yang kalau kita buat tak sampai 4 minit... sebab kita lalai 4 minit kena duduk dalam neraka 60 ribu tahun akhirat dalam neraka..
pesanan ni bukan untuk korang jer.. untuk aku pun sama..
1 ulasan:
Itu dah sampai angka trillion dah tu Tuan .... belum lagi darab dengan hari sebenar di akhirat.
1 hari dunia sama = 1000 tahun akhirat.
Tapi apa pun ...yg satu jgn putus asa dengan rahmat Allah
Catat Ulasan