Rabu, 23 September 2009

peristiwa dua hari sebelum raya

assalamualaikum...
selamat hari raya.. mintak maaf la kalau ader tulisan aku yang menganggu emosi dan mental anda.. aku baru balik dari kampung bini aku.. tg karang.. (rasa macam nak gi mancing udang jer)
di sini aku nak bagitahu sesuatu yang agak mengejutkan.. dua hari sebelum raya.. petang tu aku dengan bini aku dalam perjalanan nak pegi bazar ramadan kat bandar baru ampang.. time tu kan hujan renyai renyai.. bila tiba kat simpang depan spectrum tu sambil menunggu lampu hijau.. terpandang la aku kepada sebuah kereta iswara aeroback(aerodinamik kot?) warna kelabu taik anjing.. no plat dia WHL (lupa la)

korang tahu(mana nak tau au belum habis cerita lagi) atas bonet belakang dia ni ata satu bungkusan plastik sampah.. aku pun cakap la kat bini aku dia ni mesti lupa tu nak buang sampah tu.. bini aku cakap belum tentu tu.. mesri dia nak buang sampah kat mana mana tu.. bila dia gerak jer.. tetiba dia bagi signal berenti tpi.. dia keluar kereta pastu dengan selambanya dia letak sampah tu tepi jalan.. pastu terus blah camtu jer.. aik boleh macam tu pulak.. punya malas nak buang sampah.. terkejut aku.. macam ni punya orang pun ada.. bagi aku kesimpulan nya seperti di bawah

1. memang dia dah biasa buat macam ni. malas nak buang sampah ikut saluran yang betul.. senang buang tepi jalan nanti ada orang tolong kutipkan.. nak buang sampah kat tempatnya banyak sangat karenah birokrasi kot.. lagipun tong sampah dia depan rumah dia kena curi(agaknya)

2. dia memang terlupa nak buang sampah.. pastu dia panik dan malu malu semalunya.. tak tau nak buat apa terus dia buang macam tu jer..

3.ader arahan dari seseorang yang menyuruhnya letak plastik hitam tu kat situ.. kes terdesak ni.. atau kena ugut ker (agak aku la) mungkin dalam plastik tu duit ker mesin kuda ker kan.. mana nak tau.. (pengaruh drama gerak lembab)

2 ulasan:

NuRuL SoLeha AbDuL RoDzI berkata...

teringat pulak aku masa bulan puasa aritu,nak menjenguk sahabat yang dah jadi ibu tunggal di jalan kebun,klang..

ternampak papan tanda bertulis, "jangan buang sampah kat sini la bodoh!"..

pada hal,berbundle2 sampah kat situ.. yang bestnya,tempat buang sampah tu betul2 di tepi simpang 3jalan..

mr edz berkata...

selalu berlaku.. kat mana di larang buang sampah kat situ la diorang buang..