Ahad, 6 September 2009

pupus

(nak tulis pasal politik banyak dah orang tulis lagipun aku bukan la terer sangat bab politik ni..)
tetiba je bulan bulan pose ni aku terkenang sesuatu.. sesuatu yang aku kira dah pupus la dari rancangan tv.. dedulu waktu kekanak aku kira suka la nengok cerita cerita ni... ala bukan banyak pun stesen tv ader 3 jer.. tv1,tv2 dengan tv3.. di bawah ni aku bawakkan rancangan rancangan yang menjadi nostalgia:


1. rumah kedai
bila time puasa jer ade la cerita ni kat tv3.. kira best la.. mengisahkan kehidupan di sebuah rumah kedai.. kalau nengok waktu tu tak boring la..

2.naik tangga turun tangga
aku cuma ingat tajuk jer.. cerita dia macam mana aku memnag dah lupa..




3.santan berlada
aku pun tak ingat sangat cerita ni.. lama gila .. yang aku tau ali mamak tu bapak member aku.. hahahaha.. kelas sebelah masa kat Poli dulu..

4.pimai pimai tang tu
yang ni best.. kira aku nengok banyak kali pun tak boring.. kelakar.. (ader lawak lucah sikit sikit) kisah di flat sri wangi.. dengan budin, pak busu, che wan ismail la.. tapi yang best tu bila diorang buat lawak diorang sendiri yang gelak... kuang.. kuang.. kuang...
5. di mana joe jambul
sori cerita ni paling tak minat.. (macam mana boleh masuk dalam entri ni yer?) rancangan kuiz untuk kanak kanak sekolah rendah..
6.iklan rokok
hahaha.. lama dah tak tengok iklan rokok... kira macam ni la.. jenama rokok ni berkait dengan sukan pun yer.. dengan cerita pun yer..
dunhill=bola
salem= tenis
peryllis(betul ker eja?)= takraw takpun citer perang vietnam ngan amerika
malboro= entah lupa plak.. congkak ker gasing ker tak pun tuju tin.
itu jer yang aku ingat... jumpa lain kali....


4 ulasan:

razifembi berkata...

Semua aku layan masa kecik2 dulu2...

Tapi dengar kata cerita Opah ... ada orang kata ada sebahagian tape asalnya dah digunakan untuk merakamkan program lain.

mr edz berkata...

kalau benar bagai dikata maka rugilah rasanya.. boleh di katakan sebagai arkib tu

NuRuL SoLeha AbDuL RoDzI berkata...

time2 raya ni..teringat kat iklan raya petronas.. mengusik jiwa sungguh

razifembi berkata...

main dengan RTM ..mvm2 boleh jadi Tuan ..