Ahad, 7 Februari 2010

cara cara menumpaskan hantu


Lembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(takder kena mengena dengan catatan di bawah)


di sini aku turunkan beberapa petua jika korang di sakat oleh hantu...
(aku tak bertanggungjawab sekiranya tidak berhasil)

1. hantu pocong
oleh kerana hantu ni terikat dengan kain kafan.. senanglah bagi korang nak tumpaskan hantu jenis ni.. korang bayangkan ini adalah punch bag.. maka korang bolehlah berlatih menumbuk, menyepak atau lebih tepat lagi sebagai latihan asas untuk sukan boxing, tomoi atau sewaktu denganya.

2. pontianak/ langsuir
ini susah sikit.. sebab muka dia memang huduh dan boleh terbang selain itu dia ni boleh merasuk.. erm ini kena ada doa doa sikitlah.. (pendinding diri) jika anda terserempak dengannya.. tenangkan diri dan yang penting jangan panik..lebih elok kalau ada kamera DSLR.. bila diorang ganggu korang bolehlah terus tangkap gambar dia.. mesti dia malu punya.

3. toyol
ini tak kacau cuma curi duit korang jer... jadi duit janagn simpan banyak kat rumah korang simpan kat tabung haji.. takkan takder niat nak gi haji kot...

4. hantu raya
jenis ni suka menyamar macam tuan dia.. jadi susah nak perasan mana satu hantu mana satu tuan dia.. jadi kalau korang berani nak tibai kena hati hati sikit takut terpukul tuan dia.. (korang kena ada pengalaman bergaduh)

5. hantu galah
satu kejadian yang diceritakan oleh mak sedara aku.. seorang penternak kambing kat tempat hairan setiap minggu mesti ada seekora kambing mati kekeringan darah.. jadi satu malam dia siasat maka dia ternampaklah satu lembaga yang amat besar.. (lebih besar dari lembaga hasil dalam negeri) kira dia nampak kaki je la.. berbulu dan amat tinggi.. bila lembaga tu hilang kambing dia sekor mati kering darah.. jadi aku rasa korang kena berharap supaya korang boleh jadi ultraman.. kalau berani korang cukur jer bulu kaki dia.. mesti dia tak datang dah sebab malu..

6. kacang hantu
yang ini lain sikit.. kepada gegadis yang selalu di usik oleh kacang hantu waktu balik kerja.. sila buat laporan kat ketua kampung.. atau senang cerita korang mintak satu kumpulan tabligh ronda ronda kat kawasan diorang selalu lepak... insyaallah mesti takder gangguan.

3 ulasan:

Boy berkata...

ha ha ha ha ha ha ha ha lawak betul la bro .....

Tanpa Nama berkata...

lonza findingsthe supply aerobic praha dealer nucleon topical colligative favorable traffic
lolikneri havaqatsu

mr edz berkata...

komen 2 tu aku tak paham